Advertisement

Showing posts with label Batrisya Adriana. Show all posts
Showing posts with label Batrisya Adriana. Show all posts

Friday, November 15, 2013

Sadness In Her Eyes...

Bismilahhirohmanirahim...

Segala pujian bagi Allah..

Alhamdullilah!

Thanks to Allah for the nikmat and rezeki given...

Batrisya didn't score straight A  in her UPSR....

She only scores 3A and 2B

I can see the tear in her heart.. but i cant say much. 

I just told her kalau itu yang dah tertulis... terima dengan redha.

I can see frustration from her face....

I can see the sadness in her words 

She thought that she can score A in her english... but she only scored B, i told her may be B tu dah sipi sipi nak dapat A.

Even, this morning, while we were on our way to work n school, again she told me "ummi... bestnya kalau eica dapat english A then eica dah dapat 4A 1B".....

I didnt say anything... i just knocked my head and told her...

" batrisya... your journey has just begun... it just a beginning and not the end..." panjang lagi perjalanan ummi dan batrisya and today is your last day being a primary school student... i want you to promise to yourself that you will do the best in your future" 

then i can see the tear drop from her eyes...

"Success is not built on success. It's built on failure. It's built on frustration. Sometimes its built on catastrophe" anonymous

Friday, April 12, 2013

Lonely Journey.....

Pursuing PHD is not an easy task....
Sangat lonely... really lonely
Macam tersesat kat dalam hutan
Baca banyak mana pun masih tersesat
Belum dapat tajuk yang sesuai
Friend of mine, setahun baru dapat tajuk, setahun buat research, setahun baru menulis

Masih mencari research gap
Masih kabur
Masih pening
Sentiasa dalam ketakutan
Setiap hari menulis, walaupun berapa perenggan aje
Setiap hari membaca walaupun hanya satu mukasurat

Ya Allah kau permudahkan segala urusan ku

Jangan tanya bila ummi mampu tamatkan perjalanan ummi ini
Ummi hanya mampu berdoa dan berusaha
Tido malam kegelisahan
Siang malam keresahan
Tido tak lena, makan tetap kenyang :)

Tapi ilmu semakin bertambah dan bertambah
Semakin banyak baca, semakin rasa diri ini kerdil dan kurang berilmu :(

Sentiasa stress
Menyesal pun ada, tapi tiada gunanya lagi
Macam menjerut leher sendiri
Tak ada yang suruh pun
Tapi ummi challenge diri ummi untuk mencuba

Ya Allah kau kuatkan semangat ku

Perjalanan ummi ini adalah untuk anak-anak ummi....
Ummi kuat semangat di sebabkan mereka
Kalau ummi mampu tamatkan perjalanan ini, 
Inilah hadiah yang paling bernilai untuk ummi hadiahkan kepada mereka
Untuk batrisya adriana, damya khadeeja dan nufah qaseh medina

Sebabnya ummi telah mencuri masa untuk bermain dan mengajar mereka
Ummi telah mencuri masa yang sepatutnya ummi habiskan dengan mereka
Ummi telah jadi ummi yang suka marah, 
Ummi kurang masak makanan yang sedap-sedap untuk mereka
Ummi kurang memberi perhatian untuk mereka
Ummi buat mereka sedih kadang-kadang
Sepatutnya inilah masa yang patut ummi habiskan untuk mendidik mereka, tetapi ummi telah menjadi ummi yang pentingkan diri sendiri

Sebagai balasan, ummi mesti tamatkan perjuangan ini dan hadiahkan sesuatu yang amat bernilai untuk mereka
Ummi tidak akan sesekali mengalah....

Ya Allah kau dengarlah doa ku ini
Kau permudahkan segala urusan ku ini ya Allah

Buat encik abah
Terima kasih kerana memahami.....

Wednesday, January 16, 2013

Great Reminder.....


Great reminder for myself....

i'm not a perfect mom, tapi ummi berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk anak-anak ummi.

ummi dah ada planning untuk batrisya dan damya bila batrisya habis exam UPSR dia, ummi nak sibukkan diri budak dua orang tu dengan ilmu akhirat.

semoga Allah permudahkan segala urusan ummi, amin :) 

Friday, January 11, 2013

I'm Back....

fuyoo.... dah lama tak update blog kan....

busy with holiday masa cuti sekolah

sekarang sekolah dah buka, busy dengan rutin harian.

tahun ni batrisya will sit for her UPSR, dari bulan december lagi ummi dah atur jadual batrisya, tuition kat sana sini, kelas tuition batrisya akan bermula setiap hari sekolah dari pukul 8 hingga 9.30 malam, waktu petang dan waktu sekolah. 

waktu sekolah dia akan tuition kat sekolah, waktu petang rumah cikgu dan waktu malam rumah cikgu jugak. setiap subject mostly dia ada 2 atau 3 cikgu yang berlainan untuk tuition. meaning that setiap subject ummi akan enrol untuk 2 atau 3 kelas tuition di rumah cikgu yang berlainan. 

ummi bayar tuition dia dengan duit tuition yang ummi dapat untuk ajar student international school. satu bulan duit  tuition ummi mampu cover semua tuition yang dia attend. Terima kasih kepada Allah yang permudahkan segala urusan ummi. 

nape ummi enrol dia di tempat yang berlainan sebab mostly cikgu-cikgu ni ada package, dan cikgu tuition tu bukan master untuk semua subjects yang dia offer, sebab tu lah batrisya kena attend sana sini, kalau nak panggil cikgu untuk home tuition ummi tak mampu, sebab satu subject dalam RM200. 

so far mathematic dia memang ada banyak improvement dan very very good. thanks kepada cikgu norizan  dan cikgu saadiah yang memang best.. not to forget cikgu sekolah batrisya jugak

unfortunately bm dia masih pening2 lalat lagi untuk penulisan, ummi masih lagi mencari cikgu BM untuk extra tuition. 

ummi boleh ajar bm, tapi bila bab penulisan, ummi pun fail :( nak kena cari nilai murni dan sebagainya, memang fail, sebab ummi pun tak murni mana ..... hehehe

masa cuti sekolah hari tu kami ke Singapore, melawat USS,  encik abah cakap itu hadiah untuk UPSR batrisya hehehe, kalau tak dapat result yang abah expected, memang jawablah batrisya

tapi itu hanya gurauan aje sebab nak bagi dia semangat belajar, i can see her improvement, balik sekolah buat homework selambak sampai ummi balik keje, then pergi main kat padang, pukul 7 masuk rumah solat dan sebagainya, so sesi tuition pun bermula

memang penat sebagai mak dan bapa yang kena jadi driver, tapi bila tengok anak yang ada semangat nak belajar tu terus hilang penat ummi. 

batrisya, ummi doakan yang terbaik untuk batrisya. semoga batrisya berjaya di dunia dan akhirat, amin. 



Wednesday, November 14, 2012

Muntah Dan Anak-Anak

muntah?

dari si batrisya kecil sampailah ummi dah beranak tiga ni, muntah tak boleh di pisahkan dengan kami. tanyalah kat mana anak-anak tak pernah muntah

sampai naik cuak kadang-kadang bila masa makan diaorang dah ek ek ek....

terus mak depa bangun dan angkat anak bawa tepi longkang atau sink....

itu kalau sempatlah

kalau tak sempat, bertaburanlah muntah kat meja makan

sambil di pandang sinis oleh orang meja sebelah

itu kat restoren

dalam kereta tak payah cerita, dari iswara sampailah kereta sekarang ni, semua kena muntah, agaknya kalau orang nak beli kereta kami, memang wajib kena hantar cuci kusyen dulu, kalau tak jangan terperanjat kalau terjumpa unknown species kat celah-celah kusyen

muntah ni macam dah sinonim dengan anak-anak ummi, kalau tak sihat aje mesti muntah, kat lantai, kat atas toto, tilam semua kena

kalau nampak jemuran penuh dengan segala sarung bantal, toto, blanket dan sebagainya memang anak-anak ummi tak sihatlah

kalau kena musim hujan lagilah susah nak kering 

kalau part dalam kereta dan nak ke rumah orang kenduri atau ke mana-mana ajelah, rasa macam nak bawa baju lebih untuk ummi. senang kalau anak-anak muntah atas baju, senang nak tukar baju lain

anak-anak kalau nak ke shopping mall walaupun dekat dengan rumah memang ummi akan spare baju, muntah aje, singgah petrol station, basuh, tukar baju lain, baju yang muntah tu jangan lupa basuh, perah, masukkan dalam beg plastik, balik jangan campur baju yang muntah tu dengan baju yang lain pulak, basuh baju muntah tu aje 

ada sekali tu, tengah kami happy makan kat kfc, nufah dah ek ek ek dah, tak sempat nak angkat terus laju aje muntah tu keluar, habis basah baju dia, dah lah baju spare tak bawa sebab ingatkan kejap aje, lencun

punca dia muntah sebab tercekik fries

hehehehe jenuh cari punca muntah kan, memang setiap kali muntah ummi cari punca dia, yang selalu punca muntah sebab makan ubat, tension, yang ni kena cakap dekat doktor sebab doktor akan bagi ubat perasa buah yang sedap-sedap :) 

last sekali ummi bogelkan dia, mujur ada cd, so pakai kan cd aje, panggil adik kfc suruh mop dan say sorry, cepat-cepat makan dan baliklah cepat.... nak makan pun dah tak selera masa tu, tapi nak buat macamana

yang couple sebelah meja kami tu siap buat muka sebab anak ummi muntah, ummi pun tak minta anak-anak muntah, dah tercekik fries yang secoet tu nak buat macamana 

kalau dulu ummi geli dengan muntah, panik dan sebagainya

sekarang boleh relax sebab dah selalu sangat anak-anak muntah, yang paling teruk suka muntah si batrisya dan nufah

tapi muntah ni masa diaorang baby baby lah

dah besar dalam umur 2 tahun dah tak adalah nak muntah kat public melainkan kalau tak sihatlah

so buat couple-couple yang geli geleman tengok muntah, tunggulah korang dapat baby nanti, masa tu ummi dah boleh gelak besar dah sebab anak-anak dah besar hehehe

pengalaman kan... esok bolehlah cerita kat diaorang yang diaorang pernah muntah sana sini dan buat kami gabra :)

Last sekali ummi nak ucapkan "Selamat Tahun Baru" dan Salam Maal Hijrah dari ummi sekeluarga :) 

Friday, November 09, 2012

Budak-Budak Zaman Sekarang

kecoh semalam masa ummi ambik batrisya kat nursery

belum duduk dan masuk dalam kereta lagi dah cakap yang hari ni cikgu ada buat spot check

budak standard 6 and standard 5 bawa hp, tab dan sebagainya pergi sekolah

nasib baik batrisya hanya bawa saidina dan chess aje kan hehehe

macamana cikgu boleh tahu budak-budak ni bawa hp dan tab sebab ada budak hilang hp

fuh.... semua kena pergi dewan. siap check badan sampai ke tut tut sekali, nasib baik girl school :) 

sebabnya dulu ada kes hilang hp, student tu letak dalam panties, boleh?

tak pasal-pasal cikgu kena jadi polis plak semalam, macam-macam tugas cikgu kan :) 

tak jumpa, tapi yang cikgu geram sangat ramai sungguh yang bawa hp, batrisya cakap ada kot lebih 50 hp yang di rampas

pengawas sekolah pun bawa, dah kena gantung tugas tahun depan, 3 bulan tak leh pakai name tag pengawas, vest, cuma pakai baju aje.... 

pening kepala mak mak kan, nak mengadap cikgu nak ambik hp anak .... ummi plak jenis yang selalu cakap kat batrisya, nak bawa, bawalah, kalau kena tangkap, ummi biar aje hp tu cikgu ambik

batrisya ni plak memang  yang suka gadget dan internet, sekali tu bil hp dia RM300, terus melompat encik abah, nasib baik abah dia baik hati, dia pergi bayar, ummi siap bebel cakap boleh beli kasut dan baju raya tau... dah lah masa tu dekat raya, 

seleps tu memang kitaorang pantau aje apa dia, sekarang kalau dia nak guna internet, ummi suruh cabut sim card, guna wi fi :) baru bil telefon dia RM20

adik2 dia bukan main seronok lagi bila dia on hp dia sebabnya segala mak nenek dia download, berebut-rebut hp tu sampai ummi rasa macam nak campak aje :(

tapi nak bawa ke sekolah dia memang takut 

batrisya ni yang jenis lemah gemalai takut segala mak nenek, kalau cikgu cakap macam tu, macam tu lah

sampai ummi kadang-kadang naik angin suruh dia tanya cikgu atau confirmkan dengan cikgu 

tapi bagus gak dia takut macam ni sebabnya tak dahlah dia berani nak benda tak baik kat sekolah

cikgu cakap hari ni hari last day boleh ambik hp, kalau tak cikgu simpan sampai tahun depan hehehe

syabas cikgu-cikgu...

so pleaselah janganlah bawa hp ke sekolah, buat pening kepala cikgu aje :(

yang lagi cikgu geram, hp students lebih canggih dari hp cikgu... hasil rampasan semalam adalah iphone, tab, samsung note dan sebagainya. :) 

Thursday, August 02, 2012

Kepala Singa

Last week batrisya begged me to buy her "kepala Singa"

First dia cakap buat aje dengan kotak, which i normally did bila pergi  NS. tapi this time macam malas sangat nak buat kepala singa kat dia

cari punya cari then kitaorang jumpa kepala singa kat kedai yang jual barang-barang cina semayang. RM30 satu. terus grab.

Balik rumah jenuh dia dok mengusik adik2 dia dengan kepala singa tu, naik tension dengar melalak sana sini. 

kalau tak ingatkan dia ada performance kat sekolah, dah lama ummi sembelih kepala singa tu.

so tuesday dia balik dari sekolah, masuk dalam kereta dengan muka yang amat happy bagitahu yang dia dapat no 1 untuk performance. siap cakap cikgu kata kenapa membazir duit beli kepala singa sebab nak pakai sekali aje. being encik abah yang sangat menurut perintah anak-anak, memang dia akan beli. kalau budak-budak tu nak,  minta gunung pun agaknya dia boleh bagi kot hehehehe

sebenarnya ummi suruh aje dia bagi kat cikgu kepala singa tu untuk cikgu simpan selepas performance, kot2 lah nanti cikgu nak guna kan. 

tapi cikgu tak nak. semalam dia balik dari sekolah dia bagitahu yang dia akan perform untuk majlis apa tah yang sekolah dia buat. kembang semangkuk dia sebab cikgu maintain dia jadi ekor singa dan kawan dia jadi kepala singa. gigih tak mak batrisya siap ajar lompat dan suruh goyang punggung masa berjalan. siap mak batrisya pinjam cd dong dong cheng yang muzik lagu singa lagi kat kawan. 

anak-anak happy mak budak lagi happy.

semalam masa dah sampai rumah dari balik kerja, batrisya cakap dia kena bawa aquarium plus fishes plus pokok2 dalam aquarium. budak ni memang nak kena sekeh. dah masuk pagar keluar balik. 

siap mak dia pergi kedai aquarium beli semua yang dia nak. dia cakap ada experiment apa tah hari ni.

dah dia dok mengusik damya dengan ikan tu, bila budak tu geli dengan ikan dia siap sound budak tu, dah huru hara dalam kereta. geram sungguh, subuh2 sapie pun boleh doh gaduh, tension mak depa. 

last two week batrisya cakap dia kena bawa cuka, air sirap, serbuk koko dan air garam, dah jenuh mak dia buat semua tu siap bubuh dalam botol cantik2  lagi. encik abah siap beli serbuk koko van houthen lagi. mak budak tengok tension aje, mahal serbuk koko tu.

batrisya, batrisya...... kamu ni suka benor tolong kawan dengan offer macam-macam untuk bawa ke sekolah, kalau boleh semua benda dia nak buat.

sebabkan dia menang performance tu, dia dapat hadiah buku nota dari cikgu. kebetulan hari tu 31st July adalah birthday dia, so satu kelas menyanyi untuk dia..... lagi happy!

ummi dan abah dah belanja dia siap-siap buka posa on sunday kat hotel sebab birthday dia kan... lagipun skrg ni dia dah ada peningkatan dia dah boleh jawab pemahamam dengan baik sekali.... setiap  40 soalan yang ummi suruh buat, dia betul semua....

so usaha ummi berbaloi. bagi tekanan kat dia dan pada masa yang sama bagi dia happy.....

P/s lupa nak tangkap gambar kepala singa dia, nanti ye :)

yang kelakarnya dia takut nak letak kepala singa dalam bilik dia sebab takut hantu kepala singa bangun kacau dia malam-malam.... haru!

Thursday, July 19, 2012

What You Say?

bawa Hp atau Ipad ke sekolah? what you say?

as for me yang anak-anak murid memang bawa hp atau ipad ke kelas, rasanya kalau anak ummi nak bawa hp atau ipad ke kelas memang ummi membantah sekeras-kerasnya.

ada kebaikannya ada keburukannya

dalam kelas ummi yang sedia ada ni, berdering aje telefonnya, setiap awal sem, ummi akan bagi pesanan penaja, "no hp in my class" atau "make it silent" atau silent your hp please, dengan nada geram ya amat. . kalau ada yang tak dengar jugak, berbunyi masa ummi mengajar, ummi minta RM10. end of semester kitaorang buat party dengan duit tu, beli apa-apa yang patut dan share ramai2. students ummi boleh jawap hp kalau parent call aje. kalau bfren atau gfren, jangan gatal. ummi jeling aje kat students tu, kecut perut terus letak. 

tapi ada gak students yang pandai dan rajin, kalau term2 yang diaorang tak tahu guna, diaorang pergi online dictionary. yang bawa galaxy note, siap snap page mana yang tak faham, the next day, masa nak tanya ummi buka note then refer balik page mana, yang mana nak tanya dan sebagainya. ini yang students rajin dan pandai. selebihnya yang rajin main game dan fb. pantang cikgu bagi break, hp2 hp....

ada yang sambil buat keje, exe atau quiz yang dengar lagu masa siapkan. ini boleh lah dimaafkan. mungkin tak nak ganggu masa sibuk buat keje.

ada yang esoknya test, malam ni dah siap snap gambar semua nota, esok masa test bawa keluar hp tiru. yang ni mak cik memang marah, sebelum test, minta semua hp dan letak satu tempat. habis test baru ambik. macam cacing kepanasan diaorang semua. takut sangat hp hilang.

atau pergi ke search engine, searchlah apa yang diaorang nak, geramkan! lebih baik tak payah bagi test. :(

kalau satu kelas perangai macam ni, pening kepala cikgu. kalau cikgu2 dulu masa bagi test boleh goyang kaki tunggu students habis jawap. cikgu skrg pulak round satu kelas, atau setiap meja macam nak tercabut kaki. geram sangat.

itu belum bab menunjuk2, aku ada ini, engkau ada ini. siap share itu dan ini. snap photo. pantang lawa sikit hari tu, jenuhlah snap gambar. hp atau ipad memang best dari cikgu-cikgu ye. 

ada yang malas nak salin note atau soalan atau jawapan, snap aje note cikgu kat white board. senangkan. pemalas tahap gaban.

kalau cikgu pergi kelas tak bawa hp, memang terjadi. tak pernah students pergi kelas tak bawa hp. alamatnya ada yang tak masuk kelas balik rumah ambik hp.

kalau kes hilang hp dalam tandas atau kelas, memang banyak. so satu masalah pulak nak cari pencurinya. kena pasang cctv plak kot. kes hp jatuh dalam tandaslah, dah tension satu hari dalam kelas. hilang tumpuan asyik ingatkan hp plak. habis pembelajaran untuk hari tu, pandang cikgu pun macam nak telan. 

fuh.... letih!

so batrisya... kalau di benarkan sekali pun bawa hp ke sekolah, i will always say NO to you. TAK BOLEH bawa, sebabnya takut hilang, dah kena tuduh kawan yang curi, anak-anak dah baik. mak pak yang dok masam muka lagi. yang lebih penting takut panjang akal kamu untuk buat benda yang seperti students ummi buat. kalau kamu boleh buktikan yang kamu gunakan hp untuk tujuan pelajaran seperti anak murid ummi yang pandai2, baru kamu merasa bawa hp.

selagi public phone kat sekolah tu masih berfungsi, gunalah. melainkan kalau semua subjects dah di tukar kepada e book bolehlah kamu bawa ipad ke sekolah.

buat masa sekarang ini kamu gunalah pensil dan buku dulu ye.

ummi dulu dapat hp masa umur 28 tahun, setahun selepas lahirkan kamu, baru Abah belikan. 

ummi ada dengar yang abah nak belikan kamu samsung Y kan, so samsung Y tu kamu simpanlah kat rumah. kot blackberry ummi buat hal macam hari tu bolellah ummi pinjam kamu punya. lagipun hp ummi ni dah nazak, bakal masuk icu tak lama lagi :(

sekian saja syarahan untuk kamu hari ni ye batrisya adriana :) 

tapi yang bagusnya sekolah batrisya ni, diaorang sangat strict, pensel mekanikal tak boleh pakai dan macam2 lah peraturan sebabnya pensil mekanikal tu boleh cucuk mata ke apa ke.... so memang tak leh bawa. anak ummi masih gunakan pensel 2b yang kena asah2 tu :) 

Wednesday, June 27, 2012

Cruel Mum......

rentetan dari kisah report card tu, balik keje dinner kat luar dan singgah popular, i bought banyak sangat exercise book, almost RM130 jugaklah selepas diskaun. 

so before balik rumah, ambik nufah kat rumah baby sitter, skrg ni musim hujan so kalau dinner kat luar tak berapa sangat nak bawa nufah sekali. Hujan takut demam pulak, lagipun jerebu teruk so tak nak expose dia kat luar sangat. bila sampai rumah baby sitter, damya memang ada penyakit suka tido rumah baby sitter, mesti tak nak balik. boleh kata setiap minggu. selalunya hari jumaat malam, sabtu pagi-pagi baru hangkut balik. 

kalau orang tanya kenapa suka tido rumah mak (baby sitter), dia akan cakap yang dia ni pun anak baby sitter. kalau tak pergi rumah baby sitter pergi rumah kawan yang car pool dengan ummi. kalau tak rumah kawan ummi, rumah kakak kawan ummi. bayangkan setiap malam after dinner, terkejar-kejar kami pergi ambik dia kat rumah orang. diaorang ni pulak suka sangat kat dia, melampau kadang-kadang. 

kalau ummi ambik dia petang, ummi masukkan dalam kereta dan lock sambil dia menangis macam nak pengsan. malas nak kacau orang penat balik kerja. memanglah tak payah jaga tapi nama pun budak, adalah yang dia akan kacau nanti.

balik kepada cerita batrisya, dia mandi dan solat, terus buka buku latihan, mak cik suruh dia buat dari pukul 8.30 hingga 10.00 malam, test 1 sampai test 20. buat sampai muntah. BM pun dia tak boleh dapat A, dapat B, tu yang selalu mak cik marah, markah sipi2 nak dapat A. so buat sampai nak nangis sambil mak dia dok check setiap test. ummi boleh jadi kejam. cuma malas nak mulakan aje. darjah satu dulu markah batrisya semua A sebab ummi kejam lah. setiap minggu tukar buku latihan. tapi bila dah besar-besar dan bila ummi sedar yang ummi ni kejam sangat so ummi stop. dah jadi macam ni plak.

so moralnya ummi kena jadi kejam kan hehehe, kejam dalam baik :)

hari ni cuti sebab students break seminggu tapi kena set exam papers, skrg ummi dalam dilema, nak tengok tv, nak buat keja atau nak baca story book :(

kena siapkan sebelum friday, sebab weekend nak pergi Taiping, dah booking resort, nak pegi night safari dan jalan-jalan cari makan dan bagi budak2 main pool. hadiah birthday eica dan nufah. 

thanks encik abah belanja kami :)

Tuesday, June 26, 2012

I'm Not a Supermom ......

i just came back from batrisya's school. hari ni ada Report Card Day.

I failed to become a good mum. so depressed.

rasa ternginag-ngiang lagi apa yang cikgu cakap, " She goes to tuition?"  Does batrisya do her revision at home every day? "why you stop her from tuition" " you are not exam orientated, but we are,. the school want to see  good marks" "her marks are only average" " you have to do something, you need to push her" :(

semua tu salah ummi kan, salah ummi sebab tak ajar batrisya kat rumah. salah ummi sebab asyik buat kerja rumah dan jaga adik kan.

Come onlah, i'm not a supermom! i cant do everything at the same time. ummi pun penat jugak. i need to work!

so depressed! 

so speechless! memang ummi menjawab tadi. ummi pun ada mentioned yang ummi pun cikgu jugak. 

i understand macamana perasaan ibu-ibu yang ada anak yang sederhana. tak pernah ummi bagi students ummi down. tak pernah ummi bagi feedback teruk2 kat ibu bapa kalau ada yang tanya macamana anak-anak diaorang. jangan sekali-kali downkan anak-anak :( tolonglah! 

cikgu tu punya point skrg, ummi kena hantar anak pergi tuition. i just wonder apa yang cikgu buat kat sekolah kalau ummi kena hantar anak pergi tuition??? tolong jawabkan boleh tak cikgu-cikgu? so that ummi ada jawapan kenapa perlu hantar anak pergi tuition. 



Friday, May 18, 2012

Batrisya Adriana, My Eldest Daughter


jarang ummi bercerita tentang batrisya kan. batrisya dah besar sekarang. dah nak masuk sebelas tahun. anak ummi yang satu ni memang seorang yang pemalu teramat sangat. kalau nak bercakap dengan orang yang tak kenal, jawapannya terima kasih ajelah. memang dia tak akan cakap, dia hanya mampu tersenyum aje, sambil malu-malu hulur tangan nak salam.

agaknya dia banyak menurun sifat ummi masa kecik-kecik dulu. lebih suka diam dari bercakap. lebih selesa berkawan dengan kawan yang rapat aje, nama nak buat kawan baru, memang tak adalah. selagi orang tak tegur memang tak tegurlah sampai sudah.

tapi bila dah tua-tua ni dah lain sifat ummi, peramah tu ada lah sikit-sikit. bolehlah nak kawan dengan orang yang baru, lebih suka senyum dari bercakap gak.

batrisya ni murid yang sederhana aje kat sekolah. serba serbi sederhana. tapi batrisya ni suka mencuba sesuatu yang baru. murid yang aktif. 

baru-baru ni dia masuk pertandingan baca sajak dalam bahasa arab, dapat no 3, dia baca sajak, "rumahku syurgaku" tapi dalam bahasa arablah. mula-mula ummi cakap tak payahlah masuk sebab dia bukannya pandai sangat, sekali dapat no 3 gembira mak cik :)

kat sekolah kafa, ustazah suruh dia masuk pertandingan bercerita, dah sibuk hafal dan buat gaya sikit-sikit tapi kena tarik diri sebab ada rombongan, clashing dengan tarikh pertandingan. so tak dapatlah nak masuk. beria ustazah suruh masuk. 

sekarang ni dia tengah sibuk practice tiup apa tah alat muziknya, rekoder kot untuk mewakili sekolah. setiap hari rabu kena stay back kat sekolah. malam-malam dia balik tiup ummi marah, ummi cakap nanti ular masuk, padahal bising sungguh ganggu adik dia nak tido hehehehe

boleh kata anak ummi sorang ni memang sibuk bebenor, dari hari isnin sampai jumaat ada aje aktivitinya, kadang-kadang nak suruh baca buku lebih-lebih pun kesian. buat darah tinggi naik aje sebabnya dia asyik letih aje

ummi ni pun jenis bersederhana jugak orangnya, ummi tak marah kalau anak tak dapat A, ummi tak kisah kalau anak dapat A ke B ke C ke, kalau D tu adalah bebel sikit-sikit. dulu ada hantar pergi tuition tapi dah stop semuanya sebab kesian dengan anak yang pressure. kalau menurun sikit markah baru ummi terhegeh-hegeh ajar, kalau maintain aje ummi biar ajelah dia buat keje dia sendiri. itulah ummi!

entahlah ummi nak cakap macamana pun tak tau, sebabnya ummi tak suka nak pressure, tak obsess sangat dengan A. ummi tak suka jadi mak yang suruh anak dapat A sebab nak cerita kat orang kata anak pandai, padahal anak tertekan. ummi tak nak anak ummi jadi mangsa, ummi tak suka dengan sistem yang terlalu exam oriented sangat ni. 

ummi boleh bandingkan anak murid ummi dengan anak ummi. anak murid ummi dalam kelas, boleh dikatakan semua yang straight A students, habis kelas pergi library. dalam kelas jangan lah kau tak prepare, atau nak buat keje lain yang tak kena mengena dengan syllabus, jawapnya evaluation nanti akan menangis macam nak mati sebab score markah rendah. so ummi memang serius dalam kelas, ajar dan ajar aje. ajar budak-budak macam ni boleh pressure sangat-sangat, sampaikan balik rumah ummi khatam buku lagi. ummi kena pandai atau berilmu lebih dari diaorang

so ummi tak nak anak ummi jadi macam ni, ummi lebih suka ajar anak ummi masak, kemas rumah, lipat kain, communication skill, critical thinking, enjoy the nature, bangun pagi dengar bunyi burung dan apa-apa yang relate dengan kehidupan, bagi ummi kalau pandai kat sekolah adalah satu kelebihan. kalau tak pandai pun tak kisah, tak jadi doktor pun tak pe, asal diaorang enjoy dengan apa yang diaorang buat. kalau minat photography kalau nak keje jadi photographer pun ummi tak kisah. 

itulah ummi, sebabnya ummi banyak lihat orang yang berjaya di luar sana ada yang tak habis sekolah pun tapi mereka berjaya, lebih berjaya dari orang yang bijak pandai :) 

so anak-anak ummi, buatlah apa yang kamu semua suka dalam hidup kamu semua. asalkan ianya boleh dijadikan rezeki untuk hidup di dunia, buatlah! selagi kamu semua tidak menyusahkan orang atau meminta-minta, buatlah. ummi hanya mampu berdoa semoga kamu semua berjaya. 

entry ini terjadi selepas dengar presentation anak murid ummi, tentang topik Leadership :)

Monday, March 26, 2012

Batrisya Is A BIG GIRL now....

batrisya already turn to become a "BIG GIRL" already. terkejut ummi masa dia bagitahu tu, dah lah masa tu ada kat KL, dah lah masa tu tengah meriba adik dia dalam kereta. tak tahu nak cakap apa. cepat-cepat suruh abah dia singgah kat petrol station dan beli pad.

nasib baik encik abah ni memang arif bab pad-pad ni, sebabnya memang ummi akan suruh dia beli masa emergency case. so encik abah pergi belikan dan suruh dia pergi tandas. after dia keluar tandas, masuk dalam kereta macam-macam yang kami tanya. banyak ke tak darah? tahu tak nak pakai pad macamana dan ajar itu dan ini. uishhhhhh.... it is not easy!

i have a mixed feeling now, bila dapat tahu yang batrisya dah besar, tak tahu nak cakap macamana? sedih, happy, risau dan macam-macamlah. pesan kat dia tak boleh main dengan cousin lelaki dah. selalu main macam-macam, dah la cousin yang dia baik tu dah BIG BOY pulak..... 

alhamdullilah, bila dia dah datang period terus dia pakai tudung. even nak pergi main kat playground pun pakai tudung, hari ni terkejut ummi bila dia pergi sekolah dengan pakai tudung. rasa macam nak menangis. 

sebelum tidur semalam, dia tanya boleh pegang Al-Quran tak, boleh baca surah itu dan ini ke tak? aduhai banyak yang ummi kena ajar dia... ummi pun rasa tercabar. jawab sebaik mungkin, yang mana ummi kurang arif ummi suruh dia pergi tanya ustazah untuk dapat penjelasan yang lebih detail.

cabaran ummi seterusnya kena jaga solat dia, dah cakap kat dia tak boleh tinggal solat. dah cakap kat dia kena ikut semua perintah Allah, nanti abah yang kena masuk neraka. kalau kesian kat abah kena ikut semua perintah Allah.

cabaran untuk menjadi emak yang baik dah bermula.... it is not easy! semoga Allah permudahkan segala urusan kami. 

selalu ummi doakan mereka supaya menjadi anak-anak yang baik akhlaknya, anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat, anak-anak yang bahagia di dunia dan akhirat, semoga Allah permudahkan segala urusan mereka di dunia dan akhirat dan lindungilah mereka dari segala azab neraka, bala dan  mala petaka, di murahkan rezeki dan sentiasa menurut perintah Allah dan taatkan ibu bapa....

itu yang ummi selalu doakan, selalu jugak ummi check semula doa ummi ni sebab takut ada yang tertinggal atau terlupa :(

looking forward untuk turn Damya dan Nufah pulak. kalau ibu-ibu yang ada anak lelaki tertunggu-tunggu time nak bersunat tapi untuk ummi yang ada anak perempuan sahaja akan tertunggu-tunggu untuk time diaorang datang period.