Advertisement

Showing posts with label Medina. Show all posts
Showing posts with label Medina. Show all posts

Friday, April 12, 2013

Lonely Journey.....

Pursuing PHD is not an easy task....
Sangat lonely... really lonely
Macam tersesat kat dalam hutan
Baca banyak mana pun masih tersesat
Belum dapat tajuk yang sesuai
Friend of mine, setahun baru dapat tajuk, setahun buat research, setahun baru menulis

Masih mencari research gap
Masih kabur
Masih pening
Sentiasa dalam ketakutan
Setiap hari menulis, walaupun berapa perenggan aje
Setiap hari membaca walaupun hanya satu mukasurat

Ya Allah kau permudahkan segala urusan ku

Jangan tanya bila ummi mampu tamatkan perjalanan ummi ini
Ummi hanya mampu berdoa dan berusaha
Tido malam kegelisahan
Siang malam keresahan
Tido tak lena, makan tetap kenyang :)

Tapi ilmu semakin bertambah dan bertambah
Semakin banyak baca, semakin rasa diri ini kerdil dan kurang berilmu :(

Sentiasa stress
Menyesal pun ada, tapi tiada gunanya lagi
Macam menjerut leher sendiri
Tak ada yang suruh pun
Tapi ummi challenge diri ummi untuk mencuba

Ya Allah kau kuatkan semangat ku

Perjalanan ummi ini adalah untuk anak-anak ummi....
Ummi kuat semangat di sebabkan mereka
Kalau ummi mampu tamatkan perjalanan ini, 
Inilah hadiah yang paling bernilai untuk ummi hadiahkan kepada mereka
Untuk batrisya adriana, damya khadeeja dan nufah qaseh medina

Sebabnya ummi telah mencuri masa untuk bermain dan mengajar mereka
Ummi telah mencuri masa yang sepatutnya ummi habiskan dengan mereka
Ummi telah jadi ummi yang suka marah, 
Ummi kurang masak makanan yang sedap-sedap untuk mereka
Ummi kurang memberi perhatian untuk mereka
Ummi buat mereka sedih kadang-kadang
Sepatutnya inilah masa yang patut ummi habiskan untuk mendidik mereka, tetapi ummi telah menjadi ummi yang pentingkan diri sendiri

Sebagai balasan, ummi mesti tamatkan perjuangan ini dan hadiahkan sesuatu yang amat bernilai untuk mereka
Ummi tidak akan sesekali mengalah....

Ya Allah kau dengarlah doa ku ini
Kau permudahkan segala urusan ku ini ya Allah

Buat encik abah
Terima kasih kerana memahami.....

Wednesday, November 14, 2012

Muntah Dan Anak-Anak

muntah?

dari si batrisya kecil sampailah ummi dah beranak tiga ni, muntah tak boleh di pisahkan dengan kami. tanyalah kat mana anak-anak tak pernah muntah

sampai naik cuak kadang-kadang bila masa makan diaorang dah ek ek ek....

terus mak depa bangun dan angkat anak bawa tepi longkang atau sink....

itu kalau sempatlah

kalau tak sempat, bertaburanlah muntah kat meja makan

sambil di pandang sinis oleh orang meja sebelah

itu kat restoren

dalam kereta tak payah cerita, dari iswara sampailah kereta sekarang ni, semua kena muntah, agaknya kalau orang nak beli kereta kami, memang wajib kena hantar cuci kusyen dulu, kalau tak jangan terperanjat kalau terjumpa unknown species kat celah-celah kusyen

muntah ni macam dah sinonim dengan anak-anak ummi, kalau tak sihat aje mesti muntah, kat lantai, kat atas toto, tilam semua kena

kalau nampak jemuran penuh dengan segala sarung bantal, toto, blanket dan sebagainya memang anak-anak ummi tak sihatlah

kalau kena musim hujan lagilah susah nak kering 

kalau part dalam kereta dan nak ke rumah orang kenduri atau ke mana-mana ajelah, rasa macam nak bawa baju lebih untuk ummi. senang kalau anak-anak muntah atas baju, senang nak tukar baju lain

anak-anak kalau nak ke shopping mall walaupun dekat dengan rumah memang ummi akan spare baju, muntah aje, singgah petrol station, basuh, tukar baju lain, baju yang muntah tu jangan lupa basuh, perah, masukkan dalam beg plastik, balik jangan campur baju yang muntah tu dengan baju yang lain pulak, basuh baju muntah tu aje 

ada sekali tu, tengah kami happy makan kat kfc, nufah dah ek ek ek dah, tak sempat nak angkat terus laju aje muntah tu keluar, habis basah baju dia, dah lah baju spare tak bawa sebab ingatkan kejap aje, lencun

punca dia muntah sebab tercekik fries

hehehehe jenuh cari punca muntah kan, memang setiap kali muntah ummi cari punca dia, yang selalu punca muntah sebab makan ubat, tension, yang ni kena cakap dekat doktor sebab doktor akan bagi ubat perasa buah yang sedap-sedap :) 

last sekali ummi bogelkan dia, mujur ada cd, so pakai kan cd aje, panggil adik kfc suruh mop dan say sorry, cepat-cepat makan dan baliklah cepat.... nak makan pun dah tak selera masa tu, tapi nak buat macamana

yang couple sebelah meja kami tu siap buat muka sebab anak ummi muntah, ummi pun tak minta anak-anak muntah, dah tercekik fries yang secoet tu nak buat macamana 

kalau dulu ummi geli dengan muntah, panik dan sebagainya

sekarang boleh relax sebab dah selalu sangat anak-anak muntah, yang paling teruk suka muntah si batrisya dan nufah

tapi muntah ni masa diaorang baby baby lah

dah besar dalam umur 2 tahun dah tak adalah nak muntah kat public melainkan kalau tak sihatlah

so buat couple-couple yang geli geleman tengok muntah, tunggulah korang dapat baby nanti, masa tu ummi dah boleh gelak besar dah sebab anak-anak dah besar hehehe

pengalaman kan... esok bolehlah cerita kat diaorang yang diaorang pernah muntah sana sini dan buat kami gabra :)

Last sekali ummi nak ucapkan "Selamat Tahun Baru" dan Salam Maal Hijrah dari ummi sekeluarga :) 

Wednesday, November 07, 2012

Get Well Soon Nufah Qaseh Medina

Nufah is not in a good health, fever :(

so ramai-ramai lah kami berkampung kat rumah baby sitter sebab encik abah outstation dah dua minggu

Nufah ni kalau fever, tengah malam memang temp akan naik tinggi, so tak berani ummi dok rumah dengan dia dan anak-anak yang lain aja, i need someone to comfort me sebab ummi ni jenis cepat gabra

semalam balik dari keje, sampai rumah baby sitter melepek tengok dia kat atas tilam, terus angkat dia, masyaAllah panasnya padan dia, cepat-cepat ummi pergi dapur baby sitter basahkan kepala dia, suruh baby sitter ambik kain, letak atas dahi dia, start kereta dan terus bawa pergi klinik

bila doc check temp, dah 39, dah doc pulak kehabisan ubat bontot, tapi ummi masih ada lagi ubat bontot kat rumah bb sitter, ambik ubat terus balik rumah baby sitter terus bagi ubat bontot, lega sikit 

bawa dia balik rumah, tinggal damya kat rumah baby sitter, sampai rumah bagi mandi, buka upin ipin, tengok dia dah berpeluh, ummi bangun nak buat keje

tengok batrisya belum mandi, bebel itu dan ini. suruh minum air suam banyak-banyak, bersih badan elok-elok masa mandi dan macam-macam lah... naik pening batrisya dengan ummi dia 

buat housework panaskan lauk yang di masak pagi tadi, dinner, siap2 terus pergi rumah baby sitter semula

penatnya!

cepatlah baik Nufah, ummi dah tak larat nak berulang alik sana sini. i miss my bantal dan tilam. i miss Nufah's laughter :(

hari ni ummi nak tido kat rumah dan dah siap pesan macam-macam kat baby sitter just to make sure yang Nufah makan ubat pada waktunya dan macam-macamlah :(


esok tak ada kelas, ummi nak cuti, i just want to be at home, i need to read and read :(

sometime bila drive kereta sorang-sorang, rasa sedih sangat.

semalam call encik abah suruh dia cepatlah balik. ummi dah tak larat nak handle anak-anak sorang-sorang. dia cakap Friday nite baru sampai rumah., rasa macam nak aje lompat ke friday, tak nak thursday dah :(


i'm not a super woman, i need help sometime.

next week will be a very long weekend for me sebab ummi cuti sampai wed, i just want to have my ME time. agaknya nak minta encik abah sponsor ummi untuk facial atau bawa pergi makan-makan :)

and i just realise yang ummi ni jenis yang amat blur sometime. orang cakap itu, ummi cakap ini. orang dah bagitahu, ummi masih terpnga-pinga. the worst part ummi suka lupa dan akan cuba cari benda yang ummi lupa sampai berhari-hari, padahal benda tu ada kat depan mata aje.

kalau ummi cakap memang laju, if you dont listen carefully atau concentrate dengan apa yang ummi cakap, bila tak boleh buat apa yang ummi nak memang akan kena. selalu jadi mangsa batrisya. i will tell her to do this and that, bila ummi pergi check balik dia belum buat, terus jadi mak rimau sambil bebel non-stop. teruk kan :(

Pity batrisya :( 

I'm not a perfect mom, please forgive me, kids :(

Sunday, July 08, 2012

Happy 1st Birthday Baby Nufah


Nufah Qaseh Medina is one today....

Semoga berjaya, bahagia dan di permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat, di beri kesihatan yang baik dan menjadi anak yang solehah. Amin.

We love you so much....

Thursday, May 10, 2012

Apples of My Eye

The best mee kari in town... kalau datang ipoh jangan lupa makan mee kari dan mee kicap. tak jumpa kat tempat lain sebabnya memang lain dari yang lain

Look at Nufah, tebal bibir dia bila menjuih. the latest photo. sekarang dia dah  10 months :)
sweet smile :)


enjoying the famous amos, kopak duit mak dia, selalu lari dari ternampak kedai ni :)

P/s Ya Allah kau permudahkan segala urusan kami. setiap yang terjadi tu mesti ada hikmahkan :(