lama tak jenguk after last entry! mak cik sangat bz marking paper dan busy jaga anak-anak. pak cik dua minggu oustation so tugas jaga anak semua kat bahu mak cik hehehehe....
monday and tuesday mak cik cuti, walaupun cuti mak cik sangat sibuk buat itu dan ini.
mak cik tak buat apa-apa yang interesting pun selain asyik jerit pekik marah anak-anak. mak cik sangat letih!
tadi mak cik jalan-jalan beli barang kat supermarket gergasi, mak cik terjumpa student mak cik yang keje kat satu spa ni. menarik jugak pacakagenya, mak cik ingat mak cik nak minta kat pak cik suruh belanja mak cik, yelah kan mak cik letih bebenor jaga tiga kanak-kanak ribena tu, apalah sangat setakat belanja mak cik pergi massage2 tu kan....
harap-harap pak cik bolehlah belanja mak cik!
macam bunyi orang sedih aje kan....
mana tak stress, setiap kali pak cik oustation mak ciklah orang yang paling stress. bukan saja nak muka masam, sampai badan pun masam2 buat keje. mujurlah mak cik ada kawan-kawan yang happening yang selalu ajak mak cik pergi jalan-jalan waktu lunch buat hilangkan stress!
semalam mak cik pergi keje part time, anak besar dan anak tengah tak nak dok rumah baby sitter, mula-mula depa nak dok rumah ngan sorang kawan anak besar, sekali kilat guruh berdentum, mak cik suruh diaorang kemas semua barang pergi hantar rumah kawan mak cik, rumah kawan kepada anak besar. mujurlah kawan mak cik tu baik hati nak jaga, kalau tak mak cik kena bawa 2 budak tu pergi kelas. jenuh depa dok buat bising dalam kelas.
sekali sekala mak cik fikir, mak cik sangatlah kuat dari segi fizikal dan mental, mak cik selalu rasa mak cik ni macam supermum. yelahkan jaga anak-anak sambil buat itu dan ini, sebenarnya ayat tu nak sedapkan hati saja.
mak cik ingat nanti mak cik nak pergi tempat yang best-best nak tenangkan hati dan rehatkan badan.
sebabnya mak cik rasa macam nak menangis sekarang! stress.....