Advertisement

Friday, November 15, 2013

Sadness In Her Eyes...

Bismilahhirohmanirahim...

Segala pujian bagi Allah..

Alhamdullilah!

Thanks to Allah for the nikmat and rezeki given...

Batrisya didn't score straight A  in her UPSR....

She only scores 3A and 2B

I can see the tear in her heart.. but i cant say much. 

I just told her kalau itu yang dah tertulis... terima dengan redha.

I can see frustration from her face....

I can see the sadness in her words 

She thought that she can score A in her english... but she only scored B, i told her may be B tu dah sipi sipi nak dapat A.

Even, this morning, while we were on our way to work n school, again she told me "ummi... bestnya kalau eica dapat english A then eica dah dapat 4A 1B".....

I didnt say anything... i just knocked my head and told her...

" batrisya... your journey has just begun... it just a beginning and not the end..." panjang lagi perjalanan ummi dan batrisya and today is your last day being a primary school student... i want you to promise to yourself that you will do the best in your future" 

then i can see the tear drop from her eyes...

"Success is not built on success. It's built on failure. It's built on frustration. Sometimes its built on catastrophe" anonymous

Wednesday, October 23, 2013

Eco Park Botani









Nice place to lepak during weekend. With the leftover bread that we had, we fed the fishes....

Monday, October 21, 2013

My Green Project....














Beside from doing house work, taking care of kids, working and etc..... ummi ada hobi menanam pokok. Banyak jugak pokok yang ummi tanam. Yang ni yang boleh di makan. Nanti ummi snap yang tak boleh di makan pulak. 

Salah satu terapi... bila boring boring je, ummi akan keluar rumah pegi belai belai pokok pokok ni. 

Ummi jarang masak sbb selalu tak sempat masak. Balik dari keje sampai rumah semua dah lapar. Pergi makan kat kedai lagi cepatkan. 

Pagi pagi ummi hanya akan masak yang simple simple aje kat batrisya untuk lunch dia. Sandwich, nasi goreng, burger, left over food suruh dia panaskan.

UPSR result tak lama lagi kan. Ummi tak minta sekolah mana mana pun kat dia. Ummi macam berat je nak bagi dia dok kat hostel. 

Kecik lagi. Itulah alasan yang ummi bagi. 

Ummi rasa comfortable kalau dia duduk kat rumah. Being me yang biasa duduk hostel dari form one, so lebih baik dia dok kat rumah aje. After form three ummi cakap dia boleh duduk hostel. :)

Thursday, October 17, 2013

Alhamdullilah....

Alhamdulillah....

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

Dah dua minggu ummi  bekerja di tempat baru.

Suasana yang amat berbeza, di kelilingi oleh orang bijak pandai tetapi dari pemerhatian ummi,

semakin bijak seseorang itu semakin rendah diri mereka..

biar pun dengan gelaran yang ada tetapi mereka sangat humble....

Sebagai orang baru banyak yang ummi belum tahu, kena murahkan senyuman dan kena maniskan mulut untuk bertanya

Semakin hari semakin baik... ummi harap semuanya akan baik baik saja

Doa ummi "jauhkan ummi dari kawan yang menutup kebaikan dan suka menceritakan keburukan, dan jauhkan ummi dari musuh dalam selimut"

Moralnya jangan ummi riak dengan apa yang ummi ada kerana ini semua adalah pinjaman Allah semata mata

Pesanan untuk diri sendiri....


Wednesday, August 14, 2013

Tuesday, August 06, 2013

Friday, August 02, 2013

Hai, I'm Back :)

Photo: Lambat lagi nak berbuka.
ayu anak bongsu mak cik duduk.,tengah tunggu nak kacau orang berbuka puasa :) 

lama mak cik tak update blog kan...

mak cik dah hide kat draft semua entry zaman dulu dulu... yang ada cuma tahun 2012 dan 2013...

entah rasa macam tak secure aje biarkan blog dan gambar merata rata kat blog

blog skrg pun dah tak best sebab ramai kawan-kawan blog yang lama lam dulu dah tak update blog atau dah tak aktif kat blog :(

fb tu bolehlah... tapi macam tak best gak.... sebab kurang privacy

dah banyak kali mak cik buat spring cleaning kat fb, tak add students dah sebab nak kan privacy.

nanti terkejut students mak cik tengok cikgu dia... tu dia kat fb, macam tu ke... kat kelas punyalah garang  :(

dah nak raya kan kita

sedih nak meninggalkan Ramadhan

dah lah akhir akhir ni mak cik bercuti pulak

sedih, patutnya masa ni lah mak cik melipat ganda amalan

skrg ni mak cik banyak tido pulak, sebab entah tak tau... letih benar rasanya

tahun ni lansung tak buat kuat raya

semua order kat orang

order kat kakak ipar, kerepek macam macam...

sapa yang raya rumah mak cik makan kerepek ajelah kot :( kalau bagitahu awal boleh mak cik masak

kalau datang mengejut, makan kerepek ajelah ye :)

ok mak cik nak stop dulu...

nak siap siap nak balik... entah tak tahu nak masak apa, malas pun ada, pergi PARAM ajelah kot ye :)

Thursday, June 13, 2013

Aktiviti Cuti Sekolah


Photo: Celup
Opis mak cik sepelaung je dengan Lost World ni, kiranya setiap hari pun boleh pergi kalau nak mandi, sekali Lost World  ada roller coaster baru so anak-anak mak cik nak cuba, so pergilah... kami masuk pukul 2 balik pukul 6, pergi dengan baju kering balik dengan baju basah yang sama.... balik rumah baru mandi :) aci tak? 

Kenduri kahwin sepupu mak cik kat Sg Petani


Photo: Borong
Beli kacang putih kat Kg Kacang Putih Ipoh



Photo: Mandi
Air Panas, Parit Bulat, Muar



Photo: Romantika
Pantai Leka, Muar Johor


Dah lama tak update blog kan....
Mak cik tak de mood nak update
Pak cik plak asyik outstation je
So mak cik kenalah jaga anak-anak kenit mak cik
Ke hulu hilir jadi driver, chef, cleaner dan sebagainya

Gambar kat atas tu semua activities mak cik sekeluarga masa cuti sekolah
Dari Perlis sampai Muar kami berjalan
Setiap minggu dari bulan May sampai bulan June kami ada aje activity
Kereta memang sebulan setengah dah kena servis

Bila nak rehat kat rumah pun tak tahu
Bila start keje mulalah mak cik melepek letih
Nak masuk kelas pun tak semangat sangat
Bila letih mulalah sakit sakit datang

Migraine
Selsema
Batuk
Demam 
Semua menyinggah

Skrg ni mak cik dah ada rabun dekat...
Scary tak dengar
Tengah buat spec mata baru
Tengah tunggu spec mata siap
Tengah hp pun kena letak jauh-jauh

Batrisya siap tanya
Apasal baca jauh sangat ummi
Dah nak buat macamana
Mak kamu ni dah rabun, baca pun tak nampak
Kena tengok atau tenung baik-baik baru dapat baca :)

Kawan-kawan ada tanya kan
Kat mana mak cik pergi sungai kat bawah tu
Mak cik pegi sungai kat my gopeng resort
Memang cantik sangat :)
Dan ada Mee Kari Sedap :) 

Thursday, May 16, 2013

Indahnya Ciptaan Allah .....





I can say that ummi ni jenis yang suka ketenangan
Sebab tu ummi boleh pergi Cameron banyak kali tanpa jemu
Tak payahlah nak ajak ummi pergi tengok konsert, tempat tempat yang ramai orang dan sebagainya
Cukup dengan bawa ummi ke tempat tempat macam ni

Last two week ternampak kawan post photo dia ngan anak dia kat tempat ni kat fb
Terus ummi suruh encik abah tanya kat kawan dia 
Kat mana tempat ni, best tak, bahaya tak dan macam-macam lagilah

Lepas dapat info semua
Last Sunday, gigih bangun awal pagi siap-siap nak bawa anak-anak mandi
Masuk kampung keluar kampung, masuk hutan baru jumpa tempat ni
Indahnya ciptaan Allah
Tenang, selesa dan aman aje kat sini

Masa kami  kat sini
Sesekali ada orang  water rafting 
Kalau search mesti tahu kat mana tempat yang paling best nak water rafting kat ipoh ni
Memang ramai orang yang datang untuk water rafting kat sini

Tapi kami mandi dan makan saja
Tak masak pun kat rumah
Just tapau dua kotak dinner plate dari kfc
Cukup untuk kami 4 orang, nufah belum pandai makan kfc lagi :) 

Kat sana ada kedai makan
So kami tapau 2 mee goreng dan 1 nasi goreng
Kenyang 
Alhamdullilah

The kids really spent time dengan mandi dan mandi
We had fun 
Sambil makan
Sambil sembang
Sambil buat lawak

Really miss the moment
Lupakan sekejap kerja, study dan sebagainya
Habiskan masa dengan family

Indah.....
Walau hanya mandi di air terjun tapi indah sangat kenangan ini 

Thursday, April 25, 2013

Update :)

Bulan yang sangat sibuk
Nufah dan damya baru aje baik demam, selsema dan batuk
Sekarang ni kalau pergi klinik, ummi just beli ubat je

Sebabnya kalau bawa jumpa doktor pun macam tu je
Kalau masih berlarutan baru jumpa doc
kalau sakit sikit sikit
Ummi yang jadi doctor

I read about traditional medicine
I applied it
and "It's work" :)

Sometime ummi regret jugak, nape tak belajar pandai sikit and jadi doktor kan
But Allah knows the best for me
Being a teacher, pergi mana tempat pun tak ada privacy

Sometime, pergi giant with my pant dengan tshirt without any make up
Tudung pun pakai main saruk aje
Macam mak cik mak cik ok
Bila jumpa students aje, kena menyorok atau buat buat tak nampak :)
That's me

Ada yang suka jerit dari jauh...
Then bila dengar nama kena panggil mesti pusing belakangkan
Then they will laugh at me :)
Jangan terkejut kalau jumpa kat pasar malam macam bibik yang tengah busy marketing :)

I know memang tak elok kan kalau tak jaga penampilan
Tapi kadang-kadang i need a break
I really enjoy cooking and gardening
So faham-faham ajelah kalau masak dan buat gardening
Takan nak berlipstick bagai
Mati pokok i

A bit happy sebab last monday jumpa supervisor,
Dia memang suka dengan effort yang ummi telah buat
Mana tak suka
Setiap saat itu yang ummi belek dan belek

Thanks encik abah yang sangat supportive
Sanggup tidurkan nufah sambil dengar bunyi macam guruh kat dalam bilik
Sebab mak nufah tengah busy kat depan computer :)

Sometime i feel bad
I will make sure everyone sleep
Then baru ummi on lappy

The only time yang ada privacy untuk bercakap dengan encik abah
bila anak-anak dah tido
kalau tak baru ummi nak buka mulut
Dah ada yang buka mulut dulu dan tanya itu dan ini

Whatever it is.... i love them so much
I bet.... lagi 5 tahun
Mesti ummi ada banyak masa
Sebab diaorang dah besar
Mesti rindu saat saat tengah busy layan diaorangkan

Last nite while busy preparing dinner in the kitchen
Nufah panjat kerusi dan dok makan kat meja
Ummi tak marah pun
Pandang aje apa yang dia nak buat
Sambil menyanyi "la la la la"
Mak nufah tersenyum sampai telinga
I was so happy to see her singing happily :)

Nufah... you are big girl already :)

Wednesday, April 24, 2013

Friday, April 12, 2013

Lonely Journey.....

Pursuing PHD is not an easy task....
Sangat lonely... really lonely
Macam tersesat kat dalam hutan
Baca banyak mana pun masih tersesat
Belum dapat tajuk yang sesuai
Friend of mine, setahun baru dapat tajuk, setahun buat research, setahun baru menulis

Masih mencari research gap
Masih kabur
Masih pening
Sentiasa dalam ketakutan
Setiap hari menulis, walaupun berapa perenggan aje
Setiap hari membaca walaupun hanya satu mukasurat

Ya Allah kau permudahkan segala urusan ku

Jangan tanya bila ummi mampu tamatkan perjalanan ummi ini
Ummi hanya mampu berdoa dan berusaha
Tido malam kegelisahan
Siang malam keresahan
Tido tak lena, makan tetap kenyang :)

Tapi ilmu semakin bertambah dan bertambah
Semakin banyak baca, semakin rasa diri ini kerdil dan kurang berilmu :(

Sentiasa stress
Menyesal pun ada, tapi tiada gunanya lagi
Macam menjerut leher sendiri
Tak ada yang suruh pun
Tapi ummi challenge diri ummi untuk mencuba

Ya Allah kau kuatkan semangat ku

Perjalanan ummi ini adalah untuk anak-anak ummi....
Ummi kuat semangat di sebabkan mereka
Kalau ummi mampu tamatkan perjalanan ini, 
Inilah hadiah yang paling bernilai untuk ummi hadiahkan kepada mereka
Untuk batrisya adriana, damya khadeeja dan nufah qaseh medina

Sebabnya ummi telah mencuri masa untuk bermain dan mengajar mereka
Ummi telah mencuri masa yang sepatutnya ummi habiskan dengan mereka
Ummi telah jadi ummi yang suka marah, 
Ummi kurang masak makanan yang sedap-sedap untuk mereka
Ummi kurang memberi perhatian untuk mereka
Ummi buat mereka sedih kadang-kadang
Sepatutnya inilah masa yang patut ummi habiskan untuk mendidik mereka, tetapi ummi telah menjadi ummi yang pentingkan diri sendiri

Sebagai balasan, ummi mesti tamatkan perjuangan ini dan hadiahkan sesuatu yang amat bernilai untuk mereka
Ummi tidak akan sesekali mengalah....

Ya Allah kau dengarlah doa ku ini
Kau permudahkan segala urusan ku ini ya Allah

Buat encik abah
Terima kasih kerana memahami.....

Monday, April 08, 2013

Happy Belated Birthday Damya Khadeeja

Photo

02 April 2013 ulangtahun hari lahir damya
Ummi tak sempat nak tulis kat blog pun sebab ummi agak sibuk kebelakangan ni
Sorry ye damya...

Damya sekarang dah pandai
Boleh baca banyak dah
Boleh kira banyak dah

Paling sedih kalau dia meraung cari ummi kat playground
Padahal ummi ada kat belakang dia aje
Tak boleh ummi hilang sikit dari mata dia

Damya ni protector
Boleh aje dia protect ummi kalau ada yang marah ummi
Kadang-kadang dia suka buat ummi marah jugak
Tapi selalunya dia suka buat ummi happy

Damya ni sebijik perangai ummi masa kecil
Suka menyimpan perasaan
Kalau ada peluang akan luahkan 
Tapi bukan semua orang suka dan dapat terima

Kadang-kadang kesian ummi tengok dia
Especially  kalau dia kena pukul atau kena marah
Masa dia buat nakal
Ummi kalau nak pukul anak-anak 
Ummi akan pastikan kaki ke bawah

Tak elok pukul kat tempat lain
Takut cedera dalaman
Memanglah kita pukul tak kuat 
Tapi mana tahu kan
Kalau benda nak jadi

Sedih tengok masa anak-anak tidur
Especially kalau lepas kena marah
Apalah anak sekecil ni tahu
Yang diaorg tahu seronok

Lama ummi tunggu nak dapat damya ni
Masa mengandung kat dia banyak sungguh dugaan yang ummi hadapi
Itu yang buat dia dan ummi kuat semangat
Sebab masa tu memang ummi kuat semangat sungguh

Ummi doakan semoga damya menjadi anak yang solehah, berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat, di murahkan rezeki, di berikan kesihantan yang baik, dijauhkan dari segala jenis penyakit, di jauhkan dari bala dan malapetaka dan dimudahkan segaka urusan di dunia dan akhirat. 

Ummi sayang Damya....

Friday, March 29, 2013

Silent Is The Best Medicine

Photo: Lolzzz !


Sometime silent is the best medicine
Live simply, give more, expect less



Monday, March 25, 2013

Sunday Drive WCM

Kali pertama ikut kelab wish jalan jalan sunday drive
The best part yang ummi suka bila join kelab ni adalah buat charity

Last january semangat ummi minta derma kat kawan-kawan untuk gaza
Alhamdullilah dekat 500 ringgit jugak ummi dapat
Tak malu, minta ngan kawan opis, jiran, sedara dan sapa saja yang nak derma

Last sunday kami peri rumah anak yatim
At least selain dari kenal dengan org baru, jalan jalan
Dapat jugak buat kebajikan

Masa nak beli kereta ni ummi solat dan doa dulu
Kalau kereta ni betul untuk kami maka harapan
Allah akan permudahkan
Alhamdullilah memang mudah sangat
Alhamdullilah selagi terdaya selagi mampu
Apa salahnya kita tolong orangkan....

Skrg ummi tengah tunggu train nak balik ipoh....
Ada one day course kat kl
Boring sorang sorang
Hati pun bukan happy sgt
Jalan sorang sorang sambil habiskan masa untuk tunggu train














Monday, March 18, 2013

Karipap.....

Ni projek last two weeks....
Ni lah keje ummi kalau cuti cuti
Sekejap je dah habis di makan
Kalau byk tu karipap ummi
Bolehlah tahan 2 hari....

Hari ni cuti cuti malaysia so bolehlah bergolek golek dgn ipad...
Walaupun cuti tapi tak sempat nak tido tido....
Dah nak kena kuar ambik budak budak kat rumah bbsitter...







Wedding.....
















This year is a busy year for me.....
Every week ada je avtivities yang kena buat
Wedding, club activities etc

Kat dalam diary, i have a very long activities yang nak kena buat
So far up until june
I have to be patience, tak nak update sampai end of the year

Next week i need to work on saturday
Club activities to do on sunday
Monday i will take early train to kl
This time i will be alone without my course coordinator yang pergi maternity leave
I need to attend the acca workshop and take 8 o clock train to go back to ipoh..

Eventhough i'm working in a big and huge company
Tapi kalau outstation ke mana mana memang kena naik the public transport
Very rare kami drive
It's either we take shuttle, train or taxi to our destination
Really save huh....

But i love it so much sbb dlm train memang boleh membuta
When i reach kl, normally i will take taxi to go anywhere
And i will ask the same taxi to come and fetch me later

Go back to the photo above
Gambar my nephew's wedding preparation
I took leave on thursday, friday just to go back to kedah to help them
Look at the balloons
I jadi bidan terjun blow all the balloons guna gas yang semua orang pun tak tahu nak guna
Cina yang suppose blow all the balloons ada keje
So kenalah buat sendiri
I told my sista, nanti bila dah tua i nak buka kedai balloon

Dua hari i busy, tak sempat nak tengok anak anak,
My sista hire a maid to look for them
The result after the maid jaga, nufah and damya demam
Skrg i kena keje lebih dari maid, dah macam zombie pulak
Tido pun tak lena jaga diaorg

Thanks to all my sista's fren yang tolong, ini hanya majlis menyambut menantu kat kedah
Last december, my nephew sewa satu rumah kat area templer park buat kenduri kat sana
The wedding was at nite, hari bekerja
So i didnt invite any kl's fren masa tu
And again may nanti akan ada satu lagi wedding reception kat kl

I need to go
Have a nice day everyone