batrisya already turn to become a "BIG GIRL" already. terkejut ummi masa dia bagitahu tu, dah lah masa tu ada kat KL, dah lah masa tu tengah meriba adik dia dalam kereta. tak tahu nak cakap apa. cepat-cepat suruh abah dia singgah kat petrol station dan beli pad.
nasib baik encik abah ni memang arif bab pad-pad ni, sebabnya memang ummi akan suruh dia beli masa emergency case. so encik abah pergi belikan dan suruh dia pergi tandas. after dia keluar tandas, masuk dalam kereta macam-macam yang kami tanya. banyak ke tak darah? tahu tak nak pakai pad macamana dan ajar itu dan ini. uishhhhhh.... it is not easy!
i have a mixed feeling now, bila dapat tahu yang batrisya dah besar, tak tahu nak cakap macamana? sedih, happy, risau dan macam-macamlah. pesan kat dia tak boleh main dengan cousin lelaki dah. selalu main macam-macam, dah la cousin yang dia baik tu dah BIG BOY pulak.....
alhamdullilah, bila dia dah datang period terus dia pakai tudung. even nak pergi main kat playground pun pakai tudung, hari ni terkejut ummi bila dia pergi sekolah dengan pakai tudung. rasa macam nak menangis.
sebelum tidur semalam, dia tanya boleh pegang Al-Quran tak, boleh baca surah itu dan ini ke tak? aduhai banyak yang ummi kena ajar dia... ummi pun rasa tercabar. jawab sebaik mungkin, yang mana ummi kurang arif ummi suruh dia pergi tanya ustazah untuk dapat penjelasan yang lebih detail.
cabaran ummi seterusnya kena jaga solat dia, dah cakap kat dia tak boleh tinggal solat. dah cakap kat dia kena ikut semua perintah Allah, nanti abah yang kena masuk neraka. kalau kesian kat abah kena ikut semua perintah Allah.
cabaran untuk menjadi emak yang baik dah bermula.... it is not easy! semoga Allah permudahkan segala urusan kami.
selalu ummi doakan mereka supaya menjadi anak-anak yang baik akhlaknya, anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat, anak-anak yang bahagia di dunia dan akhirat, semoga Allah permudahkan segala urusan mereka di dunia dan akhirat dan lindungilah mereka dari segala azab neraka, bala dan mala petaka, di murahkan rezeki dan sentiasa menurut perintah Allah dan taatkan ibu bapa....
itu yang ummi selalu doakan, selalu jugak ummi check semula doa ummi ni sebab takut ada yang tertinggal atau terlupa :(
looking forward untuk turn Damya dan Nufah pulak. kalau ibu-ibu yang ada anak lelaki tertunggu-tunggu time nak bersunat tapi untuk ummi yang ada anak perempuan sahaja akan tertunggu-tunggu untuk time diaorang datang period.




