Advertisement

Showing posts with label Ummi. Show all posts
Showing posts with label Ummi. Show all posts

Friday, March 14, 2014

Semoga Semuanya Baik Baik Saja...


Ummi memang cemburu bila tengok orang tua jalan pegang tangan, makan sama sama, naik kereta sama-sama dan pegi masjid sama-sama. Semoga ummi bila dah tua pun macam tu. Sekarang ni ummi dan encik abah selalu habiskan masa sama-sama. Macam balik keje sebelum ambik anak-anak, pegi dinner dulu dua orang. Pergi pasar malam sama-sama atau tengok wayang sama-sama. Kadang-kadang ummi ikut encik abah pergi outstation yang day trip. Dia pegi keje ummi pegi jumpa kawan-kawan. Dalam kereta boleh sembang-sembang, cakap apa yang terbuku di hati. Rasa macam orang muda muda pula. Tapi orang lelaki ni bila diaorang dah tua, diaorang minta kita belai dan manja diaorang macam budak kecik. Ikut ajelah. Nanti kalau dia suruh orang lain belai, lain hal pulak. 

Ummi ni bila dah tua makin tak selera makan. Agaknya banyak nikmat yang dah di tarik. Tapi ummi selalu berfikiran positive... malas nak fikir yang negative negative ni.

Kawan-kawan ummi selalu cakap ummi ni muka murah rezeki. Ummi pun kadang kadang pelik gak. Selalu aja orang belanja makan, orang bagi barang, mak cik kedai bagi lauk lebih. mak cik kedai bagi kuih lebih. Librarian selalu tolong ummi bila buku pulangkan lewat. Baby sitter ummi yang tak pernah berkira dan macam macam lagi. 

Ummi pula suka mudahkan keja orang, tolong orang dan tolong students. Semakin berusia ni ummi malas join gossip atau mengumpat. Ummi suka buat hal sendiri. Kalau ada yang buka mulut nak gossip ummi angkat kaki atau buat buat tak dengar. Alhamdullilah, ummi suka hidup ummi sekarang.

Semoga kawan-kawan ummi pun sama, ummi doakan semoga kita semua di berikan kebahagiaan di dunia dan akhirat, amin.

#pray forMH370

Sedihkan, ummi memang tahu macamana perasan kehilangan. Kehilangan kali ni pulak tak tahu macamana. nak di ceritakan. Hilang macam tu aje. Kesian kepada ahli keluarga, menunggu tanpa kepastian. Setiap masa ummi akan ikuti perkembangan terkini. Ya Allah, semoga Engkau permudahkan segala urusan mereka Ya Allah. Hanya kepada Mu, kami meminta pertolongan. 

Dengan cuaca jerebu, tiada hujan buat ummi makin sedih dan gelisah. Ya Allah ampunilah kami semua. Sesunguhnya Allah nak kita memohon kepadanya, Marilah kita sama-sama memohon kepadaNya. Ya Allah permudahkan segala urusan kami, tolonglah kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkalulah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Amin. 

Tuesday, March 11, 2014

Semoga Semuanya Baik Baik Sahaja...







Dah lama ummi tak jengok kat sini. Kat FB ummi aktif gak update sebab bila ada masa lapang atau semasa menunggu kelas, sebelum nak  tido, bila nak tahu perkembangan pasal isu semasa, ummi suka jengok fb. 

Cepat dapat info sekali dengan comment. Kalau nak tanya apa apa pun ummi suka gak tanya kawan kawan kat FB. Cepat aje dapat info. Kalau kita pandai menggunakan sesuatu benda ke jalan yang baik, maka banyak ilmu yang kita akan dapat. 

Dah lama tak letak gambar anak anak. Susah nak ambik gambar anak anak sekarang. Ada aje yang diaorang nak buat masa nak ambil gambar, ada yang tak nak ambil, ada yang tak bagi upload. Ada yang tak nak duduk diam. Tu baru 3 anak ummi. Kalau ramai lagi susah nak kawal. 

Gambar yang kat bawah tu masa event kat university, masa tu ummi tengah sembang dengan dua orang kawan tu lah. Tetiba ada sorang reporter NST datang dan suruh kitaorang posing. Masa gambar ni keluar kat paper kami tak tahu, ada sorang lecturer datang cakap kat kitaorang. Malu pun ada masa nampak gambar ni kat NST. Tapi bila nampak gambar ni semua happy sebab tak lah teruk sangat.

Kadang-kadang rasa rindu nak update blog. Nak melawat blog kawan-kawan. Tapi dah ramai yang tak aktif. Dah ramai yang tak update dan dah ramai yang dah tutup blog.

Doakan ummi ye kawan kawan. Masa adalah sangat berharga untuk ummi sekarang. Banyak benda yang nak buat dalam satu masa. Kena uruskan masa dengan baik. 

Ummi doakan semua kawan kawan ummi di permudahkan semua urusan kalian dan bahagia selalu. 

Thursday, October 17, 2013

Alhamdullilah....

Alhamdulillah....

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

Dah dua minggu ummi  bekerja di tempat baru.

Suasana yang amat berbeza, di kelilingi oleh orang bijak pandai tetapi dari pemerhatian ummi,

semakin bijak seseorang itu semakin rendah diri mereka..

biar pun dengan gelaran yang ada tetapi mereka sangat humble....

Sebagai orang baru banyak yang ummi belum tahu, kena murahkan senyuman dan kena maniskan mulut untuk bertanya

Semakin hari semakin baik... ummi harap semuanya akan baik baik saja

Doa ummi "jauhkan ummi dari kawan yang menutup kebaikan dan suka menceritakan keburukan, dan jauhkan ummi dari musuh dalam selimut"

Moralnya jangan ummi riak dengan apa yang ummi ada kerana ini semua adalah pinjaman Allah semata mata

Pesanan untuk diri sendiri....


Friday, August 02, 2013

Hai, I'm Back :)

Photo: Lambat lagi nak berbuka.
ayu anak bongsu mak cik duduk.,tengah tunggu nak kacau orang berbuka puasa :) 

lama mak cik tak update blog kan...

mak cik dah hide kat draft semua entry zaman dulu dulu... yang ada cuma tahun 2012 dan 2013...

entah rasa macam tak secure aje biarkan blog dan gambar merata rata kat blog

blog skrg pun dah tak best sebab ramai kawan-kawan blog yang lama lam dulu dah tak update blog atau dah tak aktif kat blog :(

fb tu bolehlah... tapi macam tak best gak.... sebab kurang privacy

dah banyak kali mak cik buat spring cleaning kat fb, tak add students dah sebab nak kan privacy.

nanti terkejut students mak cik tengok cikgu dia... tu dia kat fb, macam tu ke... kat kelas punyalah garang  :(

dah nak raya kan kita

sedih nak meninggalkan Ramadhan

dah lah akhir akhir ni mak cik bercuti pulak

sedih, patutnya masa ni lah mak cik melipat ganda amalan

skrg ni mak cik banyak tido pulak, sebab entah tak tau... letih benar rasanya

tahun ni lansung tak buat kuat raya

semua order kat orang

order kat kakak ipar, kerepek macam macam...

sapa yang raya rumah mak cik makan kerepek ajelah kot :( kalau bagitahu awal boleh mak cik masak

kalau datang mengejut, makan kerepek ajelah ye :)

ok mak cik nak stop dulu...

nak siap siap nak balik... entah tak tahu nak masak apa, malas pun ada, pergi PARAM ajelah kot ye :)

Thursday, April 25, 2013

Update :)

Bulan yang sangat sibuk
Nufah dan damya baru aje baik demam, selsema dan batuk
Sekarang ni kalau pergi klinik, ummi just beli ubat je

Sebabnya kalau bawa jumpa doktor pun macam tu je
Kalau masih berlarutan baru jumpa doc
kalau sakit sikit sikit
Ummi yang jadi doctor

I read about traditional medicine
I applied it
and "It's work" :)

Sometime ummi regret jugak, nape tak belajar pandai sikit and jadi doktor kan
But Allah knows the best for me
Being a teacher, pergi mana tempat pun tak ada privacy

Sometime, pergi giant with my pant dengan tshirt without any make up
Tudung pun pakai main saruk aje
Macam mak cik mak cik ok
Bila jumpa students aje, kena menyorok atau buat buat tak nampak :)
That's me

Ada yang suka jerit dari jauh...
Then bila dengar nama kena panggil mesti pusing belakangkan
Then they will laugh at me :)
Jangan terkejut kalau jumpa kat pasar malam macam bibik yang tengah busy marketing :)

I know memang tak elok kan kalau tak jaga penampilan
Tapi kadang-kadang i need a break
I really enjoy cooking and gardening
So faham-faham ajelah kalau masak dan buat gardening
Takan nak berlipstick bagai
Mati pokok i

A bit happy sebab last monday jumpa supervisor,
Dia memang suka dengan effort yang ummi telah buat
Mana tak suka
Setiap saat itu yang ummi belek dan belek

Thanks encik abah yang sangat supportive
Sanggup tidurkan nufah sambil dengar bunyi macam guruh kat dalam bilik
Sebab mak nufah tengah busy kat depan computer :)

Sometime i feel bad
I will make sure everyone sleep
Then baru ummi on lappy

The only time yang ada privacy untuk bercakap dengan encik abah
bila anak-anak dah tido
kalau tak baru ummi nak buka mulut
Dah ada yang buka mulut dulu dan tanya itu dan ini

Whatever it is.... i love them so much
I bet.... lagi 5 tahun
Mesti ummi ada banyak masa
Sebab diaorang dah besar
Mesti rindu saat saat tengah busy layan diaorangkan

Last nite while busy preparing dinner in the kitchen
Nufah panjat kerusi dan dok makan kat meja
Ummi tak marah pun
Pandang aje apa yang dia nak buat
Sambil menyanyi "la la la la"
Mak nufah tersenyum sampai telinga
I was so happy to see her singing happily :)

Nufah... you are big girl already :)

Thursday, March 07, 2013

Bread In The Oven...













I tried to bake bread last weekend. 
Menjadi lah pulak.....
Jimat duit untuk beli roti untuk dua hari.....
My kids love bread so much....
Tambah-tambah kalau roti kosong..
Makan macam tu aje...

Oven kat rumah tu macam bengong sikit...
Suka masak belah belakang dulu
Tak sekata
So kalau nak bagi colour semua sama
kena manually pusing atau alihkan roti tu masa tengah dok masak

Sekarang ni mak cik busy sangat
Semester is going to end....
So students sibuk dengan assignment, test etc
I am busy marking....
Serabut kepala some time
It is not easy to cari sesuap nasi kan....
Kena usaha dan rajin....

And i need to read and read and read....
Cermin mata pun macam dah kena tukar aje....


Ok....have a nice day everyone...

Tuesday, February 05, 2013

Study And Study And Study :)

Last friday i took leave and did my medical check up. Alhamdullilah sihat :) 

Next Thursday ni officially ummi akan register untuk pursue study 

Then ummi kena berusaha bersungguh-sungguh untuk apply scholarship from the government

Tempat kerja ummi pun ada study loan, then boleh convert to scholarship kalau lulus dengan cemerlang dan gemilang kan

Tapi rasanya ummi lebih prefer yang government offer lagi :)

So puan ummi, tolong buat yang terbaik ye...

Ada juga yang bertanya kenapa ummi nak sambung belajar, encik abah bagi ke tak?

"Encik abah adalah pendorong utama yang galakkan ummi untuk belajar"

Anak-anak dah semakin besar so tak ada masalah untuk ummi uruskan mereka, lagipun ada suasana belajar dalam rumah ummi, pelajaran damya dan batrisya semakin baik dan meningkat. Nufah memang amazing, memang seorang yang cerdik dan cepat tangkap, she is a fast learner. Ummi rasa mungkin sebab masa ummi mengandung Nufah, ummi tengah belajar kan. 

Damya memang impressive, sebabnya ummi kan mengajar, setiap hari ummi bergelumang dengan buku masa mengandungkan dia. so dia memang tak ada masalah sangat. Buku Peter and Jane tu dah habis, buku anakku masih lagi belajar, Iqra sekali aje kita ajar dan sebut huruf, dah dia boleh ingat dan baca dengan lancar, Alhamdullilah. Cikgu dia selalu cakap kat ummi yang dia senang dengan damya :) 

Batrisya is doing well. Result UPKK dia memang membanggakan ummi, sebab masa ummi hantar dia masuk kafa, baca jawi pun tak boleh. Untuk subject jawi dia dapat A. Amazing, Terima kasih ustazah. Sekarang ustazah tengah pujuk ummi untuk daftar batrisya ambik SRAI. siap pesan kat kawan batrisya suruh pujuk jugak.

Memang ummi nak register, tapi mungkin hari Jumaat ni, tapi aktiviti batrisya kat sekolah memang banyak dan selalu balik lewat dari sekolah. siap ustazah cakap lagi biarlah sebulan sekali datang pun tak pe. asal daftar untuk ambil peperiksaan SRAI. ummi pun tengah cari tuition untuk bahasa arab untuk dia :) 

Satu lagi method yang ummi selalu apply, ummi selalu senangkan hati cikgu-cikgu anak ummi. Bukan ummi nak tunjuk baik...... tapi memang berkesan :) 

Bukan senang nak bagi pendidikan kat anak-anak.... memang kena korban wang ringgit, usaha dan tawakal kepada Allah.

Doa ibu tu yang penting :)

Hadiah pertama dari encik abah sebab ummi nak pursue study adalah mini IPAD, senang nak baca online books dan jurnal kata dia, terima kasih :)

Alhamdullilah :) 


Gambar ehsan pak cik goggle :) 


Friday, February 01, 2013

Great Friday



 
Damya dengan bicycle baru

Dah masuk bulan feb kan......

Cepatnya masa berlalu

Busy dengan kerja buat hari hari ummi cepat saja berlalu

Just hoping and praying that my life akan baik baik saja

Semoga Allah  permudahkan perjalanan ummi yang masih panjang lagi

Have a great weekend everyone


Thursday, October 04, 2012

Mumbling Mum

sometime i feel that i'm very irresponsible mum :(

macam hari ni damya ada photography session, kena pakai tudung sebab nak tangkap gambar, cikgu ada bagi surat semalam :)

being a mum yang 24 hours busy, i just baca yang kena bayar berapa aje dan tak baca bila session tu...

sekali bila sampai kindy dia dah meraung abis tak nak turun, dah mak dia marah...

sekali bila cikgu dia cakap, terus mak dia tepuk dahi

pesan kat cikgu dia, lain kali bagitahu PA ummi, iaitu batrisya... senang sikit! cikgu dia pun yolahkan  aje :) nasib baik diaorang dok kat sama nursery :)

being an account teacher, ummi rasa yang bab2 baca ni memang lemah, kalau no tu memang cepat tangkap. dont be surprise kalau nampak ummi tekan calculator tanpa tengok no, laju aje... dan no memang semua betul :) 

sometime i feel kalau kepala serabut mesti tak leh focus :)

just imagine, i have class morning and afternoon, one session 3 hour :) terbelit lidah bercakap, balik rumah terus masak, basuh kain, sidai kain, lipat kain dan selesaikan semua kerja rumah...

kadang-kadang rasa macam letih sangat even solat pun tak leh berdiri, sakit tumit kaki atau lutut, just imagine, umur macam ummi ni ada masalah sakit lutut, terukkan. doctor cakap sebab banyak sangat berdiri. sebab tu ummi tak pakai heel :(

being me yang memang suka diam aje, sekali sekala rasa macam nak jerit and let the whole world know that i'm so tired...

physically and mentally tired :( 

sebab tu kalau anak-anak buat salah sikit ummi tak boleh, terus mak cik jadi marah sangat... kesian diaorang

same goes to my students, kalau ada yang buat hal especially pagi2, adalah yang 3 jam tu nangis dalam kelas sebab ummi akan ajar non stop dan tanya soalan sorang2 without fail, kalau tak boleh jawab, memang hari malanglah untuk student tu :( very bad kan :(

that why, ummi suka plan apa yang ummi nak buat dan ummi akan manage time, kalau lambat sikit aje habislah... lari semua jadual yang ummi dah set awal2 tu :(

untuk tak bagi batrisya rasa pressure sangat, ummi dah enrol dia kat kelas tuition...... boleh dia belajar dengan tenang daripada belajar dengan mak dia yang macam singa ni :)

Thursday, July 26, 2012

Masak atau Beli?

dugaan sungguh bulan puasa kali ini

mak cik sakit tekak yang sampai ke telinga

masuk kelas kena ajar 3 jam, rasa macam nak cekik2 aje students bila diaorang dok bantai senyum bila mak cik kena jerit. akibat jerit banyak sangat, terus hari ni lagi azab

semalam pergi tesco restock barang dapur kat rumah, suruh encik abah belok ke Mc D, beli Vanilla shake, kot2 baik. terus pagi ni hilang suara... serak habis.

aduh! teringin nak balik rumah layan tido sambil menahan keperitan tekak

bulan puasa adalah bulan gantung kuali, sebabnya encik abah suka beli. 

kalau hari keje memang semuanya beli. sebabnya mak cik balik keje pukul 5, sampai rumah 5.30 ambik bebudak, kederat dah tak de masa tu, penat. sebabnya kelas pagi petang. memang masak tak guna mulut kan, tapi kalau mak cik masak pun main hentam aje sebab kelam kabut so lebih baik mak cik hadap masakan kat kedai yang mak cik selalu pergi masa bukan bulan puasa....

setiap kali singgah kedai tu, mak cik dapat layanan first kelas, sebab dah selalu ke sana, orang lain berderet baru nak memilih, mak cik dah tahu apa nak pilih. lala masak lemak. ikan bilis dengan kacang, sayur campur lemak, ikan sumbat dan kerabu kalau ada jual, kalau tak pecal.

encik abah gulai kawah batrisya plak ayam goreng super yummy. memang sedap! crunchy sangat, sedap lagi dari ayam kfc :)

kuih.... ikut tekak sendiri, semua tunjuk. lebihan makanan yang di beli di simpan dalam container siap2 selepas berbuka, simpan dalam fridge, bangun sahur.... on microwave, masuk semua makanan.... cepat dan panas...

sapa bangun awal sikit, keje dia masukkan makanan dalam microwave dan buat air. yang lambat sikit, basuh muka dan makan aje.  :)

dua hari ni encik abah bangun awal, so keja dia panaskan lauk.  thank you.

minggu depan encik abah oustation, dah pesan kat batrisya, kita beli aje kalau ummi malas ye. kalau lagi malas kita makan siap2 sebelum tido masa sahur. sekali dia cakap tak boleh, kena bangun sahur nanti lapar. alahai budak ni baru aje mak dia nak bersenang lenang.

baru 6 hari puasa... dah sibuk kumpul resipi biskut raya :)

solat terawih kalau ummi rajin dan sempat, ummi buat, sebabnya masa ummi nak terawih lepas isyak, ada aje yang kacau. Nufah semestinya, berlegar ke sana sini mengacau kakak dia buat keje sekolah. encik abah pergi masjid. pukul 10.30 baru sampai rumah :)

yang dua orang kakak tu pantang ummi pusing ke tempat lain, dah WWF, memanjang bergaduh. tambahan kalau dalam kereta, ada aje yang nak diaorang gaduhkan. siap sepak terajang, gigit bagai 

tido pun ummi tak bagi sebilik, ummi joinkan Damya dan Nufah, yang sorang lagi tido aje sorang :)

kalau ummi solat masa tu, tak pernah kusyuk, ada yang datang cuit bahu semata-mata nak bagitahu esok jangan lupa masuk seluar jean dalam beg baju :) angin tak?

kalau diaorang dah tido tu, ingat nak bangunlah.... ummi pun lebur. 

bilalah ummi ni nak rajin ye? 

Tuesday, May 08, 2012

I'm Back With All The Tiring Stories...

Lamanya tak update, kalau ada yang jadi fren kat fb, adalah nampak ummi ni masih bernyawa, adalah update fb bila boring-boring atau bila kanak-kanak ribena dah tido.

Hidup sekarang ni agak busy sebab ada banyak benda nak kena buat. encik abah plak aktif dengan oustationnya, penang- vietnam-penang semula. kalau nak tengok encik abah dok kat rumah betul-betul adalah selepas tarikh 18 may... kalau before tu on off ajelah, kejap ada kejap tak ada.

my day always start at 5 am in the morning. kalau lambat boleh berperang dengan anak-anak. the moment celik mata masak bubur untuk nufah, sambil dia dok atas api. kemas bilik, angkat laundry sidai, solat subuh ( kena solat awal-awal, kalau tak memang tak sempat) sambil kejutkan eica. masak apa yang patut untuk bawa bekal eica dan umminya. bila siap, angkat damya masuk bilik mandi. walaupun mata dia masih tutup tapi the moment dengar mak dia kata bukak baju... terbuka luas mata!

bila semua dah siap, giliran mak cik plak mandi. tahu tak mandi macam  koboi? meh sini nak cerita buka shower, gosok gigi, sabun dan tara siap....


cepat2 siap sambil jerit kat batrisya tukar diaper adik dia, salin baju, masukkan beg dan adik-adik dia sekali, suruh dia start enjin kereta dan apa lagi bergegas mak cik pakai tudung, turun bawah dan zup masuk kereta .... letih!

dalam kereta baru nak tanya dah ambik duit ke belum, kat rumah bubur nasi masih dalam periuk nasi ok... round sana sini, hantar semua ke sekolah, kindy dan baby sitter, balik rumah semula. kemas apa yang patut sambil masukkan bubur nasi dalam thermos dan mak cik lap peluh sana sini dan make up sikit-sikit. pakai perfume dah jalan. before that pergi rumah baby sitter hantar makanan dan ambik kawan.

the moments sampai opis, letak beg. isi air kat pantry dah masuk kelas, pot pet pot pet habis pukul 5.

dah start balik ambik anak, aduh.... sampai rumah belum settle lagi. buat itu dan ini.  anak tido pukul 10 baru mak cik cari makanan untuk makan dengan aman dan tenteram.

skrg ni ada cerita korea, sambil tengok sambil jerit suruh anak-anak diam atau tutup lampu sambil lipat kain. boleh?

aduhai... encik abah cakap kalau dia tak ada kat rumah aman, tak aman lansung. baliklah cepat!

skrg ni malam-malam kena buka lappy nak download banyak benda, rasa macam nak tercabut bulu mata... doakan ummi berjaya dengan kerja download dan typing ni ye... long way to go lagi ni. Ya Allah kau permudahkan segala urusan hamba mu yang hina ini, amin.

Tuesday, March 20, 2012

To Heal My Broken Heart Part 2

mak cik akan pergi spa ni setiap bulan untuk facial treatment.

mak cik borong ni jugak recently


mak cik beli ni jugak dengan shower gel 
anak besar mak cik nak yang ni mak cik beli kat dia.....


Banyan spa.... mak cik dah beli kupon tak belum pergi lagi, ingat nak pergi hujung bulan ni, facial treatment dan massage....

 thanks to pak cik gugel untuk photo :)

pak cik selalu nampak mak cik penat sangat. kadang-kadang dia tak kisah bila mak cik beli itu dan ini untuk diri mak cik, selalunya mak cik fikir sepuluh kali dulu sebelum beli barang, tapi kalau mak cik dah beli, selamat!

mak cik suka body shop dari zaman sekolah lagi. zaman sekolah tak mampu nak beli setakat boleh beli perfume tea rose mak cik dah seronok habis.

bila mak cik study kat obersea dulu, body shop ni murah sangat, mak cik hangkut macam-macam perfume oil. 

tapi sayang yang mak cik suka dulu dah tak ada dah... vanilla, tea rose dan macam-macam lagi.

white musk mak cik tak suka sangat, tapi anak besar mak cik suka plak, tu yang mak cik beli kat dia,. siap bawa pergi sekolah, mak cik cakap kalau cikgu tangkap selamat!

mak cik adalah beli satu handbag, itu pun pak cik yang belanja.... cukuplah penat mak cik jaga anak-anak bila tengok pak cik belanja mak cik macam-macam.

thanks ye!

semalam anak mak cik yang kecik terjun dari walker buat aksi stunt, mak cik punya geram kat dia. pantang letak... mak cik masa tu tengah sibuk menumis asam pedas ayam, puasa semalam, so mak cik kelam kabut masak.

yang anak besaq pulak dok heat yang tu yang ni kat dalam microwave, tak tengok adik dia. mak cik nak cakap apa. mak cik nampak dah kat bawah sambil nangis.

lepas tu anak besaq mak cik bergayut dengan pak cik pulak, siap posing macam ikan duyung atas sofa. yang mak cik plak baru habis mandi selepas penat lelah masak dan buka puasa, sekali mak cik tengok adik depa dok makan gelang manik. terus mak cik mengaumlah...

penalti depa dua orang kena sidai baju penuh sebakul, angkat kain dan tak boleh buat bising, tengok tv dan tido aje.... no facebook and no disney channel.

macamana mak cik nak tenang, baru aje mak cik ubatkan hati, dah penat balik.

balik dari bandung ni pak cik nak pi kuantan plak...

mak cik harap sangatlah mak cik boleh dapat maid secepat mungkin kalau tak mau mak cik tension dan stress sangat.

jenuh pak cik nak bagi duit banyak2 kat mak cik nak tenangkan hati mak cik..... :)

P/s weekend hari tu pak cik ambik alih jaga anak-anak, mak cik pergi kenduri dengan kawan. seronok gak sekali sekala mak cik tak bawa askar.... kawan mak cik bawa askar dia, jenuh dok cubit-cubit suruh diam. thanks ya encik abah tolong i jaga anak-anak. 

lain kali boleh tolong lagi kan? 

Friday, March 16, 2012

To Heal My Broken Heart....

yesterday was a terrible day for me, the trouble wasn't  from the house but from the work place, feel like smacking someone who is totally useless but claiming that she is the best in the world. 

to heal my broken heart i went to book a spa.... yehooowwww!

the price is reasonable and consider very cheap. sebelum discount RM306 but after the discount thingy it goes to RM98. apa lagi grab the whole package yang di offer. looking for any free day. i told encik abah yang dia kena jaga 3 askar masa i pergi spa. 

i told batrisya i will go to spa with fren. she didnt look happy to hear that. then i started lah berkhutbah di malam hari "u still small batrisya, you dont  need massage and facial treatment"

selalunya bila ummi pergi buat facial treatment mesti dia ikut sama. adalah upah dia, hair treatment atau bawak dia pergi makan2 dulu before i went to facial. but this time i have to say NO to her... 

mak cik mak cik punya club nak pergi spa. so tak leh bawa anak hehehe

encik abah will be in bandung during the weekend, i just told him that i need telekung and the kids need telekung too. Not to forget baby sitter, she need telekung. banyak pahala encik abah kalau kami pakai telekung tu untuk solat kan hehehe

yang lain i tak  minta pun. i have enough jubah, masa nephew belajar kat bandung, everytime dia balik cuti mesti dia bawa balik jubah, mum went for umrah and indonesia pun jubah. i guess it enough for me. lagipun mak cik pakai jubah masa nak pergi kenduri tahlil atau malas nak gosok baju datang keje.

encik abah ajak i pergi kuantan next week, thursday and friday, tapi batrisya sekolah. saturday i need to work, ada open day. so cant go! another tiring day coming.....

ok peeps, i need to go.

i have more to update, but i need to go back to work... due date is just around the corner!


till then bye everyone! have a wonderful weekend.



Tuesday, February 14, 2012

Ummi's Celoteh

internet kat opis down seminggu, then terperuklah mak cik kat opis macam kerang busuk sebab boring, nasib baik skrg tengah sibuk setting exam questions so bolehlah siap soalan dengan jayanya. eventhough mak cik ada internet kat rumah tapi baru aje nak on, dah ada yang dok kat belakang, kat riba dan bawah kaki. so lebih baik tutup dari darah naik membuak-buak.

si batrisya dan damya ni memang kaki you tube, sorang upin dan ipin yang sorang lagi kaki dengar lagu. habis hari tu diaorang kerjakan lappy baru encik abah sampai pecah seribu screen lappy dia. mengamuk encik abah sampai ummi pun kena tempiasnya. ummi senang aje, diam, malas nak cakap banyak-banyak. 

dahlah ummi ni suka nangis, bila orang marah-marah lagi kuat ummi nangis, so malas nak nangis banyak2 lebih baik diam. kalau tak tahan sangat bawa aje anak pergi playground, dok jauh-jauh dari orang, boleh nangis banyak-banyak sambil merenung nasib.

skrg ni ummi suka sakit-sakit kaki, kalau solat tu kadang-kadang macam nak tercabut kaki, tu yang kadang-kadang solat duduk aje. entah tak tahu nape, hari tu jumpa doktor sebab sakit lutut, doktor bagi ubat macam serbuk, lupa nama ubat tu. makan sebelum tido. dalam seminggu baiklah kata doktor. Alhamdullilah lega sikit. agaknya sebab berjam-jam dalam kelas berdiri sebab tu sakit kot. skrg ni ummi notice kalau ummi bercakap cepat sangat, macam pop corn. sampai satu masa students ummi cakap dia nak bawa record sebab tak sempat nak take note apa yang ummi cakap. lagi satu, ummi kuat berleter kat anak-anak, macam burung murai, rumah cuma sunyi bila ummi merajuk atau ummi tido.

last week pergi KL, dok kat hotel kat depan bangunan mara tu, letih berjalan sana-sini, sampai satu masa memang flat sangat. sampai merajuk mak cik. kalau orang lain merajuk sebab laki tak bawa jalan, mak cik selalu merajuk sebab selalu sangat berjalan. sorry ye encik abah i merajuk hari tu.

memang best tapi sebab anak kecik tu yang penat tu, tambahan ummi carry nufah guna baby sling, macam nak tercabut bahu. nufah plak bila dengar bising-bising nangis aje. damya dan batrisya plak semua tempat kat KL nak pergi. lotih mak cik berjalan. 

encik abah dah bagi green lite kat mak cik untuk ada maid. dah cakap kat agent tapi dah beku plak. kena tunggu sampai bulan March. semoga maid mak cik yang akan datang ni baik-baik aje. bukan nak suruh buat apa sangat pun, nak suruh jaga anak-anak masa ummi tak ada aje. yang lain tu ummi boleh buat. macam-macam yang ummi cakap kat agent tu, ummi nak yang tua, yang pandai mengaji, yang pakai tudung, yang rajin, tak nak yang medan, tak nak yang bandung, nak orang kampung dan nak yang kalau boleh datang dari jawa timur. pening agent tu dengar mak cik punya demand.

oklah mak cik nak stop kejap, sampai jumpa lagi.... happy working everyone..........