Last week batrisya begged me to buy her "kepala Singa"
First dia cakap buat aje dengan kotak, which i normally did bila pergi NS. tapi this time macam malas sangat nak buat kepala singa kat dia
cari punya cari then kitaorang jumpa kepala singa kat kedai yang jual barang-barang cina semayang. RM30 satu. terus grab.
Balik rumah jenuh dia dok mengusik adik2 dia dengan kepala singa tu, naik tension dengar melalak sana sini.
kalau tak ingatkan dia ada performance kat sekolah, dah lama ummi sembelih kepala singa tu.
so tuesday dia balik dari sekolah, masuk dalam kereta dengan muka yang amat happy bagitahu yang dia dapat no 1 untuk performance. siap cakap cikgu kata kenapa membazir duit beli kepala singa sebab nak pakai sekali aje. being encik abah yang sangat menurut perintah anak-anak, memang dia akan beli. kalau budak-budak tu nak, minta gunung pun agaknya dia boleh bagi kot hehehehe
sebenarnya ummi suruh aje dia bagi kat cikgu kepala singa tu untuk cikgu simpan selepas performance, kot2 lah nanti cikgu nak guna kan.
tapi cikgu tak nak. semalam dia balik dari sekolah dia bagitahu yang dia akan perform untuk majlis apa tah yang sekolah dia buat. kembang semangkuk dia sebab cikgu maintain dia jadi ekor singa dan kawan dia jadi kepala singa. gigih tak mak batrisya siap ajar lompat dan suruh goyang punggung masa berjalan. siap mak batrisya pinjam cd dong dong cheng yang muzik lagu singa lagi kat kawan.
anak-anak happy mak budak lagi happy.
semalam masa dah sampai rumah dari balik kerja, batrisya cakap dia kena bawa aquarium plus fishes plus pokok2 dalam aquarium. budak ni memang nak kena sekeh. dah masuk pagar keluar balik.
siap mak dia pergi kedai aquarium beli semua yang dia nak. dia cakap ada experiment apa tah hari ni.
dah dia dok mengusik damya dengan ikan tu, bila budak tu geli dengan ikan dia siap sound budak tu, dah huru hara dalam kereta. geram sungguh, subuh2 sapie pun boleh doh gaduh, tension mak depa.
last two week batrisya cakap dia kena bawa cuka, air sirap, serbuk koko dan air garam, dah jenuh mak dia buat semua tu siap bubuh dalam botol cantik2 lagi. encik abah siap beli serbuk koko van houthen lagi. mak budak tengok tension aje, mahal serbuk koko tu.
batrisya, batrisya...... kamu ni suka benor tolong kawan dengan offer macam-macam untuk bawa ke sekolah, kalau boleh semua benda dia nak buat.
sebabkan dia menang performance tu, dia dapat hadiah buku nota dari cikgu. kebetulan hari tu 31st July adalah birthday dia, so satu kelas menyanyi untuk dia..... lagi happy!
ummi dan abah dah belanja dia siap-siap buka posa on sunday kat hotel sebab birthday dia kan... lagipun skrg ni dia dah ada peningkatan dia dah boleh jawab pemahamam dengan baik sekali.... setiap 40 soalan yang ummi suruh buat, dia betul semua....
so usaha ummi berbaloi. bagi tekanan kat dia dan pada masa yang sama bagi dia happy.....
P/s lupa nak tangkap gambar kepala singa dia, nanti ye :)
yang kelakarnya dia takut nak letak kepala singa dalam bilik dia sebab takut hantu kepala singa bangun kacau dia malam-malam.... haru!