fuyoo.... dah lama tak update blog kan....
busy with holiday masa cuti sekolah
sekarang sekolah dah buka, busy dengan rutin harian.
tahun ni batrisya will sit for her UPSR, dari bulan december lagi ummi dah atur jadual batrisya, tuition kat sana sini, kelas tuition batrisya akan bermula setiap hari sekolah dari pukul 8 hingga 9.30 malam, waktu petang dan waktu sekolah.
waktu sekolah dia akan tuition kat sekolah, waktu petang rumah cikgu dan waktu malam rumah cikgu jugak. setiap subject mostly dia ada 2 atau 3 cikgu yang berlainan untuk tuition. meaning that setiap subject ummi akan enrol untuk 2 atau 3 kelas tuition di rumah cikgu yang berlainan.
ummi bayar tuition dia dengan duit tuition yang ummi dapat untuk ajar student international school. satu bulan duit tuition ummi mampu cover semua tuition yang dia attend. Terima kasih kepada Allah yang permudahkan segala urusan ummi.
nape ummi enrol dia di tempat yang berlainan sebab mostly cikgu-cikgu ni ada package, dan cikgu tuition tu bukan master untuk semua subjects yang dia offer, sebab tu lah batrisya kena attend sana sini, kalau nak panggil cikgu untuk home tuition ummi tak mampu, sebab satu subject dalam RM200.
so far mathematic dia memang ada banyak improvement dan very very good. thanks kepada cikgu norizan dan cikgu saadiah yang memang best.. not to forget cikgu sekolah batrisya jugak
unfortunately bm dia masih pening2 lalat lagi untuk penulisan, ummi masih lagi mencari cikgu BM untuk extra tuition.
ummi boleh ajar bm, tapi bila bab penulisan, ummi pun fail :( nak kena cari nilai murni dan sebagainya, memang fail, sebab ummi pun tak murni mana ..... hehehe
masa cuti sekolah hari tu kami ke Singapore, melawat USS, encik abah cakap itu hadiah untuk UPSR batrisya hehehe, kalau tak dapat result yang abah expected, memang jawablah batrisya
tapi itu hanya gurauan aje sebab nak bagi dia semangat belajar, i can see her improvement, balik sekolah buat homework selambak sampai ummi balik keje, then pergi main kat padang, pukul 7 masuk rumah solat dan sebagainya, so sesi tuition pun bermula
memang penat sebagai mak dan bapa yang kena jadi driver, tapi bila tengok anak yang ada semangat nak belajar tu terus hilang penat ummi.
batrisya, ummi doakan yang terbaik untuk batrisya. semoga batrisya berjaya di dunia dan akhirat, amin.
6 comments:
Salam Ummi..welcome back to the blogging world hehee..
pening tentang tuition anak2 yer..samala kita..kalau kat KT senang sikit. sebab kita dah kenal dan tahu kat mana nak cari. kat Putrajaya ni payah..ada banyak tapi nak cari yg betul berkualiti payah.
sama ler kita... antar tuisen anak... sib baik la amik 3 subject... tu pun abis gak la... tensennya, yang tak tuisen (kafacare dan tadika) pun lima ratus lebih dah... campur semua semua sekali... dekat seribu... utk urusan anak belajar saja... tak ada kerja sambilan nih... adulaa....
All the best Batrisya!!!
Owhh..nak exam besar ye tahun ni. All the best. Rindu kat ummi juga...
thanks azwa, tuition ni macam cendawan tumbuh selepas hujan :(
kak wani, tak pe kita berikan yang terbaik untuk diaorang, pasal duit tu memang habis setiap kali gaji, tak pe akak untuk anak-anak kita gak kan, rezeki diaorang sebenarnya tu :)
thanks nurshi :)
leeya, akak pun rindu nak active blogging tapi masa tak mengizinkan :(
my anak sulung pun upsr tahun ni tp dia jauh nun di kampung.huhu.rasa sedih pulak bila org lain sibuk duk citer bab hantar tuition.harap dia belajar lah setakat yg dia mampu dgn cikgu di sekolah
Post a Comment