Advertisement

Monday, September 24, 2012

Frust Mak cik....

Photo: David Diner @Greentown, Ipoh


Last week mak cik satu family pergi makan kat kedai makan ni... 

kalau kat ipoh ni kira glamer lah jugak kalau nak makan western food. kira sedaplah dan harga adalah bolehlah, affordable :)

Mak cik pergi makan dengan family, masa masuk restaurant ni, si waitress tu terkejut sebab tengok damya pakai selipar batrisya...

bila orang dah gelakkan dia, selamba dia cakap yang kasut dia entah kat mana, nak aje mak cik sekeh kepala dia masa tu

so encik abah pergi cari kasut dia kat kereta yang elok aje terletak kat tempat duduk dia, geram mak cik :)


kami pun order lah itu ini, sambil nunggu order tu sambillah layan si nufah yang tetiba aje termuntah sikit sebab mak cik bagi makan roti.

so nak avoid dia dari termuntah lagi jangan bagi makan apa-apa, so tak nak bagi dia meraung mak cik bagilah segala mak neka yang ada dalam handbag mak cik, tapi NO NO NO kepada purse...

order batrisya sampai, chicken lasagna, makanlah si batrisya dengan penuh kenikmatan

then order encik abah sampai, since encik abah kenyang sebab baru je sampai dari outstation dia hanya order potato jacket aje ,  mak cik pun tumpanglah makan sekali

then salad sampai, mak cik ingat ni mak cik punya set lah sampai... konnonya starter lah kot 

so makanlah mak cik salad dengan penuh kenikmatan sambil dok tunggu grilled chicken

bila batrisya tanya mana ayam mak cik, mak cik buatlah lawak kata depa tengah tangkap ayam kat belakang

then mak cik perhati meja sebelah, lambat masuk tapi  dah dapat makanan :(

masa ni dah cuak

masa tu jugak budak dua orang tu ( nufah dan damya) dah nangis2 dah, boring tak leh tahan nak balik

mak cik pun panggilah si waiter, sekali dia pergi tanya kat kitchen dan jawapannya.... ayam mak cik tak masak lagi sebab tak ada dalam order

mak cik masa tu dah berapi tahap dah sampai kat kepala

tapi mak cik ni tak nak bising2, diam aje sambil mata dok jeling lah...

encik abah minta bill...

sekali bila mak cik checked bill, dia charged sekali dengan ayam, lagilah mak cik mengamuk dan cakap kat cashier dia dengan nada yang amat sinis sekali, sekali dengar terbakar telinga 

hehehehe

diaorang siap salahkan waitress yang trainee lagi kata ambik order salah, habis masa kau nak masak kau tak nampakkah no order lain tapi tulis lain, kalau peka tak akan terjadinya 

so mak cik pun baliklah dengan nada yang frust menonggeng dan asyik teringat ayam yang dah di grill aje

so encik abah tanya nak makan apa..... dengan lemahnya mak cik cakap pergi ajelah MC D, beli ajelah  GCB... 

tension mak cik....

sekarang, mak cik dok berkira nak pergi ke tak lagi ke tempat tu, food nice, tapi service geram!

mesti kalau mak cik pergi kali ni dia serve meja kami dengan cepat sekali kan, mesti layanan yang amat mesra sebelum mak cik complaint kat bos dia atau mak cik jadi naga  :) 

Friday, September 21, 2012

Adam dan Hawa


Adam dan Hawa.... menarik!

cite yang ummi tengah layan sekarang ni kat mustika HD 134.....

masa mula-mula dia keluar, ummi tak tengok, 

sekali tu masa weekend dok tengok cite apa yang dah di rekod, tengok-tengok ada cite Adam dan Hawa ni dari episod satu hingga lapan, terus mak cik layan sampai skrg....

semalam boleh pulak terlena masa tengah layan... tak sabar nak balik petang karang nak tengok balik :)

kalau sapa-sapa yang tak ada HD atau tak ada pvr, boleh je, tengok kat facebook adam dan hawa, like page tu dah boleh layan...

dengan lagu2 dia ummi layan...

demam cite melayu skrg....

siap pergi kedai buku nak beli novel lagi sebab tak sabar nak tahu ending tapi sold out plak

kepada yang dah tahu ending jangan cite kat ummi sebab nak bagi suspend sikit... 

kalau dah tahu ending malas nak layan dah :)

hari tu adik beradik ummi datang rumah, siap mak cik on dari episod satu hingga dua belas, terus diaorang balik nak subscribe mustika... so sila bagi bayar commission  ye :)

tapi mak cik tak suka abang aron ajis.... mak cik cuma suka NN aje.... lawa :)

sorry ye abang aron :(

tapi ada gak jalan cerita dia yang macam ishhhh... apasal cite melayu ni macam ni ye :( 

tapi yang bestnya semenjak mak cik ambik package astrokkkkk yang ada pvr ni kami dah tak layan cite kat wayang lagi dah :) 

lagipun dah ada astro best dan astro first kat.... sekejap ye leh tengok cite baru :)

so astrokkkk dah tak teruk dah, mak cik sayang dia sangat2 :) 

P/s gambar ehsan pak cik google :) 


Wednesday, September 12, 2012

Damya Khadeeja and Tok wan

Photo: Budak yang sakit tangan akibat panjat motor dan terjatuh........



Photo


Hai everyone....

damya yang retak tangan sebab jatuh moto yang tak berjalan, kes panjat dan terjatuh

skrg kalau tanya nak naik lagi motor, terus cakap "NO"

damya dah pergi kindy, tapi semenjak tangan dia berbalut dah 2 minggu cuti... last monday dah start pergi kindy semula, itupun dia yang pujuk mak cik suruh hantar dia sebabnya dia rindu sangat kat kawan-kawan

yang paling stress, doktor tu cakap tak ada retak, siap pesan balik rumah nanti letak ice cube sebab nak bagi darah berjalan, 4 hari tangan dok bengkak dan bengkok lagi, mak cik setiap hari susah hati. dah bawa urut, si tukang urut tu kata keras semacam tangan dia, nak bawa pergi hospital dah masa tu tapi adik mak cik bagitahu ada sorang tabib cina yang sangat famous kat bt gajah yang tak simen dan boleh recover cepat untuk yang patah dan retak

so mak cik pun bawa lah jumpa tabib cina ni, ( damya panggil tok wan) sekali dia cakap banyak retak tanpa x ray pun, siap dia buang x ray mak cik, dia cakap klinik yang ambik x ray tu entah apa2, blur tak nampak lansung tulang. nak aje mak cik sekeh kepala juru x ray dengan doctor tu. yang bestnya siap charge beratus2 lagi. mak cik bukan nak berkira tapi at least bagilah suggestion. dah lah masa pergi klinik tu mak cik dalam mood sedih, bapa sedara meninggal, so kelam kabut masa tu, nak pergi ziarah arwah dan mak ummi plak masa tu macam sedih yang teramat sangat, siap nak pengsan bagai :(

tabib ni promise 3 minggu boleh baik, dia tampal ubat dengan daun pisang dan balut tangan, kena minum air barli dan pegaga, kena buat exercise, walau anak menjerit macamana pun kena buat jugak. memang meraung damya bila kami buat exercise kat tangan dia. tapi 2 hari dah ada perubahan, seminggu siap boleh straight dah tangan. tapi masih berbalut.

rawatan dia pun memang murah, per visit RM30, kena datang 3 kali atau 5 kali. damya mula2 kena datang 3 kali tapi khamis ni kena pergi lagi, so dah masuk kali ke empat so mak cik teka mesti kena jumpa 5 kali kot :)

pagi2 orang dah ramai, kalau sampai pukul 8.00 pagi nombor giliran adalah 30 ke atas.... jenuh menunggu tapi puas hati. 

orang datang dari pelusuk kg dan negeri..... macam2 patah boleh tengok.

Alhamudllilah... baru mak cik boleh menarik nafas lega. 

Monday, September 10, 2012

Raya di Kg Atok Johor......


Phew!!!! sambil lap peluh :)
Mak cik is still bz until end of the year :)

Photo

This is the "Jawa Style".... susah benor budak ni nak tido bila kat kg. bila dah terdesak sangat, sangkut buai kat pokok.... letakkan macam gaya kat atas buai sampai terlena :) sepanjang masa mak cik kena duduk bawah pokok jaga dia :) 

Photo: Pantai Leka Muar..........

Pantai Leka Parit Jawa..... Kampung Nelayan, banyak kedai yang jual asam pedas yang sangat yummy... first day raya dah buka kedai, kalau balik Muar tak pekena asam pedas macam tak puas aje, mesti makan... dengan ikan yang sangat fresh dan kuah asam pedas yang sangat yummy... tak boleh nak describe macamana sedapnya asam pedas tu bila masuk anak tekak :) kat sini angin sepoi sepoi.... sambil duduk kat buaian yang di sediakan, sambil pandang laut, tengok bot.... hilang tension dan penat kerja :) kat sini juga ada burung botak... nak tahu info pasal burung botak.... sila tanya pak cik goggle ye :) 


Photo: The best asam pedas in town................

Kepala ikan jenahak.... memang sedap.... mawar, masa ni si nufah asyik merengek aje, susah akak nak makan dan menikmati kesedapan kepala ikan ni...... sambil makan sambil pujuk dia, sabar akak tunggu sampai nufah 3 tahun, rasanya masa  tu akak boleh makan dengan aman dan tenteram dah. yang lebih tragis lagi, tengah kami dok sibuk makan si damya dah pergi dok tepi laut tengah baling batu.... terus hilang sedap nak makan :) lain kali nak suruh encik abah bungkus balik ipoh makan :) selalunya kami akan makan asam pedas, masa hari pertama balik muar dan hari last nak balik rumah semula :) in between lagi lah kena makan 

ok.... have a nice day everyone!