Advertisement

Tuesday, December 11, 2012

Not In The Mood

fuhh....

lama jugak tak update...

baru habis semua keje yang ummi kena buat dan submit, sekarang cuma nak cuti cuti sahaja

apply cuti dari next week mungkin sampai buka sekolah kot...

nak duduk rumah sambil relax2

sambil lepak lepak depan tv

yelah tu kan

my MIL is not feeling well....

kesian encik abah, sekarang dia ada kat Muar jaga mak

MIl di serang stroke, so ada darah beku kat otak, so kejap ingat kejap lupa

setiap pagi encik abah akan update pasal mak 

tak mampu nak cakap apa-apa kat encik abah, sebab ummi tahu mesti dia sedih sangat, ummi hanya mampu berdoa semoga semuanya akan di permudahkan Allah aje

dan encik abah pun kena jaga kesihatan dan jaga diri baik-baik

ok i need to go 

not in the mood to blog :(


Wednesday, November 14, 2012

Muntah Dan Anak-Anak

muntah?

dari si batrisya kecil sampailah ummi dah beranak tiga ni, muntah tak boleh di pisahkan dengan kami. tanyalah kat mana anak-anak tak pernah muntah

sampai naik cuak kadang-kadang bila masa makan diaorang dah ek ek ek....

terus mak depa bangun dan angkat anak bawa tepi longkang atau sink....

itu kalau sempatlah

kalau tak sempat, bertaburanlah muntah kat meja makan

sambil di pandang sinis oleh orang meja sebelah

itu kat restoren

dalam kereta tak payah cerita, dari iswara sampailah kereta sekarang ni, semua kena muntah, agaknya kalau orang nak beli kereta kami, memang wajib kena hantar cuci kusyen dulu, kalau tak jangan terperanjat kalau terjumpa unknown species kat celah-celah kusyen

muntah ni macam dah sinonim dengan anak-anak ummi, kalau tak sihat aje mesti muntah, kat lantai, kat atas toto, tilam semua kena

kalau nampak jemuran penuh dengan segala sarung bantal, toto, blanket dan sebagainya memang anak-anak ummi tak sihatlah

kalau kena musim hujan lagilah susah nak kering 

kalau part dalam kereta dan nak ke rumah orang kenduri atau ke mana-mana ajelah, rasa macam nak bawa baju lebih untuk ummi. senang kalau anak-anak muntah atas baju, senang nak tukar baju lain

anak-anak kalau nak ke shopping mall walaupun dekat dengan rumah memang ummi akan spare baju, muntah aje, singgah petrol station, basuh, tukar baju lain, baju yang muntah tu jangan lupa basuh, perah, masukkan dalam beg plastik, balik jangan campur baju yang muntah tu dengan baju yang lain pulak, basuh baju muntah tu aje 

ada sekali tu, tengah kami happy makan kat kfc, nufah dah ek ek ek dah, tak sempat nak angkat terus laju aje muntah tu keluar, habis basah baju dia, dah lah baju spare tak bawa sebab ingatkan kejap aje, lencun

punca dia muntah sebab tercekik fries

hehehehe jenuh cari punca muntah kan, memang setiap kali muntah ummi cari punca dia, yang selalu punca muntah sebab makan ubat, tension, yang ni kena cakap dekat doktor sebab doktor akan bagi ubat perasa buah yang sedap-sedap :) 

last sekali ummi bogelkan dia, mujur ada cd, so pakai kan cd aje, panggil adik kfc suruh mop dan say sorry, cepat-cepat makan dan baliklah cepat.... nak makan pun dah tak selera masa tu, tapi nak buat macamana

yang couple sebelah meja kami tu siap buat muka sebab anak ummi muntah, ummi pun tak minta anak-anak muntah, dah tercekik fries yang secoet tu nak buat macamana 

kalau dulu ummi geli dengan muntah, panik dan sebagainya

sekarang boleh relax sebab dah selalu sangat anak-anak muntah, yang paling teruk suka muntah si batrisya dan nufah

tapi muntah ni masa diaorang baby baby lah

dah besar dalam umur 2 tahun dah tak adalah nak muntah kat public melainkan kalau tak sihatlah

so buat couple-couple yang geli geleman tengok muntah, tunggulah korang dapat baby nanti, masa tu ummi dah boleh gelak besar dah sebab anak-anak dah besar hehehe

pengalaman kan... esok bolehlah cerita kat diaorang yang diaorang pernah muntah sana sini dan buat kami gabra :)

Last sekali ummi nak ucapkan "Selamat Tahun Baru" dan Salam Maal Hijrah dari ummi sekeluarga :) 

Friday, November 09, 2012

Budak-Budak Zaman Sekarang

kecoh semalam masa ummi ambik batrisya kat nursery

belum duduk dan masuk dalam kereta lagi dah cakap yang hari ni cikgu ada buat spot check

budak standard 6 and standard 5 bawa hp, tab dan sebagainya pergi sekolah

nasib baik batrisya hanya bawa saidina dan chess aje kan hehehe

macamana cikgu boleh tahu budak-budak ni bawa hp dan tab sebab ada budak hilang hp

fuh.... semua kena pergi dewan. siap check badan sampai ke tut tut sekali, nasib baik girl school :) 

sebabnya dulu ada kes hilang hp, student tu letak dalam panties, boleh?

tak pasal-pasal cikgu kena jadi polis plak semalam, macam-macam tugas cikgu kan :) 

tak jumpa, tapi yang cikgu geram sangat ramai sungguh yang bawa hp, batrisya cakap ada kot lebih 50 hp yang di rampas

pengawas sekolah pun bawa, dah kena gantung tugas tahun depan, 3 bulan tak leh pakai name tag pengawas, vest, cuma pakai baju aje.... 

pening kepala mak mak kan, nak mengadap cikgu nak ambik hp anak .... ummi plak jenis yang selalu cakap kat batrisya, nak bawa, bawalah, kalau kena tangkap, ummi biar aje hp tu cikgu ambik

batrisya ni plak memang  yang suka gadget dan internet, sekali tu bil hp dia RM300, terus melompat encik abah, nasib baik abah dia baik hati, dia pergi bayar, ummi siap bebel cakap boleh beli kasut dan baju raya tau... dah lah masa tu dekat raya, 

seleps tu memang kitaorang pantau aje apa dia, sekarang kalau dia nak guna internet, ummi suruh cabut sim card, guna wi fi :) baru bil telefon dia RM20

adik2 dia bukan main seronok lagi bila dia on hp dia sebabnya segala mak nenek dia download, berebut-rebut hp tu sampai ummi rasa macam nak campak aje :(

tapi nak bawa ke sekolah dia memang takut 

batrisya ni yang jenis lemah gemalai takut segala mak nenek, kalau cikgu cakap macam tu, macam tu lah

sampai ummi kadang-kadang naik angin suruh dia tanya cikgu atau confirmkan dengan cikgu 

tapi bagus gak dia takut macam ni sebabnya tak dahlah dia berani nak benda tak baik kat sekolah

cikgu cakap hari ni hari last day boleh ambik hp, kalau tak cikgu simpan sampai tahun depan hehehe

syabas cikgu-cikgu...

so pleaselah janganlah bawa hp ke sekolah, buat pening kepala cikgu aje :(

yang lagi cikgu geram, hp students lebih canggih dari hp cikgu... hasil rampasan semalam adalah iphone, tab, samsung note dan sebagainya. :) 

Wednesday, November 07, 2012

Get Well Soon Nufah Qaseh Medina

Nufah is not in a good health, fever :(

so ramai-ramai lah kami berkampung kat rumah baby sitter sebab encik abah outstation dah dua minggu

Nufah ni kalau fever, tengah malam memang temp akan naik tinggi, so tak berani ummi dok rumah dengan dia dan anak-anak yang lain aja, i need someone to comfort me sebab ummi ni jenis cepat gabra

semalam balik dari keje, sampai rumah baby sitter melepek tengok dia kat atas tilam, terus angkat dia, masyaAllah panasnya padan dia, cepat-cepat ummi pergi dapur baby sitter basahkan kepala dia, suruh baby sitter ambik kain, letak atas dahi dia, start kereta dan terus bawa pergi klinik

bila doc check temp, dah 39, dah doc pulak kehabisan ubat bontot, tapi ummi masih ada lagi ubat bontot kat rumah bb sitter, ambik ubat terus balik rumah baby sitter terus bagi ubat bontot, lega sikit 

bawa dia balik rumah, tinggal damya kat rumah baby sitter, sampai rumah bagi mandi, buka upin ipin, tengok dia dah berpeluh, ummi bangun nak buat keje

tengok batrisya belum mandi, bebel itu dan ini. suruh minum air suam banyak-banyak, bersih badan elok-elok masa mandi dan macam-macam lah... naik pening batrisya dengan ummi dia 

buat housework panaskan lauk yang di masak pagi tadi, dinner, siap2 terus pergi rumah baby sitter semula

penatnya!

cepatlah baik Nufah, ummi dah tak larat nak berulang alik sana sini. i miss my bantal dan tilam. i miss Nufah's laughter :(

hari ni ummi nak tido kat rumah dan dah siap pesan macam-macam kat baby sitter just to make sure yang Nufah makan ubat pada waktunya dan macam-macamlah :(


esok tak ada kelas, ummi nak cuti, i just want to be at home, i need to read and read :(

sometime bila drive kereta sorang-sorang, rasa sedih sangat.

semalam call encik abah suruh dia cepatlah balik. ummi dah tak larat nak handle anak-anak sorang-sorang. dia cakap Friday nite baru sampai rumah., rasa macam nak aje lompat ke friday, tak nak thursday dah :(


i'm not a super woman, i need help sometime.

next week will be a very long weekend for me sebab ummi cuti sampai wed, i just want to have my ME time. agaknya nak minta encik abah sponsor ummi untuk facial atau bawa pergi makan-makan :)

and i just realise yang ummi ni jenis yang amat blur sometime. orang cakap itu, ummi cakap ini. orang dah bagitahu, ummi masih terpnga-pinga. the worst part ummi suka lupa dan akan cuba cari benda yang ummi lupa sampai berhari-hari, padahal benda tu ada kat depan mata aje.

kalau ummi cakap memang laju, if you dont listen carefully atau concentrate dengan apa yang ummi cakap, bila tak boleh buat apa yang ummi nak memang akan kena. selalu jadi mangsa batrisya. i will tell her to do this and that, bila ummi pergi check balik dia belum buat, terus jadi mak rimau sambil bebel non-stop. teruk kan :(

Pity batrisya :( 

I'm not a perfect mom, please forgive me, kids :(

Saturday, November 03, 2012

Keluarga Iskandar


pernah tengok drama ni kat TV?

keluarga iskandar, astro prima

menarik sangat sebabnya santai, ummi suka cerita ni, tak miss tengok, dulu asyik miss aje, tapi sejak ada pvr ni batrisya dah record full series so senang nak tengok masa santai

memang kelakar habis...

pada yang ada astro tu tengoklah cerita ni... gelak sampai nak pecah perut

selalunya waktu anak-anak dah tido ummi akan tengok semua cerita yang ummi dah record, masa tu tenang aje, sambil tengok sambil gelak, kalau masa diaorang jaga asyik berebut remote

kadang-kadang ummi sedih jugak bila encik abah asyik oustation aje, ummi akan jadi sedih, suka marah anak-anak, pantang diaorang buat salah mesti kena marah dan selalu merajuk

entahlah tak tahu kenapa jadi macam ni

nak bawa diaorang pergi shopping mall, ummi tak larat nak handle nufah dan damya, memang batrisya boleh tolong tengokkan tapi damya ni lasak, suka lari sana sini dalam shopping mall, selalu menyirap darah bila pandang-pandang tengok dia dah tak ada kat situ, dah masuk kedai lain atau tercegat depan toys

dah lama ummi tak keluar berdua dengan encik abah kecuali kadang-kadang keluar makan masa lunch yang hanya 30 minit tu sebabnya masing-masing sibuk, selalunya encik abah akan oustation dan oustation

nak ikut dia pergi oustation, anak-anak sekolah, ummi keje

agaknya sebab tu ummi selalu stress kot

tak sabar ummi nak tunggu anak-anak besar, nak ajak diaorang jalan sana sini

sunyi sangat kadang-kadang tu, sebab tu ummi tak suka layan. masa santai ummi, ummi habiskan sekarang dengan baca journal, at least boleh benefit ummi jugak kan

P/s ummi paling suka dengan mak jah dalam keluarga iskandar tu, garang tapi kelakar, suka perli-perli anak-anak dia :)


photo ehsan pak cik goggle :)

Thursday, November 01, 2012

Doakan Ummi....

perjalanan baru yang akan bermula, 

ummi doakan perjalanan baru yang akan bermula ini akan berakhir dengan satu kepuasan dan senyuman untuk semua especially family ummi

dengan semangat yang berkobar ummi dah hantar proposal untuk sambung belajar lagi 

sekali ini ummi tak nak menoleh belakang dan cakap TIDAK lagi, sepatutnya ummi dah hantar proposal 6 bulan dahulu tetapi memikirkan Nufah masih kecil ummi batalkan hasrat ummi

tapi kali ini dengan semangat yang encik abah berikan dan senyuman batrisya yang seronok tengok mak dia nak sambung belajar sebab dia cakap nanti dia boleh pergi oversea ( yelah tu batrisya, ummi kamu hanya belajar dengan duit sendiri, macamana nak pergi oversea) ummi mulakan perjalanan baru ini

kalau ummi kurang menulis maksudnya ummi ada commitment lain yang perlu ummi lakukan

ummi perlu habiskan dalam masa yang di tetapkan

ummi perlu banyak membaca

ummi perlukan semangat dan sokongan dari semua kawan-kawan yang ada

doakan ummi, semoga perjalanan ummi ini akan memberikan kemanisan yang akan di kenang sepanjang hayat, kemanisan untuk keluarga ummi dan semua

terima kasih sekali lagi  kepada encik abah yang sangat memahami dan memberi semangat kepada ummi :) 

kenapa ummi suka belajar dan sampia bila ummi akan belajar?

selagi mata ini belum tertutup ummi akan terus belajar dan belajar, panjang lagi perjalanan ini, semoga apa yang ummi rancangkan ini mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah, dan semoga Allah memudahkan perjalanan ummi ini, insyaAllah

Ya Allah, takutnya :) 

doakan ummi ya kawan-kawan, amin :)

Monday, October 22, 2012

Day Trip To CH

When we bought the car, it came with the tv inside, mula-mula ingat macam nak buat apa lah dengan tv tu, but at last it really help, setiap kali naik kereta, on aje tv, selalunya cerita upin dan ipin yang ditayangkan yang dah di upload dari youtube. boleh drive dengan senang hati sebab anak-anak memang behave sangat :) 

batrisya dan damya 

damya khadeeja yang sangat tantrum skrg ni... boleh buat darah tinggi mak dia naik tahap klcc 

nampak macam boy kan, tapi bila nangis memang girl dan suka main masak-masak :)

sekarang ni memang bunga tengah megembang sangat kat CH,  cantik  :)

skrg ni hujan kat cameron, even kat ipoh ni bila bangun pagi  ada kabus-kabus , sejuk sangat :)

last week we went to cameron,

bangun pagi, siap-siap dah naik ke CH

tapi sekarang sejuk sangat sebab hujan saja kat atas

kalau bawa anak kecik nak meredah hujan tu macam tak best

masa pergi hari tu cuma pergi mardi aje sebabnya hujan lebat, makan kat situ, solat kat situ, singgah kea farm untuk beli jagung aje

pukul 5 petang dah sampai rumah :)

Monday, October 08, 2012

Tired Yet Happy

Photo


Photo


Photo

Photo

i went to KL last friday  and returned home the next day only 

so encik abah kena jaga anak-anak...

i smsed them during dinner they were at Mc Donald, having their dinner, Samurai burger (based on the photo taken by them)

i smsed them after dinner, they were outside, tgh jalan-jalan to make the kids happy  and sleepy :) 

i called them on saturday morning,  diaorang tengah busy nak pergi Telematch kat tempat kerja encik abah, they came back with one full box of sweets, terror anak-anak ummi kutip sweets :) 

encik abah told me nufah bangun 4 kali waktu malam sebab missing me a lot, she went to kitchen looking for me... kesian kan.

pity nufah, my next trip to Kl will be in November, again they have to stay with encik abah

hope this time they will be okay, batrisya told me damya and nufah diam aje....

diam is not a good sign for my kids sebab kalau diaorang happy diaorang akan main non stop, sampai kena switch off lampu

i told them, in order to make everyone happy and occupied masa ummi tak ada, they have to spend so much on food, MC Donald on friday and the next day Tutti frutti...

oh... ummi tak boleh outstation frequently, kalau tak habis botak poket encik abah nanti :)

many thanks to encik abah sebab tolong jaga anak-anak dan keep the house clean :) 

i reached home at 5 on saturday evening, i was so happy to see everything in order sebab esoknya pukul 5 pagi dah kena bangun, pukul 7 pagi kitaorang satu family dah shoot to Seremban untuk attend anak sedara encik abah punya wedding kat Spanish Villa Senawang :) 

Tired yet happy :) 

Thursday, October 04, 2012

When The Time Comes

i started my blog in 2006

phew... almost 6 year dah blog ni, kalau hidup dah masuk kindy pun

tapi entry baru aje 500 something

sebabnya i'm not a good blogger

malas pun ada

kadang-kadang ada idea nak tulis

kadang-kadang tak ada idea nak tulis

blogging ni macam diary... 

cuma tak share 100% apa yang jadi kat dalam hidup aje kan

ramai kawan blogger yang dah private blog

ramai gak kawan blogger yang decided nak tutup blog

sometime i hate blogging ni sebab sangat mudah orang nak judge kitakan...

kadang-kadang orang yang tulis blog tu actually 100% opposite dari yang dia cerita kat dalam blog kan

duit nuffnang adalah sikit2, so bukan tulis blog sebab nak dapat duit banyak... tak pernah cash out pun lagi

biarlah duit tu kat situ, mungkin satu hari nanti ummi akan cash out jugak

rasanya sampai satu masa nanti, blog ni pun akan berkubur jugak

skrg ni on dan off aje... kalau lama tak update tu maksudnya ummi dah malas teramat sangat and silence is the best medicine kan...

but i will keep this blog untuk anak-anak ummi :)

Mumbling Mum

sometime i feel that i'm very irresponsible mum :(

macam hari ni damya ada photography session, kena pakai tudung sebab nak tangkap gambar, cikgu ada bagi surat semalam :)

being a mum yang 24 hours busy, i just baca yang kena bayar berapa aje dan tak baca bila session tu...

sekali bila sampai kindy dia dah meraung abis tak nak turun, dah mak dia marah...

sekali bila cikgu dia cakap, terus mak dia tepuk dahi

pesan kat cikgu dia, lain kali bagitahu PA ummi, iaitu batrisya... senang sikit! cikgu dia pun yolahkan  aje :) nasib baik diaorang dok kat sama nursery :)

being an account teacher, ummi rasa yang bab2 baca ni memang lemah, kalau no tu memang cepat tangkap. dont be surprise kalau nampak ummi tekan calculator tanpa tengok no, laju aje... dan no memang semua betul :) 

sometime i feel kalau kepala serabut mesti tak leh focus :)

just imagine, i have class morning and afternoon, one session 3 hour :) terbelit lidah bercakap, balik rumah terus masak, basuh kain, sidai kain, lipat kain dan selesaikan semua kerja rumah...

kadang-kadang rasa macam letih sangat even solat pun tak leh berdiri, sakit tumit kaki atau lutut, just imagine, umur macam ummi ni ada masalah sakit lutut, terukkan. doctor cakap sebab banyak sangat berdiri. sebab tu ummi tak pakai heel :(

being me yang memang suka diam aje, sekali sekala rasa macam nak jerit and let the whole world know that i'm so tired...

physically and mentally tired :( 

sebab tu kalau anak-anak buat salah sikit ummi tak boleh, terus mak cik jadi marah sangat... kesian diaorang

same goes to my students, kalau ada yang buat hal especially pagi2, adalah yang 3 jam tu nangis dalam kelas sebab ummi akan ajar non stop dan tanya soalan sorang2 without fail, kalau tak boleh jawab, memang hari malanglah untuk student tu :( very bad kan :(

that why, ummi suka plan apa yang ummi nak buat dan ummi akan manage time, kalau lambat sikit aje habislah... lari semua jadual yang ummi dah set awal2 tu :(

untuk tak bagi batrisya rasa pressure sangat, ummi dah enrol dia kat kelas tuition...... boleh dia belajar dengan tenang daripada belajar dengan mak dia yang macam singa ni :)

Monday, September 24, 2012

Frust Mak cik....

Photo: David Diner @Greentown, Ipoh


Last week mak cik satu family pergi makan kat kedai makan ni... 

kalau kat ipoh ni kira glamer lah jugak kalau nak makan western food. kira sedaplah dan harga adalah bolehlah, affordable :)

Mak cik pergi makan dengan family, masa masuk restaurant ni, si waitress tu terkejut sebab tengok damya pakai selipar batrisya...

bila orang dah gelakkan dia, selamba dia cakap yang kasut dia entah kat mana, nak aje mak cik sekeh kepala dia masa tu

so encik abah pergi cari kasut dia kat kereta yang elok aje terletak kat tempat duduk dia, geram mak cik :)


kami pun order lah itu ini, sambil nunggu order tu sambillah layan si nufah yang tetiba aje termuntah sikit sebab mak cik bagi makan roti.

so nak avoid dia dari termuntah lagi jangan bagi makan apa-apa, so tak nak bagi dia meraung mak cik bagilah segala mak neka yang ada dalam handbag mak cik, tapi NO NO NO kepada purse...

order batrisya sampai, chicken lasagna, makanlah si batrisya dengan penuh kenikmatan

then order encik abah sampai, since encik abah kenyang sebab baru je sampai dari outstation dia hanya order potato jacket aje ,  mak cik pun tumpanglah makan sekali

then salad sampai, mak cik ingat ni mak cik punya set lah sampai... konnonya starter lah kot 

so makanlah mak cik salad dengan penuh kenikmatan sambil dok tunggu grilled chicken

bila batrisya tanya mana ayam mak cik, mak cik buatlah lawak kata depa tengah tangkap ayam kat belakang

then mak cik perhati meja sebelah, lambat masuk tapi  dah dapat makanan :(

masa ni dah cuak

masa tu jugak budak dua orang tu ( nufah dan damya) dah nangis2 dah, boring tak leh tahan nak balik

mak cik pun panggilah si waiter, sekali dia pergi tanya kat kitchen dan jawapannya.... ayam mak cik tak masak lagi sebab tak ada dalam order

mak cik masa tu dah berapi tahap dah sampai kat kepala

tapi mak cik ni tak nak bising2, diam aje sambil mata dok jeling lah...

encik abah minta bill...

sekali bila mak cik checked bill, dia charged sekali dengan ayam, lagilah mak cik mengamuk dan cakap kat cashier dia dengan nada yang amat sinis sekali, sekali dengar terbakar telinga 

hehehehe

diaorang siap salahkan waitress yang trainee lagi kata ambik order salah, habis masa kau nak masak kau tak nampakkah no order lain tapi tulis lain, kalau peka tak akan terjadinya 

so mak cik pun baliklah dengan nada yang frust menonggeng dan asyik teringat ayam yang dah di grill aje

so encik abah tanya nak makan apa..... dengan lemahnya mak cik cakap pergi ajelah MC D, beli ajelah  GCB... 

tension mak cik....

sekarang, mak cik dok berkira nak pergi ke tak lagi ke tempat tu, food nice, tapi service geram!

mesti kalau mak cik pergi kali ni dia serve meja kami dengan cepat sekali kan, mesti layanan yang amat mesra sebelum mak cik complaint kat bos dia atau mak cik jadi naga  :) 

Friday, September 21, 2012

Adam dan Hawa


Adam dan Hawa.... menarik!

cite yang ummi tengah layan sekarang ni kat mustika HD 134.....

masa mula-mula dia keluar, ummi tak tengok, 

sekali tu masa weekend dok tengok cite apa yang dah di rekod, tengok-tengok ada cite Adam dan Hawa ni dari episod satu hingga lapan, terus mak cik layan sampai skrg....

semalam boleh pulak terlena masa tengah layan... tak sabar nak balik petang karang nak tengok balik :)

kalau sapa-sapa yang tak ada HD atau tak ada pvr, boleh je, tengok kat facebook adam dan hawa, like page tu dah boleh layan...

dengan lagu2 dia ummi layan...

demam cite melayu skrg....

siap pergi kedai buku nak beli novel lagi sebab tak sabar nak tahu ending tapi sold out plak

kepada yang dah tahu ending jangan cite kat ummi sebab nak bagi suspend sikit... 

kalau dah tahu ending malas nak layan dah :)

hari tu adik beradik ummi datang rumah, siap mak cik on dari episod satu hingga dua belas, terus diaorang balik nak subscribe mustika... so sila bagi bayar commission  ye :)

tapi mak cik tak suka abang aron ajis.... mak cik cuma suka NN aje.... lawa :)

sorry ye abang aron :(

tapi ada gak jalan cerita dia yang macam ishhhh... apasal cite melayu ni macam ni ye :( 

tapi yang bestnya semenjak mak cik ambik package astrokkkkk yang ada pvr ni kami dah tak layan cite kat wayang lagi dah :) 

lagipun dah ada astro best dan astro first kat.... sekejap ye leh tengok cite baru :)

so astrokkkk dah tak teruk dah, mak cik sayang dia sangat2 :) 

P/s gambar ehsan pak cik google :) 


Wednesday, September 12, 2012

Damya Khadeeja and Tok wan

Photo: Budak yang sakit tangan akibat panjat motor dan terjatuh........



Photo


Hai everyone....

damya yang retak tangan sebab jatuh moto yang tak berjalan, kes panjat dan terjatuh

skrg kalau tanya nak naik lagi motor, terus cakap "NO"

damya dah pergi kindy, tapi semenjak tangan dia berbalut dah 2 minggu cuti... last monday dah start pergi kindy semula, itupun dia yang pujuk mak cik suruh hantar dia sebabnya dia rindu sangat kat kawan-kawan

yang paling stress, doktor tu cakap tak ada retak, siap pesan balik rumah nanti letak ice cube sebab nak bagi darah berjalan, 4 hari tangan dok bengkak dan bengkok lagi, mak cik setiap hari susah hati. dah bawa urut, si tukang urut tu kata keras semacam tangan dia, nak bawa pergi hospital dah masa tu tapi adik mak cik bagitahu ada sorang tabib cina yang sangat famous kat bt gajah yang tak simen dan boleh recover cepat untuk yang patah dan retak

so mak cik pun bawa lah jumpa tabib cina ni, ( damya panggil tok wan) sekali dia cakap banyak retak tanpa x ray pun, siap dia buang x ray mak cik, dia cakap klinik yang ambik x ray tu entah apa2, blur tak nampak lansung tulang. nak aje mak cik sekeh kepala juru x ray dengan doctor tu. yang bestnya siap charge beratus2 lagi. mak cik bukan nak berkira tapi at least bagilah suggestion. dah lah masa pergi klinik tu mak cik dalam mood sedih, bapa sedara meninggal, so kelam kabut masa tu, nak pergi ziarah arwah dan mak ummi plak masa tu macam sedih yang teramat sangat, siap nak pengsan bagai :(

tabib ni promise 3 minggu boleh baik, dia tampal ubat dengan daun pisang dan balut tangan, kena minum air barli dan pegaga, kena buat exercise, walau anak menjerit macamana pun kena buat jugak. memang meraung damya bila kami buat exercise kat tangan dia. tapi 2 hari dah ada perubahan, seminggu siap boleh straight dah tangan. tapi masih berbalut.

rawatan dia pun memang murah, per visit RM30, kena datang 3 kali atau 5 kali. damya mula2 kena datang 3 kali tapi khamis ni kena pergi lagi, so dah masuk kali ke empat so mak cik teka mesti kena jumpa 5 kali kot :)

pagi2 orang dah ramai, kalau sampai pukul 8.00 pagi nombor giliran adalah 30 ke atas.... jenuh menunggu tapi puas hati. 

orang datang dari pelusuk kg dan negeri..... macam2 patah boleh tengok.

Alhamudllilah... baru mak cik boleh menarik nafas lega. 

Monday, September 10, 2012

Raya di Kg Atok Johor......


Phew!!!! sambil lap peluh :)
Mak cik is still bz until end of the year :)

Photo

This is the "Jawa Style".... susah benor budak ni nak tido bila kat kg. bila dah terdesak sangat, sangkut buai kat pokok.... letakkan macam gaya kat atas buai sampai terlena :) sepanjang masa mak cik kena duduk bawah pokok jaga dia :) 

Photo: Pantai Leka Muar..........

Pantai Leka Parit Jawa..... Kampung Nelayan, banyak kedai yang jual asam pedas yang sangat yummy... first day raya dah buka kedai, kalau balik Muar tak pekena asam pedas macam tak puas aje, mesti makan... dengan ikan yang sangat fresh dan kuah asam pedas yang sangat yummy... tak boleh nak describe macamana sedapnya asam pedas tu bila masuk anak tekak :) kat sini angin sepoi sepoi.... sambil duduk kat buaian yang di sediakan, sambil pandang laut, tengok bot.... hilang tension dan penat kerja :) kat sini juga ada burung botak... nak tahu info pasal burung botak.... sila tanya pak cik goggle ye :) 


Photo: The best asam pedas in town................

Kepala ikan jenahak.... memang sedap.... mawar, masa ni si nufah asyik merengek aje, susah akak nak makan dan menikmati kesedapan kepala ikan ni...... sambil makan sambil pujuk dia, sabar akak tunggu sampai nufah 3 tahun, rasanya masa  tu akak boleh makan dengan aman dan tenteram dah. yang lebih tragis lagi, tengah kami dok sibuk makan si damya dah pergi dok tepi laut tengah baling batu.... terus hilang sedap nak makan :) lain kali nak suruh encik abah bungkus balik ipoh makan :) selalunya kami akan makan asam pedas, masa hari pertama balik muar dan hari last nak balik rumah semula :) in between lagi lah kena makan 

ok.... have a nice day everyone! 

Thursday, August 30, 2012

Mood Mak Cik Lemau, Selemau Kuih Raya Mak Cik....

Lama dan malas nak menjenguk blog.....

Mak cik bukan busy sangat pun, tapi mood lemau.....

Anak mak cik si damya tangan bengkak sebab jatuh motor yang tak berjalan, dia panjat dan tergolek jatuh. dah bawa pergi x ray tak ada apa-apa, skrg mak cik bawa dia urut. hari ni baru dia pergi kindy sebab ada jamuan raya, gigih semalam mak cik bangun pukul 4 pagi kukus kek cokelat moist hehehe

Malam ni mak cik ada bacaan yassin dan solat hajat kat sekolah batrisya, yang bestnya masa isi borang, encik abah tanya mak cik berkali-kali betulkah mak cik nak pergi.... mak cik kata "ya, nak pergi". kalau tak banyak aje alasannya. hehehe

kuih raya mak cik pun dah tinggal habuk aje, sebabnya sikit2 mak cik bawa pergi opis bagi kawan-kawan makan, mak cik takut nanti tak habis dah membazir pulak, sekali bawa sejenis, setiap hari bawa. lama-lama habislah.... kat rumah tu ada mood, kalau biskut2 ni kurang sikit tapi kalau kerepek2 ni laju aje...

Waja mak cik dah selamat di jual.... sedih gak bila mak cik jual keta tu, nak upload gambar waja mak cik, tapi card reader buat hal pulak...

Sekarang ni kalau naik kereta, anak-anak mak cik berebut jugak nak duduk sana sini, memang kenalah... sebabnya, kereta kecik berebut, kereta yang ada banyak seat pun nak berebut.... memang mak cik hangin satu badan.

Oklah mak cik nak buat sambung buat keja dulu....

Sebelum terlambat, mak cik nak ucapkan "selamat hari raya, maaf zahir dan batin".

Jemputlah datang ke rumah.... :) 

Thursday, August 02, 2012

Kepala Singa

Last week batrisya begged me to buy her "kepala Singa"

First dia cakap buat aje dengan kotak, which i normally did bila pergi  NS. tapi this time macam malas sangat nak buat kepala singa kat dia

cari punya cari then kitaorang jumpa kepala singa kat kedai yang jual barang-barang cina semayang. RM30 satu. terus grab.

Balik rumah jenuh dia dok mengusik adik2 dia dengan kepala singa tu, naik tension dengar melalak sana sini. 

kalau tak ingatkan dia ada performance kat sekolah, dah lama ummi sembelih kepala singa tu.

so tuesday dia balik dari sekolah, masuk dalam kereta dengan muka yang amat happy bagitahu yang dia dapat no 1 untuk performance. siap cakap cikgu kata kenapa membazir duit beli kepala singa sebab nak pakai sekali aje. being encik abah yang sangat menurut perintah anak-anak, memang dia akan beli. kalau budak-budak tu nak,  minta gunung pun agaknya dia boleh bagi kot hehehehe

sebenarnya ummi suruh aje dia bagi kat cikgu kepala singa tu untuk cikgu simpan selepas performance, kot2 lah nanti cikgu nak guna kan. 

tapi cikgu tak nak. semalam dia balik dari sekolah dia bagitahu yang dia akan perform untuk majlis apa tah yang sekolah dia buat. kembang semangkuk dia sebab cikgu maintain dia jadi ekor singa dan kawan dia jadi kepala singa. gigih tak mak batrisya siap ajar lompat dan suruh goyang punggung masa berjalan. siap mak batrisya pinjam cd dong dong cheng yang muzik lagu singa lagi kat kawan. 

anak-anak happy mak budak lagi happy.

semalam masa dah sampai rumah dari balik kerja, batrisya cakap dia kena bawa aquarium plus fishes plus pokok2 dalam aquarium. budak ni memang nak kena sekeh. dah masuk pagar keluar balik. 

siap mak dia pergi kedai aquarium beli semua yang dia nak. dia cakap ada experiment apa tah hari ni.

dah dia dok mengusik damya dengan ikan tu, bila budak tu geli dengan ikan dia siap sound budak tu, dah huru hara dalam kereta. geram sungguh, subuh2 sapie pun boleh doh gaduh, tension mak depa. 

last two week batrisya cakap dia kena bawa cuka, air sirap, serbuk koko dan air garam, dah jenuh mak dia buat semua tu siap bubuh dalam botol cantik2  lagi. encik abah siap beli serbuk koko van houthen lagi. mak budak tengok tension aje, mahal serbuk koko tu.

batrisya, batrisya...... kamu ni suka benor tolong kawan dengan offer macam-macam untuk bawa ke sekolah, kalau boleh semua benda dia nak buat.

sebabkan dia menang performance tu, dia dapat hadiah buku nota dari cikgu. kebetulan hari tu 31st July adalah birthday dia, so satu kelas menyanyi untuk dia..... lagi happy!

ummi dan abah dah belanja dia siap-siap buka posa on sunday kat hotel sebab birthday dia kan... lagipun skrg ni dia dah ada peningkatan dia dah boleh jawab pemahamam dengan baik sekali.... setiap  40 soalan yang ummi suruh buat, dia betul semua....

so usaha ummi berbaloi. bagi tekanan kat dia dan pada masa yang sama bagi dia happy.....

P/s lupa nak tangkap gambar kepala singa dia, nanti ye :)

yang kelakarnya dia takut nak letak kepala singa dalam bilik dia sebab takut hantu kepala singa bangun kacau dia malam-malam.... haru!

Thursday, July 26, 2012

Masak atau Beli?

dugaan sungguh bulan puasa kali ini

mak cik sakit tekak yang sampai ke telinga

masuk kelas kena ajar 3 jam, rasa macam nak cekik2 aje students bila diaorang dok bantai senyum bila mak cik kena jerit. akibat jerit banyak sangat, terus hari ni lagi azab

semalam pergi tesco restock barang dapur kat rumah, suruh encik abah belok ke Mc D, beli Vanilla shake, kot2 baik. terus pagi ni hilang suara... serak habis.

aduh! teringin nak balik rumah layan tido sambil menahan keperitan tekak

bulan puasa adalah bulan gantung kuali, sebabnya encik abah suka beli. 

kalau hari keje memang semuanya beli. sebabnya mak cik balik keje pukul 5, sampai rumah 5.30 ambik bebudak, kederat dah tak de masa tu, penat. sebabnya kelas pagi petang. memang masak tak guna mulut kan, tapi kalau mak cik masak pun main hentam aje sebab kelam kabut so lebih baik mak cik hadap masakan kat kedai yang mak cik selalu pergi masa bukan bulan puasa....

setiap kali singgah kedai tu, mak cik dapat layanan first kelas, sebab dah selalu ke sana, orang lain berderet baru nak memilih, mak cik dah tahu apa nak pilih. lala masak lemak. ikan bilis dengan kacang, sayur campur lemak, ikan sumbat dan kerabu kalau ada jual, kalau tak pecal.

encik abah gulai kawah batrisya plak ayam goreng super yummy. memang sedap! crunchy sangat, sedap lagi dari ayam kfc :)

kuih.... ikut tekak sendiri, semua tunjuk. lebihan makanan yang di beli di simpan dalam container siap2 selepas berbuka, simpan dalam fridge, bangun sahur.... on microwave, masuk semua makanan.... cepat dan panas...

sapa bangun awal sikit, keje dia masukkan makanan dalam microwave dan buat air. yang lambat sikit, basuh muka dan makan aje.  :)

dua hari ni encik abah bangun awal, so keja dia panaskan lauk.  thank you.

minggu depan encik abah oustation, dah pesan kat batrisya, kita beli aje kalau ummi malas ye. kalau lagi malas kita makan siap2 sebelum tido masa sahur. sekali dia cakap tak boleh, kena bangun sahur nanti lapar. alahai budak ni baru aje mak dia nak bersenang lenang.

baru 6 hari puasa... dah sibuk kumpul resipi biskut raya :)

solat terawih kalau ummi rajin dan sempat, ummi buat, sebabnya masa ummi nak terawih lepas isyak, ada aje yang kacau. Nufah semestinya, berlegar ke sana sini mengacau kakak dia buat keje sekolah. encik abah pergi masjid. pukul 10.30 baru sampai rumah :)

yang dua orang kakak tu pantang ummi pusing ke tempat lain, dah WWF, memanjang bergaduh. tambahan kalau dalam kereta, ada aje yang nak diaorang gaduhkan. siap sepak terajang, gigit bagai 

tido pun ummi tak bagi sebilik, ummi joinkan Damya dan Nufah, yang sorang lagi tido aje sorang :)

kalau ummi solat masa tu, tak pernah kusyuk, ada yang datang cuit bahu semata-mata nak bagitahu esok jangan lupa masuk seluar jean dalam beg baju :) angin tak?

kalau diaorang dah tido tu, ingat nak bangunlah.... ummi pun lebur. 

bilalah ummi ni nak rajin ye? 

Thursday, July 19, 2012

What You Say?

bawa Hp atau Ipad ke sekolah? what you say?

as for me yang anak-anak murid memang bawa hp atau ipad ke kelas, rasanya kalau anak ummi nak bawa hp atau ipad ke kelas memang ummi membantah sekeras-kerasnya.

ada kebaikannya ada keburukannya

dalam kelas ummi yang sedia ada ni, berdering aje telefonnya, setiap awal sem, ummi akan bagi pesanan penaja, "no hp in my class" atau "make it silent" atau silent your hp please, dengan nada geram ya amat. . kalau ada yang tak dengar jugak, berbunyi masa ummi mengajar, ummi minta RM10. end of semester kitaorang buat party dengan duit tu, beli apa-apa yang patut dan share ramai2. students ummi boleh jawap hp kalau parent call aje. kalau bfren atau gfren, jangan gatal. ummi jeling aje kat students tu, kecut perut terus letak. 

tapi ada gak students yang pandai dan rajin, kalau term2 yang diaorang tak tahu guna, diaorang pergi online dictionary. yang bawa galaxy note, siap snap page mana yang tak faham, the next day, masa nak tanya ummi buka note then refer balik page mana, yang mana nak tanya dan sebagainya. ini yang students rajin dan pandai. selebihnya yang rajin main game dan fb. pantang cikgu bagi break, hp2 hp....

ada yang sambil buat keje, exe atau quiz yang dengar lagu masa siapkan. ini boleh lah dimaafkan. mungkin tak nak ganggu masa sibuk buat keje.

ada yang esoknya test, malam ni dah siap snap gambar semua nota, esok masa test bawa keluar hp tiru. yang ni mak cik memang marah, sebelum test, minta semua hp dan letak satu tempat. habis test baru ambik. macam cacing kepanasan diaorang semua. takut sangat hp hilang.

atau pergi ke search engine, searchlah apa yang diaorang nak, geramkan! lebih baik tak payah bagi test. :(

kalau satu kelas perangai macam ni, pening kepala cikgu. kalau cikgu2 dulu masa bagi test boleh goyang kaki tunggu students habis jawap. cikgu skrg pulak round satu kelas, atau setiap meja macam nak tercabut kaki. geram sangat.

itu belum bab menunjuk2, aku ada ini, engkau ada ini. siap share itu dan ini. snap photo. pantang lawa sikit hari tu, jenuhlah snap gambar. hp atau ipad memang best dari cikgu-cikgu ye. 

ada yang malas nak salin note atau soalan atau jawapan, snap aje note cikgu kat white board. senangkan. pemalas tahap gaban.

kalau cikgu pergi kelas tak bawa hp, memang terjadi. tak pernah students pergi kelas tak bawa hp. alamatnya ada yang tak masuk kelas balik rumah ambik hp.

kalau kes hilang hp dalam tandas atau kelas, memang banyak. so satu masalah pulak nak cari pencurinya. kena pasang cctv plak kot. kes hp jatuh dalam tandaslah, dah tension satu hari dalam kelas. hilang tumpuan asyik ingatkan hp plak. habis pembelajaran untuk hari tu, pandang cikgu pun macam nak telan. 

fuh.... letih!

so batrisya... kalau di benarkan sekali pun bawa hp ke sekolah, i will always say NO to you. TAK BOLEH bawa, sebabnya takut hilang, dah kena tuduh kawan yang curi, anak-anak dah baik. mak pak yang dok masam muka lagi. yang lebih penting takut panjang akal kamu untuk buat benda yang seperti students ummi buat. kalau kamu boleh buktikan yang kamu gunakan hp untuk tujuan pelajaran seperti anak murid ummi yang pandai2, baru kamu merasa bawa hp.

selagi public phone kat sekolah tu masih berfungsi, gunalah. melainkan kalau semua subjects dah di tukar kepada e book bolehlah kamu bawa ipad ke sekolah.

buat masa sekarang ini kamu gunalah pensil dan buku dulu ye.

ummi dulu dapat hp masa umur 28 tahun, setahun selepas lahirkan kamu, baru Abah belikan. 

ummi ada dengar yang abah nak belikan kamu samsung Y kan, so samsung Y tu kamu simpanlah kat rumah. kot blackberry ummi buat hal macam hari tu bolellah ummi pinjam kamu punya. lagipun hp ummi ni dah nazak, bakal masuk icu tak lama lagi :(

sekian saja syarahan untuk kamu hari ni ye batrisya adriana :) 

tapi yang bagusnya sekolah batrisya ni, diaorang sangat strict, pensel mekanikal tak boleh pakai dan macam2 lah peraturan sebabnya pensil mekanikal tu boleh cucuk mata ke apa ke.... so memang tak leh bawa. anak ummi masih gunakan pensel 2b yang kena asah2 tu :) 

Wednesday, July 18, 2012

Jom Kutip Pahala....

nampak tak sapu tangan tergantung kat beg ummi, ni lah namanya mak-mak.... tu belum buka beg lagi, macam doraemon, berat beg ummi boleh cecah 2kg :)

another busy week....


encik abah oustation, so semua kerja di atas bahu mak cik

tambahan pulak jiran sebelah rumah pun outstation, so kena siram pokok bunga dia pagi-pagi

another jiran, hubby dia outstation.... so kena hantar anak dia pergi kindy.

senang aje kan nak kutip pahala.... ummi buat keje ni dengan ikhlas dan happy sangat sebab senang aje nak kutip pahala dengan kebaikan yang di buat...

sapa lagi yang nak bagi ummi pahala free.... mai sini :) 

in return dengan semua kebaikan yang ummi buat, Allah senangkan hati ummi dengan permudahkan semua urusan anak-anak ummi yang sekolah, damya balik kindy, teacher hantar pergi rumah baby sitter.

batrisya balik sekolah, teacher nursery akan ambik dia dan hantar pulak pergi KAFA, kalau lambat balik sekolah, teacher bawa balik rumah jaga dia..... so mudahkan.

agaknya sebab ummi selalu mudahkan kawan-kawan ummi dan jiran-jiran. sapa saja yang minta tolong, kalau ummi tak ada halangan pasti ummi akan tolong. InsyaAllah. semoga Allah selalu bukakan jalan untuk ummi lakukan kebaikan, amin. 

Tuesday, July 17, 2012

Damailah Kamu Di Sana...


seminggu tak update blog kan...

last week ummi kehilangan orang tersayang, rasa macam tak tahu nak cakap... sedih sangat

i have TWO mothers, Mak tua adalah isteri pertama ayah, Mak jah adalah mak ummi.

Selasa (10 Julai 2012), Mak tua telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. masa dia dah pergi tu, ummi dah sampai hospital, tapi tengah cari parking, macam orang gila cari parking, pusing sana sini. dekat sejam baru dapat parking.

checked hp ada 4 misscalled dari abang, called balik dia cakap mak dah tak ada sayu aje hati masa tu. 

berlari ummi pergi wad, sampai dalam wad, nampak kakak ipar tengah baca yassin, meluru ummi pergi ke arah dia, peluk dan menangis dan menangis. ambil wuduk dan baca yassin sampai habis segala urusan. 

Masa ummi sampai kakak ipar dah nak balik ke SP dulu sebab arwah akan di kebumikan di sana, nak buat apa yang patut sebelum mayat sampai. giliran ummi pula tunggu arwah sampai selesai segala urusan. ummi tunggu sampai arwah naik kereta jenazah. 

selesai semuanya, ummi balik rumah ambik batrisya kat nursery dan damya kat rumah baby sitter, nufah tinggal rumah baby sitter, drove balik sg petani. encik abah tak ada, ada kat putrajaya. semua ni terjadi macam sepantas kilat, so kena bertindak cepat. ummi memang speed habis 150km sejam, memang gelabah dan sedih, ummi nak cepat sampai sebab arwah akan di kebumikan selepas solat asar, masa dalam perjalanan dah pukul 3 ptg.

sampai Sp terus ummi pergi masjid, ummi nak sangat mandikan arwah. Alhamdulilah ummi dapat mandikan.

Selesai semuanya dah pukul 7 petang, mak ummi tak bagi balik Ipoh malam2, dia cakap esok. besok ajelah ummi baru balik dan jumpa nufah, kesian kat dia kena bermalam dengan baby sitter.

even tho Mak Tua bukan mak kandung ummi, tapi kalau nak gambarkan perasan sayang ummi kat dia dan sedih bila dia pergi, ibarat burung, ada dua sayap, satu sayap dah patah, tinggal satu sayap aje lagi. 

Al fatihah. 

P/s semenjak dua menjak ni ummi memang moody aje, macam hilang mood. entah apa yang ummi fikir pun tak tahu.