Advertisement

Thursday, July 19, 2012

What You Say?

bawa Hp atau Ipad ke sekolah? what you say?

as for me yang anak-anak murid memang bawa hp atau ipad ke kelas, rasanya kalau anak ummi nak bawa hp atau ipad ke kelas memang ummi membantah sekeras-kerasnya.

ada kebaikannya ada keburukannya

dalam kelas ummi yang sedia ada ni, berdering aje telefonnya, setiap awal sem, ummi akan bagi pesanan penaja, "no hp in my class" atau "make it silent" atau silent your hp please, dengan nada geram ya amat. . kalau ada yang tak dengar jugak, berbunyi masa ummi mengajar, ummi minta RM10. end of semester kitaorang buat party dengan duit tu, beli apa-apa yang patut dan share ramai2. students ummi boleh jawap hp kalau parent call aje. kalau bfren atau gfren, jangan gatal. ummi jeling aje kat students tu, kecut perut terus letak. 

tapi ada gak students yang pandai dan rajin, kalau term2 yang diaorang tak tahu guna, diaorang pergi online dictionary. yang bawa galaxy note, siap snap page mana yang tak faham, the next day, masa nak tanya ummi buka note then refer balik page mana, yang mana nak tanya dan sebagainya. ini yang students rajin dan pandai. selebihnya yang rajin main game dan fb. pantang cikgu bagi break, hp2 hp....

ada yang sambil buat keje, exe atau quiz yang dengar lagu masa siapkan. ini boleh lah dimaafkan. mungkin tak nak ganggu masa sibuk buat keje.

ada yang esoknya test, malam ni dah siap snap gambar semua nota, esok masa test bawa keluar hp tiru. yang ni mak cik memang marah, sebelum test, minta semua hp dan letak satu tempat. habis test baru ambik. macam cacing kepanasan diaorang semua. takut sangat hp hilang.

atau pergi ke search engine, searchlah apa yang diaorang nak, geramkan! lebih baik tak payah bagi test. :(

kalau satu kelas perangai macam ni, pening kepala cikgu. kalau cikgu2 dulu masa bagi test boleh goyang kaki tunggu students habis jawap. cikgu skrg pulak round satu kelas, atau setiap meja macam nak tercabut kaki. geram sangat.

itu belum bab menunjuk2, aku ada ini, engkau ada ini. siap share itu dan ini. snap photo. pantang lawa sikit hari tu, jenuhlah snap gambar. hp atau ipad memang best dari cikgu-cikgu ye. 

ada yang malas nak salin note atau soalan atau jawapan, snap aje note cikgu kat white board. senangkan. pemalas tahap gaban.

kalau cikgu pergi kelas tak bawa hp, memang terjadi. tak pernah students pergi kelas tak bawa hp. alamatnya ada yang tak masuk kelas balik rumah ambik hp.

kalau kes hilang hp dalam tandas atau kelas, memang banyak. so satu masalah pulak nak cari pencurinya. kena pasang cctv plak kot. kes hp jatuh dalam tandaslah, dah tension satu hari dalam kelas. hilang tumpuan asyik ingatkan hp plak. habis pembelajaran untuk hari tu, pandang cikgu pun macam nak telan. 

fuh.... letih!

so batrisya... kalau di benarkan sekali pun bawa hp ke sekolah, i will always say NO to you. TAK BOLEH bawa, sebabnya takut hilang, dah kena tuduh kawan yang curi, anak-anak dah baik. mak pak yang dok masam muka lagi. yang lebih penting takut panjang akal kamu untuk buat benda yang seperti students ummi buat. kalau kamu boleh buktikan yang kamu gunakan hp untuk tujuan pelajaran seperti anak murid ummi yang pandai2, baru kamu merasa bawa hp.

selagi public phone kat sekolah tu masih berfungsi, gunalah. melainkan kalau semua subjects dah di tukar kepada e book bolehlah kamu bawa ipad ke sekolah.

buat masa sekarang ini kamu gunalah pensil dan buku dulu ye.

ummi dulu dapat hp masa umur 28 tahun, setahun selepas lahirkan kamu, baru Abah belikan. 

ummi ada dengar yang abah nak belikan kamu samsung Y kan, so samsung Y tu kamu simpanlah kat rumah. kot blackberry ummi buat hal macam hari tu bolellah ummi pinjam kamu punya. lagipun hp ummi ni dah nazak, bakal masuk icu tak lama lagi :(

sekian saja syarahan untuk kamu hari ni ye batrisya adriana :) 

tapi yang bagusnya sekolah batrisya ni, diaorang sangat strict, pensel mekanikal tak boleh pakai dan macam2 lah peraturan sebabnya pensil mekanikal tu boleh cucuk mata ke apa ke.... so memang tak leh bawa. anak ummi masih gunakan pensel 2b yang kena asah2 tu :) 

8 comments:

Zareda Norman said...

Entahlah. ? Pro and cons.. Klu zar ada ketikanya mmg zar suruh ika bawak hp especially kalau dia ada training sukan, kelas tambahan kat sekolah.. Sng nk pantau dia dh makan, dh solat.. Selebihnya mmg dia off je hp. Dan ika pun bukan gajet girl.. Galaxy tab ni pun dia guna sekali sekala je.. Dia lebh suka membaca buku, magazine.

Teknologi ni bagus cuma kalau berlebihan obses dtglah mudarat.. Semua benda pun sama.. Klu berlebihan mmg mudarat

mamalisa said...

Ayooook..tak pepasal ummi berleter kat batrisya hehehe

saya said...

Mmm..betul juga tu. Sekali pandang macam lebih banyak yang tak elok dari elok. Tapi yang elok pon banyak juga...entah la. Tapi kalo saya jadi macam ummi, mesti amik tindakan macam ummi juga. Takde hp or tab or apa ke benda kat sekolah tak semestinya kita tak boleh study. Tapi tu la..cabaran sekolah budak sekarang ni lain macam..bukan macam kita dulu. Heheheheheeee...agaknya kena buat peraturan. Boleh bawak hp ke sekolah, tapi dalam kelas semua kena letak dalam box kat meja guru. Haaa..baru boleh pantau. Habis kelas baru ambik. Hehehehee...

Jojoe said...

anak sy lom reti mende2 ni.. so sy belum kategori nak bagi pandangan.

tapi.. budak2 skrg pun dibiasakan dgn gajet canggih.. tatau nak ckp camne. ada tu sy tgk wpun rumah dorg bersepah BB..Gtab.. laptop.. tapi dorg x obses pulak. Ada tu baru ada BB je dah bole eksyen.. siap sindir sy tau. Kitorg budak-budak lagi dah pakai fon lagi canggih dari auntie.. apela auntie ni. Sy jawap.. harap fon je canggih tapi kredit takde buatpe? Yg nak rumaja nila dah start pandai posing2 camwhore upload kat FB.. paling buruk dok buat mulut itik tu.. dorg rs cute ke? oh tidakk..

~adeQ~ said...

Saya tak setuju jugak, selagi public phone kat sekolah boleh pakai, gunalah. Paling cemas pun pergi kat ofis sekolah minta diorang call kita. Janji ingat nombor ibu bapa. Banyak buruk dari baik saya rasa...

oren said...

saya mmg tak setuju..

nonie said...

Mmg ada pro & cons... Anak dara nonie pun cam melekat dgn gajet2 ni... Jenuh gak... Hmmm

Angah said...

I would say no! pi sekolh apegi je lah.. agak2 nak tepon mak ayah kan ada telefon awam. Jadi satu kerja pulak untuk cikgu2 pastikan bebudak tak ilang konsentrasi kat kelas sbb henpon..

Joe.. camwhoring mulut itik tu.. anak buah aku pun aku sound gak..merata riti gambar lagu tu buh kat FB hish..