jarang ummi bercerita tentang batrisya kan. batrisya dah besar sekarang. dah nak masuk sebelas tahun. anak ummi yang satu ni memang seorang yang pemalu teramat sangat. kalau nak bercakap dengan orang yang tak kenal, jawapannya terima kasih ajelah. memang dia tak akan cakap, dia hanya mampu tersenyum aje, sambil malu-malu hulur tangan nak salam.
agaknya dia banyak menurun sifat ummi masa kecik-kecik dulu. lebih suka diam dari bercakap. lebih selesa berkawan dengan kawan yang rapat aje, nama nak buat kawan baru, memang tak adalah. selagi orang tak tegur memang tak tegurlah sampai sudah.
tapi bila dah tua-tua ni dah lain sifat ummi, peramah tu ada lah sikit-sikit. bolehlah nak kawan dengan orang yang baru, lebih suka senyum dari bercakap gak.
batrisya ni murid yang sederhana aje kat sekolah. serba serbi sederhana. tapi batrisya ni suka mencuba sesuatu yang baru. murid yang aktif.
baru-baru ni dia masuk pertandingan baca sajak dalam bahasa arab, dapat no 3, dia baca sajak, "rumahku syurgaku" tapi dalam bahasa arablah. mula-mula ummi cakap tak payahlah masuk sebab dia bukannya pandai sangat, sekali dapat no 3 gembira mak cik :)
kat sekolah kafa, ustazah suruh dia masuk pertandingan bercerita, dah sibuk hafal dan buat gaya sikit-sikit tapi kena tarik diri sebab ada rombongan, clashing dengan tarikh pertandingan. so tak dapatlah nak masuk. beria ustazah suruh masuk.
sekarang ni dia tengah sibuk practice tiup apa tah alat muziknya, rekoder kot untuk mewakili sekolah. setiap hari rabu kena stay back kat sekolah. malam-malam dia balik tiup ummi marah, ummi cakap nanti ular masuk, padahal bising sungguh ganggu adik dia nak tido hehehehe
boleh kata anak ummi sorang ni memang sibuk bebenor, dari hari isnin sampai jumaat ada aje aktivitinya, kadang-kadang nak suruh baca buku lebih-lebih pun kesian. buat darah tinggi naik aje sebabnya dia asyik letih aje
ummi ni pun jenis bersederhana jugak orangnya, ummi tak marah kalau anak tak dapat A, ummi tak kisah kalau anak dapat A ke B ke C ke, kalau D tu adalah bebel sikit-sikit. dulu ada hantar pergi tuition tapi dah stop semuanya sebab kesian dengan anak yang pressure. kalau menurun sikit markah baru ummi terhegeh-hegeh ajar, kalau maintain aje ummi biar ajelah dia buat keje dia sendiri. itulah ummi!
entahlah ummi nak cakap macamana pun tak tau, sebabnya ummi tak suka nak pressure, tak obsess sangat dengan A. ummi tak suka jadi mak yang suruh anak dapat A sebab nak cerita kat orang kata anak pandai, padahal anak tertekan. ummi tak nak anak ummi jadi mangsa, ummi tak suka dengan sistem yang terlalu exam oriented sangat ni.
ummi boleh bandingkan anak murid ummi dengan anak ummi. anak murid ummi dalam kelas, boleh dikatakan semua yang straight A students, habis kelas pergi library. dalam kelas jangan lah kau tak prepare, atau nak buat keje lain yang tak kena mengena dengan syllabus, jawapnya evaluation nanti akan menangis macam nak mati sebab score markah rendah. so ummi memang serius dalam kelas, ajar dan ajar aje. ajar budak-budak macam ni boleh pressure sangat-sangat, sampaikan balik rumah ummi khatam buku lagi. ummi kena pandai atau berilmu lebih dari diaorang
so ummi tak nak anak ummi jadi macam ni, ummi lebih suka ajar anak ummi masak, kemas rumah, lipat kain, communication skill, critical thinking, enjoy the nature, bangun pagi dengar bunyi burung dan apa-apa yang relate dengan kehidupan, bagi ummi kalau pandai kat sekolah adalah satu kelebihan. kalau tak pandai pun tak kisah, tak jadi doktor pun tak pe, asal diaorang enjoy dengan apa yang diaorang buat. kalau minat photography kalau nak keje jadi photographer pun ummi tak kisah.
itulah ummi, sebabnya ummi banyak lihat orang yang berjaya di luar sana ada yang tak habis sekolah pun tapi mereka berjaya, lebih berjaya dari orang yang bijak pandai :)
so anak-anak ummi, buatlah apa yang kamu semua suka dalam hidup kamu semua. asalkan ianya boleh dijadikan rezeki untuk hidup di dunia, buatlah! selagi kamu semua tidak menyusahkan orang atau meminta-minta, buatlah. ummi hanya mampu berdoa semoga kamu semua berjaya.
entry ini terjadi selepas dengar presentation anak murid ummi, tentang topik Leadership :)
10 comments:
Akak, terima kasih tulis entry ini...Saya selalu marah2 kalau Sofea tak dapat markah penuh, tak dapat apa yang kita ajar...Syameel pun saya paksa2 suruh mengeja dan membaca...Saya lupa mereka kanak2..tak dapat main kat luar, tak dapat enjoy life mcm kita dulu2...gi sekolah naik basikal, main tanah kat laman rumah...
Jadual hari persekolahan pun dah pack, weekend pun nak kena belajar lagi. Saya kena ubah cara saya perlahan-lahan. Saya taknak anak2 saya memeberontak kemudian hari sedangkan apa yang diorang suka buat kadang2 tak perlu kos pun...
akak pun masih belajar nurshi, banyak yang akak perlu belajar untuk mendidik anak-anak :(
let them explore apa yang diaorang suka, biar diaorang yang bentuk diri diaorang atau tentukan apa yang diaorang minat, sebab hanya diri diaorang saja yang tahu apa yang diaorang suka,
kita hanya mainkan peranan sebagai guidance diaorang saja, memberi mereka jalan dan membantu mereka dari segi kewangan dan support :)
cantik dia bertudung
aina anak sulung saya tu taknak pakai tudung shawl mcm tu..dia suka pakai tudung segera tu je..saya suka tgk budak pompuan pakai tudung mcm ni
doa yg baik2 utk anak2..
kita sebagai ibu memang selalu mengharapkan yang terbaik la kan utk anak-anak kita tapi jgn la sampai pressure budak tu yer :)
Dulu masa sekolah saya amat pressure sebab bersaing dgn abg yg pandai dan bersekolah diasrama penuh..selalu dibayangi dgn kejayaan abg saya sampaikan sy selalu nangis utk berjaya seperti dia..dia tu dari darjah 1-6 tak pernah dpt no lebih dari no 3. Tension okeh..sepupu sepapat pun terror terror dan berlumba masuk sekolah asrama, alhamdulillah bila berusaha dgn extra dan gigih berjaya jugak sy follow langkah diorg. Masa pmr spm saya pernah tidor di bilik study berminggu minggu beralaskan bangku kayu semata mata nak pulun study konon...sungguh pressure ok. Saya pernah gagal dlm spm dan teramat sedihhhhhhh...alhamdulillah, masih ada rezeki sy utk teruskan pelajaran hingga ke peringkat master. Yg penting kita rajin usaha pasti kita berjaya...tapi jgnla biarkan diri diselubungi tekanan...
Sekrg sy berazam x nak pressure anak anak saya...cukupla saya tertekan satu masa dulu...
Sekrg ni saya berazam x na
saya kalo boleh pun tanak anak pressure2.. tapi bila kat luar org lain sibuk nak banding-banding anak.. tak best betul.
Kesian kat anak2 kita kan...sekarang sekolah x habis2 exam, baru habis ujian bulanan, pastu exam lak, itula ajerla...kesian kat diaorg...ada yg parents hantar tuition kat luar lagi,
Kita yang tenguk nie pun penat,apatah lagi badan2 yang kecik tu....selalu pesan kat anak2 , buat yang termampu, kita usaha dan selebihnya serah pada Allah....
Itula kekadang bila diorg tak dapat jawab. Soalan exam...diorg pandai kata....kitaorg redha jer ma :)
Nak marah pun x sampai hati...pada maz cukupla diaorg enjoy hidup diaorg sebagai kanak2 dan dapat dididik menjadi anak yang soleh n solehah..insyaAllah mereka akan brrjaya dunia akhirat.Amin!
Leadership... Antara topik yg nonie sgt seronok mengajar... Suka share dgn student satu youtube pasal leadership ni... In fact there are a few which are quite motivating...
Pasal anak, nonie agree dgn semua... Cuba untuk tidak pressure... Lagi2 anak2 nonie pun baru tadika... Takmola pressure kengkonon bagi cepat pandai baca tu, baca ni... Let them progress at their own pace. Sgt suka dgn tadika sekarang yg tak pernah bagi bawak buku balik rumah... Alih2 budak2 ni dah reti macam2. Tadika kat johor dulu, ada homework nearly everyday pastu siap ada exam week bagai... Belum masuk sekolah betul dah pressure... Kesian... So, hopefully nanti dah sekolah betul pun blh mantain tak pressure derang... Cuma kena monitor dgn siapa mereka berkawan...
comelnya Batrisyia pakai tudung camni..azwa suka tengok, tapi tak reti nak lilit tudung tu..sebab tu kami [azwa ngan anak dara dua orang] pakai tudung Sarimah tu jer..mudah nak pakai hehehe..
Azwa pun tak nak pressure anak2 utk menten dapat A memanjang..kalau mereka boleh mencapainya..syukur..kalau tidak pun, sebagai ibubapa kami beri galakkan dan selalu kata kat anak2, 'masa masih ada untuk perbaiki kelemahan'..
Betul kat Ummi..kebanyakan yang kaya raya loaded di luar sana bukannya yang kelulusan akademik cemerlang dalam pelajaran tetapi mereka yang street wise, yang dulunya gi vokasional..sebab bila keluar dorang ada kemahiran w/pun menggunakan kudrat fizikal tetapi mendatangkan keuntungan yang tinggi.
so, usah risau sangat kalau anak2 tidak terlalu cemerlang dalam akademik..yg penting didikan agama tetap diterapkan. Bak kata Ustaz Don, dia dulu pun pelajar yg sederhana sahaja, tetapi tengoklah dia sekarang..
thanks for the comment and sharing the idea, really appreciate that :)
Post a Comment