Advertisement

Showing posts with label Jamri's Angels. Show all posts
Showing posts with label Jamri's Angels. Show all posts

Friday, May 18, 2012

Batrisya Adriana, My Eldest Daughter


jarang ummi bercerita tentang batrisya kan. batrisya dah besar sekarang. dah nak masuk sebelas tahun. anak ummi yang satu ni memang seorang yang pemalu teramat sangat. kalau nak bercakap dengan orang yang tak kenal, jawapannya terima kasih ajelah. memang dia tak akan cakap, dia hanya mampu tersenyum aje, sambil malu-malu hulur tangan nak salam.

agaknya dia banyak menurun sifat ummi masa kecik-kecik dulu. lebih suka diam dari bercakap. lebih selesa berkawan dengan kawan yang rapat aje, nama nak buat kawan baru, memang tak adalah. selagi orang tak tegur memang tak tegurlah sampai sudah.

tapi bila dah tua-tua ni dah lain sifat ummi, peramah tu ada lah sikit-sikit. bolehlah nak kawan dengan orang yang baru, lebih suka senyum dari bercakap gak.

batrisya ni murid yang sederhana aje kat sekolah. serba serbi sederhana. tapi batrisya ni suka mencuba sesuatu yang baru. murid yang aktif. 

baru-baru ni dia masuk pertandingan baca sajak dalam bahasa arab, dapat no 3, dia baca sajak, "rumahku syurgaku" tapi dalam bahasa arablah. mula-mula ummi cakap tak payahlah masuk sebab dia bukannya pandai sangat, sekali dapat no 3 gembira mak cik :)

kat sekolah kafa, ustazah suruh dia masuk pertandingan bercerita, dah sibuk hafal dan buat gaya sikit-sikit tapi kena tarik diri sebab ada rombongan, clashing dengan tarikh pertandingan. so tak dapatlah nak masuk. beria ustazah suruh masuk. 

sekarang ni dia tengah sibuk practice tiup apa tah alat muziknya, rekoder kot untuk mewakili sekolah. setiap hari rabu kena stay back kat sekolah. malam-malam dia balik tiup ummi marah, ummi cakap nanti ular masuk, padahal bising sungguh ganggu adik dia nak tido hehehehe

boleh kata anak ummi sorang ni memang sibuk bebenor, dari hari isnin sampai jumaat ada aje aktivitinya, kadang-kadang nak suruh baca buku lebih-lebih pun kesian. buat darah tinggi naik aje sebabnya dia asyik letih aje

ummi ni pun jenis bersederhana jugak orangnya, ummi tak marah kalau anak tak dapat A, ummi tak kisah kalau anak dapat A ke B ke C ke, kalau D tu adalah bebel sikit-sikit. dulu ada hantar pergi tuition tapi dah stop semuanya sebab kesian dengan anak yang pressure. kalau menurun sikit markah baru ummi terhegeh-hegeh ajar, kalau maintain aje ummi biar ajelah dia buat keje dia sendiri. itulah ummi!

entahlah ummi nak cakap macamana pun tak tau, sebabnya ummi tak suka nak pressure, tak obsess sangat dengan A. ummi tak suka jadi mak yang suruh anak dapat A sebab nak cerita kat orang kata anak pandai, padahal anak tertekan. ummi tak nak anak ummi jadi mangsa, ummi tak suka dengan sistem yang terlalu exam oriented sangat ni. 

ummi boleh bandingkan anak murid ummi dengan anak ummi. anak murid ummi dalam kelas, boleh dikatakan semua yang straight A students, habis kelas pergi library. dalam kelas jangan lah kau tak prepare, atau nak buat keje lain yang tak kena mengena dengan syllabus, jawapnya evaluation nanti akan menangis macam nak mati sebab score markah rendah. so ummi memang serius dalam kelas, ajar dan ajar aje. ajar budak-budak macam ni boleh pressure sangat-sangat, sampaikan balik rumah ummi khatam buku lagi. ummi kena pandai atau berilmu lebih dari diaorang

so ummi tak nak anak ummi jadi macam ni, ummi lebih suka ajar anak ummi masak, kemas rumah, lipat kain, communication skill, critical thinking, enjoy the nature, bangun pagi dengar bunyi burung dan apa-apa yang relate dengan kehidupan, bagi ummi kalau pandai kat sekolah adalah satu kelebihan. kalau tak pandai pun tak kisah, tak jadi doktor pun tak pe, asal diaorang enjoy dengan apa yang diaorang buat. kalau minat photography kalau nak keje jadi photographer pun ummi tak kisah. 

itulah ummi, sebabnya ummi banyak lihat orang yang berjaya di luar sana ada yang tak habis sekolah pun tapi mereka berjaya, lebih berjaya dari orang yang bijak pandai :) 

so anak-anak ummi, buatlah apa yang kamu semua suka dalam hidup kamu semua. asalkan ianya boleh dijadikan rezeki untuk hidup di dunia, buatlah! selagi kamu semua tidak menyusahkan orang atau meminta-minta, buatlah. ummi hanya mampu berdoa semoga kamu semua berjaya. 

entry ini terjadi selepas dengar presentation anak murid ummi, tentang topik Leadership :)

Tuesday, February 21, 2012

Life As A Mother Of Three Kids


we went to CH last weekend, the weather was not so bad, a bit cloudy tapi masa tengahari tu  panas sangat, overnite in CH, the nextday after borong borong the fruit and certain vegetables, then turun ipoh . i bought selected vege only like cauliflower, broccoli and asparagus. the rest i can get in pasar malam, about the same price aje. malas nak stock banyak2 dalam fridge, end up nanti buang kat tong sampah aje. i bought rosemary plant, nanti i snap the photo. so far kat kebun ummi dah ada basil, parsley, cili, serai, tumeric dan rosemary. more to go.... chaiyok ummi!




i notice skrg ni kalau tengok awan mesti cantik aje. really enjoy the moment sebab tu encik abah rajin tangkap gambo . skrg ni tangki atas ada masalah, agaknya bebola rosak kot, air melimpah aje keluar, looking forward for plumber this weekend. harap-harap masalah hujan tiruan tak adalah lagi. i notice skrg ni ummi suka dok rumah, home sweet home. ada aje keje ummi nak buat. kalau tak memuree untuk nufah, ummi akan kemas rumah atau spend masa dengan laundry yang tak abis-abis :). masa nak ambik maid tu ummi memang fikir 1000 kali sebabnya i dont think that i really need a maid. tapi bila fikir yang mungkin encik abah akan ke KL juga, so i really need maid, just nak jaga anak-anak aje masa ummi sibuk keje. maid tak payah masak dan perlu buat keje yang ummi tak sempat nak buat,. the rest i will do on my own. tak payah nak basuh baju i dan encik abah, just basuh baju anak-anak aje. ummi ni typical sikit, macam orang tua-tua, layanan suami tu kena superb, bab makan, baju, susun atur rumah, bilik tidur memang kena jaga. malu lah plak kalau maid yang basuh spendot hehehehe... i still need my privacy :)



my latest photo dengan anak-anak dan cucur, jagung, cendawan goreng . macamana tak gemuk, baby sling tu memang best. credit to my fren. kalau ada sapa yang nak, bagitahu kat ummi, i tolong promote u maz.... hehehehe tengoklah anak-anak ummi tu ada yang pandang ke belakang, ada yang letak angry bird kat muka. kalau kat rumah, ummi ni macam bibik. 

selalunya my day will start at 5 am , first sekali mesti masak bubur kat nufah, selalunya beras perang campur rangka ayam yang di beli purposely untuk porridge nufah, kalau malas, just ambik chicken stock yang dah ada dalam fridge, campur dengan puree pumpkin, kalau nak sedap lagi campur carrot dan brokoli.  last sekali blend kesemuanya, nufah ni suka ikan bilis, ummi dah stock serbuk ikan bilis yang dah di tumbuk banyak-banyak. 

gigi nufah dah nak tumbuh dua batang dan dah nak masuk 8 bulan so rasanya nanti nak ajar dia makan bubur yang tak payah di blend. nufah ni selain nasi kena bagi biskut dan kentang yang di lecek. seronok suap dia sebab makan aje. tak pernah menolak. tapi rasanya dia macam ummi tak suka pisang, muntah. ummi cuma makan pisang goreng aje...... 

hi everyone..... cantik tak topi saya :)

ok... everyone, need to go back to work, happy working!