Advertisement

Showing posts with label Sayang Kamu Semua. Show all posts
Showing posts with label Sayang Kamu Semua. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

Jom Kutip Pahala....

nampak tak sapu tangan tergantung kat beg ummi, ni lah namanya mak-mak.... tu belum buka beg lagi, macam doraemon, berat beg ummi boleh cecah 2kg :)

another busy week....


encik abah oustation, so semua kerja di atas bahu mak cik

tambahan pulak jiran sebelah rumah pun outstation, so kena siram pokok bunga dia pagi-pagi

another jiran, hubby dia outstation.... so kena hantar anak dia pergi kindy.

senang aje kan nak kutip pahala.... ummi buat keje ni dengan ikhlas dan happy sangat sebab senang aje nak kutip pahala dengan kebaikan yang di buat...

sapa lagi yang nak bagi ummi pahala free.... mai sini :) 

in return dengan semua kebaikan yang ummi buat, Allah senangkan hati ummi dengan permudahkan semua urusan anak-anak ummi yang sekolah, damya balik kindy, teacher hantar pergi rumah baby sitter.

batrisya balik sekolah, teacher nursery akan ambik dia dan hantar pulak pergi KAFA, kalau lambat balik sekolah, teacher bawa balik rumah jaga dia..... so mudahkan.

agaknya sebab ummi selalu mudahkan kawan-kawan ummi dan jiran-jiran. sapa saja yang minta tolong, kalau ummi tak ada halangan pasti ummi akan tolong. InsyaAllah. semoga Allah selalu bukakan jalan untuk ummi lakukan kebaikan, amin. 

Tuesday, July 17, 2012

Damailah Kamu Di Sana...


seminggu tak update blog kan...

last week ummi kehilangan orang tersayang, rasa macam tak tahu nak cakap... sedih sangat

i have TWO mothers, Mak tua adalah isteri pertama ayah, Mak jah adalah mak ummi.

Selasa (10 Julai 2012), Mak tua telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. masa dia dah pergi tu, ummi dah sampai hospital, tapi tengah cari parking, macam orang gila cari parking, pusing sana sini. dekat sejam baru dapat parking.

checked hp ada 4 misscalled dari abang, called balik dia cakap mak dah tak ada sayu aje hati masa tu. 

berlari ummi pergi wad, sampai dalam wad, nampak kakak ipar tengah baca yassin, meluru ummi pergi ke arah dia, peluk dan menangis dan menangis. ambil wuduk dan baca yassin sampai habis segala urusan. 

Masa ummi sampai kakak ipar dah nak balik ke SP dulu sebab arwah akan di kebumikan di sana, nak buat apa yang patut sebelum mayat sampai. giliran ummi pula tunggu arwah sampai selesai segala urusan. ummi tunggu sampai arwah naik kereta jenazah. 

selesai semuanya, ummi balik rumah ambik batrisya kat nursery dan damya kat rumah baby sitter, nufah tinggal rumah baby sitter, drove balik sg petani. encik abah tak ada, ada kat putrajaya. semua ni terjadi macam sepantas kilat, so kena bertindak cepat. ummi memang speed habis 150km sejam, memang gelabah dan sedih, ummi nak cepat sampai sebab arwah akan di kebumikan selepas solat asar, masa dalam perjalanan dah pukul 3 ptg.

sampai Sp terus ummi pergi masjid, ummi nak sangat mandikan arwah. Alhamdulilah ummi dapat mandikan.

Selesai semuanya dah pukul 7 petang, mak ummi tak bagi balik Ipoh malam2, dia cakap esok. besok ajelah ummi baru balik dan jumpa nufah, kesian kat dia kena bermalam dengan baby sitter.

even tho Mak Tua bukan mak kandung ummi, tapi kalau nak gambarkan perasan sayang ummi kat dia dan sedih bila dia pergi, ibarat burung, ada dua sayap, satu sayap dah patah, tinggal satu sayap aje lagi. 

Al fatihah. 

P/s semenjak dua menjak ni ummi memang moody aje, macam hilang mood. entah apa yang ummi fikir pun tak tahu. 

Monday, May 14, 2012

OLD SKOL RADIO

yesterday was a mother's day rite!

i read from here, they said we cannot celebrate, i heard from there, they said it is ok if you want to celebrate. being me yang memang takut to all those things yang tak pasti, i just kept quiet. Quiet mean that i dont want to tell my kids and my dear hubby that today is a mother's day.

but being a good and great husband, he brought damya and batrisya out just to get me something.

he got me a radio and a small cake.:):) so speechless... macam nak nangis :)

memang i nak sangat radio sebab nak masak sambil dengar lagu yang i suka. i selalu ingatkan dia yang i nak  radio tu dan ada ajak dia pergi satu tempat yang murah untuk beli. tapi encik abah kan busy so janji hanya tinggal janji ajelah. 

saturday we went to kuala kangsar. on the way back, i mentioned it again and again that i need to buy a radio.

when we reached home, he asked me to get down from the car and told me that he need to go to the shop and asked my two kids to accompany him. 

macam pelik aje bila tengok dia rushing2 macam tu. 

selesai solat, sambil bagi nufah makan sambil borak dengan my sister, i told my sister rasa macam nak dapat sesuatu aje, rasa macam nak dapat radio......

betul instinct i kan.... 

sekarang ni i memasak sambil dengar radio. adik i cakap meriah rumah sebab ada bunyi radio. kalau tak diam aje dapur. i cuma berharap radio tu masih kekal di dapur tanpa ada orang kidnap. i dah dengar ada orang nak bawa masuk bilik dia pada waktu malam.

lagi satu i berharap yang i boleh spend time dekat dapur dan nasi yang i masak tak hangit sebab dok asyik dengar radio.

thanks to encik abah for the old skol radio, kena scroll untuk cari siaran, remind me radio yang my mum beli dan kitaorang adik beradik letak kat dapur, masa kat dapur sambil masak, kitaorang akan dengar lagu atau dengar cerita "no 5 persiaran satu". 

sapa tahu angkat keyboard!

being me yang memang retro, i was a bit upset bila tak dapat siaran sinar fm. cuba itu ini pagi ni, adjust aerial dan sebagainya, tadaaaaaa... i dah boleh dengar suara abang jem pagi-pagi :) and the best thing, i guna battery tak guna electric :)

Tadaaaa....  my old skol radio :)