Advertisement

Showing posts with label Misteri. Show all posts
Showing posts with label Misteri. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

Sleepy.....

gigih mak cik celik mata hari ni sambil type questions untuk students

puncanya anak mak cik yang kecik bangun pukul 3.30 pagi, minum susu sambil ajak mak cik main sampai puku 4.30. ingat bila anak mak cik tido balik mak cik nak lah tido ayam kejap. pikiaq punya pikiaq nanti mak cik jaga pukul 6, dah menangis anak besar mak cik. so mak cik pun terus bangun, tenggek nasi nufah (brown rice) tenggek nasi eica (herba ponni), anak mak cik makan beras lain, mak cik makan beras biasa aje :(  masak sup ayam sambil lipat kain. gigihkan lipat kain dalam gelap, siap semuanya mak cik goreng ikan selar kuning garing-garing. simpan bawah tudung. 

mak cik masak untuk anak besaq mak cik makan bila balik sekolah nanti, hari ni dia ada ko ko so mak cik kena ambik dan hantar balik rumah instead of nursery, mak cik selalu buat charity bayar nursery tapi tak hantar. tapi mak cik suka  jimat belanja yang lain,  mak cik suka masak at the same time mak cik memang bawa bekal pegi keja. so 2 in 1lah. jimat!

lepas mak cik dah habis buat kerja kat bawah mak cik pergi naik atas dalam pukul 5.30. mak cik pegi susun baju dan kemas bilik kat atas. sekali tengah syok mak cik dok susun baju kat bilik anak besaq, mak cik dengar orang gelak... ishhhh sapa gelak pulak ni. mak cik ambil pendekatan yang baik dengan mengatakan jiran belakang rumah mak cik tengah bergurau senda dengan anak dia.so hilang takut!

sekali tu anak sedara mak cik tumpang tido bilik ni, dalam bilik ni memang ada berbakul bakul mainan. sekali tengah malam, mainan berbunyi-bunyi. anak sedara mak cik buat tak tahu aje. besok paginya baru dia bagitahu kata ada yang mengusik. dulu mak cik ada beli mainan FROG, boleh bunyi forg tu. tengah malam frog ni akan bunyi sendiri sampai kami naik lali. tapi sampai satu masa takut gak, frog ni kami campak dalam tong sampah.

sebelum tu masa mak cik main dengan anak kecik dalam pukul 3.45 pagi, mak cik memang suka tengok jam sebab mak cik nak cepat pagi, tak nak malam-malam, takut!, mak cik dengar kerusi di sorong-sorong kat atas rumah jiran. bukan rumah mak cik ye. sebab dengar sayup je. kalau kat atas rumah mak cik bunyi kerusi memang mak cik dah lari bawa anak-anak keluar dah sebab kat atas memang tak ada kerusi lansung. pandai kan kerusi ni nak bunyi. so mak cik selalu dengar yang pak cik kata memang ada bunyi kerusi, tapi buat tak tahu ajelah. so mak cik pun buat tak tahu ajelah. lama jugak mak cik tak dengar bunyi -bunyi ni tengah malam. tapi semalam gatal plak nak main-main dengan mak cik kan. 

pak cik kat putrajaya, pagi-pagi mak cik tipon dia bagitahu, pak cik cakap yang bilik belakang tu dah lama tak masuk. rumah mak cik ada 4 bilik dan 4 bilik mandi, tapi bilik mandi yang satu kat master bedroom tu jugaklah yang di kejar oleh semua. sanggup tunggu orang lain habis mandi uuntuk mandi kat situ gak. kalau nak buang air besar baru terhegeh2 cari bilik air lain. kalau tetamu nak datang baru mak cik pergi cuci bilik air kat bilik tetamu, batrisya punya dia kena cuci sendiri, yang master bedroom bila mandi mak cik cuci sekali. yang kat bawah bila mak cik mandi kanak-kanak ribena mak cik cuci sekali. penat cuci buang habuk aje. mandinya tak jugak. letih!

mak cik pesan kat tetamu mak cik yang suka gelak, main mainan dan tarik kerusi tu duduklah diam-diam. kalau mak cik dengar lagi malam ni, nanti mak cik bagi ubat dia lansung tak leh datang rumah mak cik dah. skrg mak cik tak leh nak buat sebab mak cik cuti. mak cik tak nak jumpa atau dengar khabar dari dia lagi. mak cik harap dia faham dah pergilah jangan kacau-kacau mak cik dan anak-anak lagi.

hari ni mak cik ngantuk sangat. tetiba ada orang datang bagi red bull terus tak ngantuk dan semangat nak buat keje. tapi kawan kata tak leh tido kalau minum ni. aduhai.... jenuh mak cik malam ni. marathon cerita korea lah gamaknya nanti. yahoo!!!!! peminat euro jangan jeles ye mak cik conquer tivi sampai jumaat. indahnya dunia :) 

teruk mak cik kan, bukan nak solat sunat.