Advertisement

Monday, March 26, 2012

Batrisya Is A BIG GIRL now....

batrisya already turn to become a "BIG GIRL" already. terkejut ummi masa dia bagitahu tu, dah lah masa tu ada kat KL, dah lah masa tu tengah meriba adik dia dalam kereta. tak tahu nak cakap apa. cepat-cepat suruh abah dia singgah kat petrol station dan beli pad.

nasib baik encik abah ni memang arif bab pad-pad ni, sebabnya memang ummi akan suruh dia beli masa emergency case. so encik abah pergi belikan dan suruh dia pergi tandas. after dia keluar tandas, masuk dalam kereta macam-macam yang kami tanya. banyak ke tak darah? tahu tak nak pakai pad macamana dan ajar itu dan ini. uishhhhhh.... it is not easy!

i have a mixed feeling now, bila dapat tahu yang batrisya dah besar, tak tahu nak cakap macamana? sedih, happy, risau dan macam-macamlah. pesan kat dia tak boleh main dengan cousin lelaki dah. selalu main macam-macam, dah la cousin yang dia baik tu dah BIG BOY pulak..... 

alhamdullilah, bila dia dah datang period terus dia pakai tudung. even nak pergi main kat playground pun pakai tudung, hari ni terkejut ummi bila dia pergi sekolah dengan pakai tudung. rasa macam nak menangis. 

sebelum tidur semalam, dia tanya boleh pegang Al-Quran tak, boleh baca surah itu dan ini ke tak? aduhai banyak yang ummi kena ajar dia... ummi pun rasa tercabar. jawab sebaik mungkin, yang mana ummi kurang arif ummi suruh dia pergi tanya ustazah untuk dapat penjelasan yang lebih detail.

cabaran ummi seterusnya kena jaga solat dia, dah cakap kat dia tak boleh tinggal solat. dah cakap kat dia kena ikut semua perintah Allah, nanti abah yang kena masuk neraka. kalau kesian kat abah kena ikut semua perintah Allah.

cabaran untuk menjadi emak yang baik dah bermula.... it is not easy! semoga Allah permudahkan segala urusan kami. 

selalu ummi doakan mereka supaya menjadi anak-anak yang baik akhlaknya, anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat, anak-anak yang bahagia di dunia dan akhirat, semoga Allah permudahkan segala urusan mereka di dunia dan akhirat dan lindungilah mereka dari segala azab neraka, bala dan  mala petaka, di murahkan rezeki dan sentiasa menurut perintah Allah dan taatkan ibu bapa....

itu yang ummi selalu doakan, selalu jugak ummi check semula doa ummi ni sebab takut ada yang tertinggal atau terlupa :(

looking forward untuk turn Damya dan Nufah pulak. kalau ibu-ibu yang ada anak lelaki tertunggu-tunggu time nak bersunat tapi untuk ummi yang ada anak perempuan sahaja akan tertunggu-tunggu untuk time diaorang datang period. 

12 comments:

oren said...

owwhh..most of the time, is RISAU, betul tak? dengan mcm2 kes jenayah, mmg kena pantau serapat mungkin..tak boleh alpa dan leka..

hmm..next will be turn mira plak..aduhai..saya plak yg gelabah bila pikirkan..

mamalisa said...

selamat melangkah ke arah "menjaga anak dara" kak ummi..yer pasti risau. anak dara sekrg x mcm anak dara dulu cam kita kita ni.

nanti mesti byk yg nak dishare boleh jadi pengajaran utk kitaorg gak.

~adeQ~ said...

Cepat jugak kan...tapi no wonder sebab badan dia nampak subur.

Saya rasa Sofea nanti pun cepat jugak sebab tang dada ngan punggung tu memang dah nampak..Sekarang ni dah cerita juga pada dia pasal period, macam mana nak handle, apa nak buat...

rasa macam dulu-dulu waktu sebaya Sofea kita masih sangat keanak-anakkan berbanding anak-anak zaman sekarang kan...

Betul kata mamalisa tu, nanti boleh minta tunjuk ajar akak kongsi pengalaman...=)

Zareda Norman said...

Uisskk next is my turn pulak. Anak dara sorang tu mmg dah jelas bentuk badan dia dah.. Mak dia yang nerves ni but anyhow.. Nak ke tak nak.. Someday anak dara kita akan keluar juga dr kepompongnya.. Dalam waktu skrg ni lah kena bagi teras yang kukuh, mantap dan secukupnya. ?.

Ina said...

Ummi, anak ina, period 16 mei thn lps (hari guru). Subuh tu, tiba2 dia nangis. Soal2 dlm keadaan garang2 sbb dia susah btl nak citer apa2..last2 dia tunjuk spentot dia... Waaa... Masa tu, ina sendiri pun rasa sedih... Rasa mcm x bersedia anak dah nak membesar ke arah itu. Pastu istighfar byk2. Dah lah awal2 tu dia period sampai 15 hari...& setiap kali dia period, hbs semua cadar, baju & seluar. Cuma rezki semua tu jadi time cuti sekolah. Skrg ni, dah boleh terima semua & dah regular 7 hari je. Blk kg citer ngan mil, rupa2nya ipar duai pakat Period umur 10, 11 thn. Semoga anak kita di bwh lindungan Allah sentiasa

Jojoe said...

sy lak terharu. hehe
pasni gi shopping2 lak beli baju n tudung baru.

Cho Zila said...

gituler gamakneyr perasaan ibu kita masa tu.. dah besar anak ibukan...

saya said...

owh...saya pulak teringan kenangan memula kena dulu. nangis 1 rumah bergegar. hahahhahaha.....lumrah alam tu..

Irfa said...

dia kan sebaya ngan anak sulung saya?kategori cepat jugaklah dtg masa umo 10 tahun..anak saya belum lagi..duk jauh ni risau jugak sbb kalau dtg saya takde kat sisi dia.huhu

Ummi said...

Oren memang gelabah .... lagi risau bila kes jenayah di sana sini

moga anak kita dijauhkan dari semua bala dan malapetaka

mawar: memang risau, insyaAllah kalau ada yang menarik untuk di share

nurshi: itulah pergi sekolah cikgu asyik tanya aje dah datang ke belum

sekali dah datang, yang bestnya masa dia datang tu, siap kawan cina dan india dia pun datang, cikgu cakap one malaysia :)

so tunggu turn sofea pulak ye :)

Ummi said...

zar: anak kita sebaya tapi cepat benor batrisya ni datang :)

itulah kena bagi teras yang kukuh, susah nak jadi mak yang terbaik :(

ina: patutlah ye, mungkin keturunan kita lambat tapi kena pulak tanya bila plak ipar duai kita datang period, agaknya nak kena tanya gak ni sebabnya entha bila plak turn nufah dan damya

anak ina siap nangis, anak ummi sebab selalu cikgu dan mak dia suka cakap dan beritahu tu yang relax aje

semoga anak kita di bawah lindungan Allah

joe: mak dan anak boleh share tudung hehehe

ishqi lambat lagi

Ummi said...

cho zila: gamaknya begitulah kot ye :)

saya: batrisya tak nangis akak yang gabra sangat

irfa: ye anak kita sebaya, anak akak badan besar sikit, si kakak macam kecik aje, tunggu ye irfa bila gilirannya :)

moga dia kena masa mak dia ada di sisi