Advertisement

Showing posts with label Emosi. Show all posts
Showing posts with label Emosi. Show all posts

Saturday, November 03, 2012

Keluarga Iskandar


pernah tengok drama ni kat TV?

keluarga iskandar, astro prima

menarik sangat sebabnya santai, ummi suka cerita ni, tak miss tengok, dulu asyik miss aje, tapi sejak ada pvr ni batrisya dah record full series so senang nak tengok masa santai

memang kelakar habis...

pada yang ada astro tu tengoklah cerita ni... gelak sampai nak pecah perut

selalunya waktu anak-anak dah tido ummi akan tengok semua cerita yang ummi dah record, masa tu tenang aje, sambil tengok sambil gelak, kalau masa diaorang jaga asyik berebut remote

kadang-kadang ummi sedih jugak bila encik abah asyik oustation aje, ummi akan jadi sedih, suka marah anak-anak, pantang diaorang buat salah mesti kena marah dan selalu merajuk

entahlah tak tahu kenapa jadi macam ni

nak bawa diaorang pergi shopping mall, ummi tak larat nak handle nufah dan damya, memang batrisya boleh tolong tengokkan tapi damya ni lasak, suka lari sana sini dalam shopping mall, selalu menyirap darah bila pandang-pandang tengok dia dah tak ada kat situ, dah masuk kedai lain atau tercegat depan toys

dah lama ummi tak keluar berdua dengan encik abah kecuali kadang-kadang keluar makan masa lunch yang hanya 30 minit tu sebabnya masing-masing sibuk, selalunya encik abah akan oustation dan oustation

nak ikut dia pergi oustation, anak-anak sekolah, ummi keje

agaknya sebab tu ummi selalu stress kot

tak sabar ummi nak tunggu anak-anak besar, nak ajak diaorang jalan sana sini

sunyi sangat kadang-kadang tu, sebab tu ummi tak suka layan. masa santai ummi, ummi habiskan sekarang dengan baca journal, at least boleh benefit ummi jugak kan

P/s ummi paling suka dengan mak jah dalam keluarga iskandar tu, garang tapi kelakar, suka perli-perli anak-anak dia :)


photo ehsan pak cik goggle :)

Monday, June 18, 2012

Menangis......


menangis?

sometime kita menangis sebab hati rasa kecewa sangat
somtime kita menangis sebab geram sangat
sometime kita menangis sebab kita kehilangan benda atau orang yang kita sayang
sometime kita menangis sebab sedih sangat
sometime kita menangis sebab kita gembira sangat

macam-macam cara kita menangis.... to be frank, ummi memang mudah menangis....
agaknya kalau di hitung jumlah yang ummi menangis, mau boleh jadi tasik kot... atau lebih lagi .....

skrg ini ummi realise yang benda-benda kecik yang anak-anak ummi buat, ummi boleh menangis, menangis sebab rasa macam nikmat sangat ada anak-anak, sometime bila diaorang bergaduh atau buat salah, ummi biar saja, habis-habis ummi bebel aje, sebab ummi fikir buat apalah nak marah-marah. cuba fikirkan mungkin ini hari terakhir kita bersama dengan diaorang atau hari terakhir diaorang bersama dengan kita so lebih baik kita enjoy the moment. pernah batrisya jatuhkan pasu, pecah, damya ambik batu conteng kereta, nufah pecahkan pinggan yang ummi suka. tapi sikit pun ummi tak marah. ummi mungkin terkilan. tapi bila ingat balik yang harta di dunia ini hanya sementara, ummi jadi ok. 

skrg ini, ummi belajar redha. redha dengan setiap apa yang berlaku. MasyaAllah boleh lihat perubahan, ummi jadi bahagia. kalau dulu, kalau di timpa sesuatu yang tak baik, ummi menangis, salahkan orang tu orang ini tapi bila ummi tengok banyak post yang menarik yang kawan-kawan kongsikan daripada ulamak, pakar motivasi, ummi jadikan ianya sebagai pedoman. syukur, ummi berjaya ubah hati ummi jadi lebih baik. 

dan ummi selalu doa kepada Allah, ummi tak nak jadi orang yang kaya di dunia, cukuplah dengan kesederhanaan sebab harta di dunia ini hanya sementara sahaja, cukuplah dengan harta yang ummi ada ini. cukuplah dengan nikmat yang Allah berikan kepada ummi. syukur!