Advertisement

Tuesday, July 17, 2012

Damailah Kamu Di Sana...


seminggu tak update blog kan...

last week ummi kehilangan orang tersayang, rasa macam tak tahu nak cakap... sedih sangat

i have TWO mothers, Mak tua adalah isteri pertama ayah, Mak jah adalah mak ummi.

Selasa (10 Julai 2012), Mak tua telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. masa dia dah pergi tu, ummi dah sampai hospital, tapi tengah cari parking, macam orang gila cari parking, pusing sana sini. dekat sejam baru dapat parking.

checked hp ada 4 misscalled dari abang, called balik dia cakap mak dah tak ada sayu aje hati masa tu. 

berlari ummi pergi wad, sampai dalam wad, nampak kakak ipar tengah baca yassin, meluru ummi pergi ke arah dia, peluk dan menangis dan menangis. ambil wuduk dan baca yassin sampai habis segala urusan. 

Masa ummi sampai kakak ipar dah nak balik ke SP dulu sebab arwah akan di kebumikan di sana, nak buat apa yang patut sebelum mayat sampai. giliran ummi pula tunggu arwah sampai selesai segala urusan. ummi tunggu sampai arwah naik kereta jenazah. 

selesai semuanya, ummi balik rumah ambik batrisya kat nursery dan damya kat rumah baby sitter, nufah tinggal rumah baby sitter, drove balik sg petani. encik abah tak ada, ada kat putrajaya. semua ni terjadi macam sepantas kilat, so kena bertindak cepat. ummi memang speed habis 150km sejam, memang gelabah dan sedih, ummi nak cepat sampai sebab arwah akan di kebumikan selepas solat asar, masa dalam perjalanan dah pukul 3 ptg.

sampai Sp terus ummi pergi masjid, ummi nak sangat mandikan arwah. Alhamdulilah ummi dapat mandikan.

Selesai semuanya dah pukul 7 petang, mak ummi tak bagi balik Ipoh malam2, dia cakap esok. besok ajelah ummi baru balik dan jumpa nufah, kesian kat dia kena bermalam dengan baby sitter.

even tho Mak Tua bukan mak kandung ummi, tapi kalau nak gambarkan perasan sayang ummi kat dia dan sedih bila dia pergi, ibarat burung, ada dua sayap, satu sayap dah patah, tinggal satu sayap aje lagi. 

Al fatihah. 

P/s semenjak dua menjak ni ummi memang moody aje, macam hilang mood. entah apa yang ummi fikir pun tak tahu. 

6 comments:

izawani said...

Tua...

Tingat kat mak. Dia tanya banyak kali, kenapa tak pegi jengok dia... alahai...

Mak Su said...

takziah ya ummi, moga roh yang pergi ditempatkan bersama2 roh orang2 yang soleh

payarumput21 said...

Al-fatihah.. semoga rohnya di tempatkan di sisi mereka yg beriman dan beramal soleh.. InsyaAllah.. Aminn..

saya said...

Al-fatihah..moga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Ummi kuatkan semangat ye..love you.

Irfa said...

alfatihah..tak semua ibu tiri macam cerita bawang putih,bawang merah kan?

Jeja_prk said...

Al-fatihah..sorry eja bru bc n3 nih..sabar bebyk yer sis..