Hai everyone....
damya yang retak tangan sebab jatuh moto yang tak berjalan, kes panjat dan terjatuh
skrg kalau tanya nak naik lagi motor, terus cakap "NO"
damya dah pergi kindy, tapi semenjak tangan dia berbalut dah 2 minggu cuti... last monday dah start pergi kindy semula, itupun dia yang pujuk mak cik suruh hantar dia sebabnya dia rindu sangat kat kawan-kawan
yang paling stress, doktor tu cakap tak ada retak, siap pesan balik rumah nanti letak ice cube sebab nak bagi darah berjalan, 4 hari tangan dok bengkak dan bengkok lagi, mak cik setiap hari susah hati. dah bawa urut, si tukang urut tu kata keras semacam tangan dia, nak bawa pergi hospital dah masa tu tapi adik mak cik bagitahu ada sorang tabib cina yang sangat famous kat bt gajah yang tak simen dan boleh recover cepat untuk yang patah dan retak
so mak cik pun bawa lah jumpa tabib cina ni, ( damya panggil tok wan) sekali dia cakap banyak retak tanpa x ray pun, siap dia buang x ray mak cik, dia cakap klinik yang ambik x ray tu entah apa2, blur tak nampak lansung tulang. nak aje mak cik sekeh kepala juru x ray dengan doctor tu. yang bestnya siap charge beratus2 lagi. mak cik bukan nak berkira tapi at least bagilah suggestion. dah lah masa pergi klinik tu mak cik dalam mood sedih, bapa sedara meninggal, so kelam kabut masa tu, nak pergi ziarah arwah dan mak ummi plak masa tu macam sedih yang teramat sangat, siap nak pengsan bagai :(
tabib ni promise 3 minggu boleh baik, dia tampal ubat dengan daun pisang dan balut tangan, kena minum air barli dan pegaga, kena buat exercise, walau anak menjerit macamana pun kena buat jugak. memang meraung damya bila kami buat exercise kat tangan dia. tapi 2 hari dah ada perubahan, seminggu siap boleh straight dah tangan. tapi masih berbalut.
rawatan dia pun memang murah, per visit RM30, kena datang 3 kali atau 5 kali. damya mula2 kena datang 3 kali tapi khamis ni kena pergi lagi, so dah masuk kali ke empat so mak cik teka mesti kena jumpa 5 kali kot :)
pagi2 orang dah ramai, kalau sampai pukul 8.00 pagi nombor giliran adalah 30 ke atas.... jenuh menunggu tapi puas hati.
orang datang dari pelusuk kg dan negeri..... macam2 patah boleh tengok.
Alhamudllilah... baru mak cik boleh menarik nafas lega.
8 comments:
owh..begitu ye. kadang2 ubat sengsei ni memang bagus..harap cepat le sembuh tangan damia tu. kesian, mesti sakit tu. harap xda la kawan kat kindy yang berkenan tgk tangan berbalut nak experiment usik2 pulak. hehehehee...
leeya, kawan tak sempat nak usik, cikgu dah warning awal2... damya ni buah hati cikgu dia :)
siap booking damya untuk jadi flower girl nanti :)
Kak, kat mana sengsei tu kat Perak ker?dia ada cawangan kat selangor x? Husband saya tulang bahu dia asyik jatuh jer, now lebih kronik sebb dia suka main paintball..nak dukung anak pun dah x boleh, kalau ikutkan dah kena operate tgn tu masuk besi kasi ketat..tapi kalau ada cara lain leh ikhtiar sebelum operate nak ty sengsei dulu..akak leh tlg tykan x?
Utk Damya..get well son yer cayang..jgn wrestling dgn kakak batrisya plak yer
Aah toi k.lela, kt bt gajah tu deorg panggil bomoh patah kan..kitaorg pn g situ jer..dr arwah opah smpi le sedara mara..alhamdulillah bkesan..:-)
lain plak rupa dia dari last entry pasal dia ari tu... nampak dah besar sket... pejam celik kejap je budak2 ni dah besarkan... apapun get well soon... nonie pun nonie igt nak cari tukang urut gakla... tgh sakit2 badan penangan main2 air terover kat waterpark weekends aritu huhu...
kak ummie
kalau dekat saya nak gi betulkan balik tgn bujang saya tu..boleh lagi ke?
masa jatuh tu kena simen..tak boleh bengkok..lepas buat fisio dah boleh bengkok tp masih nampak tulang tersembul dr siku.kalau perati betul2.sian dia
naufal jatuh beskal smpai pecah bibir..sib baik tak perlu jahit..lepas sehari, saya saja ajak naik beskal lagi..dia geleng kepala smbil bagi renungan tajam dn menyampah!!hahahaha..
tp lps 3 hari, dia melasak balik..malas dah nak cakap..pesan jek lah boleh..jatuh lagi, berdarah lagi, ibu suh doktor jahit terus mulut..kalo jatuh, tak berdarah dah..hahaha..zalim lagi..
tapi saya pon paham, ini sebahagian kehidupan kanak2..jatuh bangun..
cuma mcm kes damya, mmg susah hati lah kan..sbb retak..bukan bleh main2..bleh ada efek jangka panjang kalo tak dirawat..dan mujurlah ada tokwan yg pandai ngubat..
mawar: datang aje rumah akak nanti akak bawa pergi rumah tabib tu :)
eja.... ye ker :) klela pun dapat tahu dari adik.... memang berkesan, Alhamdulillah :)
nonie, dah beranak banyak ni banyak urat yang sakit2 kan... kalau balik Johor akak suka pergi urut, ramai orang yang pandai urut :)
irfa... dekat rumah akak aje :) kalau nak datang bgtahu aje akak...
hari tu ada sorang budak cina yang tangan macam damya jugak, agaknya budak tu dah lama sebab dah tak sakit, dia ubatkan budak tu
masa damya jatuh akak tak nak pergi hospital sebab kena simenlah... dan kesannya macam-macam :(
oren: itulah anak-anak kita ni lasak sangat :(
semenjak damya jatuh ni akak dah kecut perut kalau ada yang jatuh lagi
sementara nak tunggu depa besaq aje kan oren :)
semoga anak-anak kita di jauhkan dari segala mala petaka, amin
Post a Comment