Lamanya tak update, kalau ada yang jadi fren kat fb, adalah nampak ummi ni masih bernyawa, adalah update fb bila boring-boring atau bila kanak-kanak ribena dah tido.
Hidup sekarang ni agak busy sebab ada banyak benda nak kena buat. encik abah plak aktif dengan oustationnya, penang- vietnam-penang semula. kalau nak tengok encik abah dok kat rumah betul-betul adalah selepas tarikh 18 may... kalau before tu on off ajelah, kejap ada kejap tak ada.
my day always start at 5 am in the morning. kalau lambat boleh berperang dengan anak-anak. the moment celik mata masak bubur untuk nufah, sambil dia dok atas api. kemas bilik, angkat laundry sidai, solat subuh ( kena solat awal-awal, kalau tak memang tak sempat) sambil kejutkan eica. masak apa yang patut untuk bawa bekal eica dan umminya. bila siap, angkat damya masuk bilik mandi. walaupun mata dia masih tutup tapi the moment dengar mak dia kata bukak baju... terbuka luas mata!
bila semua dah siap, giliran mak cik plak mandi. tahu tak mandi macam koboi? meh sini nak cerita buka shower, gosok gigi, sabun dan tara siap....
cepat2 siap sambil jerit kat batrisya tukar diaper adik dia, salin baju, masukkan beg dan adik-adik dia sekali, suruh dia start enjin kereta dan apa lagi bergegas mak cik pakai tudung, turun bawah dan zup masuk kereta .... letih!
dalam kereta baru nak tanya dah ambik duit ke belum, kat rumah bubur nasi masih dalam periuk nasi ok... round sana sini, hantar semua ke sekolah, kindy dan baby sitter, balik rumah semula. kemas apa yang patut sambil masukkan bubur nasi dalam thermos dan mak cik lap peluh sana sini dan make up sikit-sikit. pakai perfume dah jalan. before that pergi rumah baby sitter hantar makanan dan ambik kawan.
the moments sampai opis, letak beg. isi air kat pantry dah masuk kelas, pot pet pot pet habis pukul 5.
dah start balik ambik anak, aduh.... sampai rumah belum settle lagi. buat itu dan ini. anak tido pukul 10 baru mak cik cari makanan untuk makan dengan aman dan tenteram.
skrg ni ada cerita korea, sambil tengok sambil jerit suruh anak-anak diam atau tutup lampu sambil lipat kain. boleh?
aduhai... encik abah cakap kalau dia tak ada kat rumah aman, tak aman lansung. baliklah cepat!
skrg ni malam-malam kena buka lappy nak download banyak benda, rasa macam nak tercabut bulu mata... doakan ummi berjaya dengan kerja download dan typing ni ye... long way to go lagi ni. Ya Allah kau permudahkan segala urusan hamba mu yang hina ini, amin.




