Lamanya tak update, kalau ada yang jadi fren kat fb, adalah nampak ummi ni masih bernyawa, adalah update fb bila boring-boring atau bila kanak-kanak ribena dah tido.
Hidup sekarang ni agak busy sebab ada banyak benda nak kena buat. encik abah plak aktif dengan oustationnya, penang- vietnam-penang semula. kalau nak tengok encik abah dok kat rumah betul-betul adalah selepas tarikh 18 may... kalau before tu on off ajelah, kejap ada kejap tak ada.
my day always start at 5 am in the morning. kalau lambat boleh berperang dengan anak-anak. the moment celik mata masak bubur untuk nufah, sambil dia dok atas api. kemas bilik, angkat laundry sidai, solat subuh ( kena solat awal-awal, kalau tak memang tak sempat) sambil kejutkan eica. masak apa yang patut untuk bawa bekal eica dan umminya. bila siap, angkat damya masuk bilik mandi. walaupun mata dia masih tutup tapi the moment dengar mak dia kata bukak baju... terbuka luas mata!
bila semua dah siap, giliran mak cik plak mandi. tahu tak mandi macam koboi? meh sini nak cerita buka shower, gosok gigi, sabun dan tara siap....
cepat2 siap sambil jerit kat batrisya tukar diaper adik dia, salin baju, masukkan beg dan adik-adik dia sekali, suruh dia start enjin kereta dan apa lagi bergegas mak cik pakai tudung, turun bawah dan zup masuk kereta .... letih!
dalam kereta baru nak tanya dah ambik duit ke belum, kat rumah bubur nasi masih dalam periuk nasi ok... round sana sini, hantar semua ke sekolah, kindy dan baby sitter, balik rumah semula. kemas apa yang patut sambil masukkan bubur nasi dalam thermos dan mak cik lap peluh sana sini dan make up sikit-sikit. pakai perfume dah jalan. before that pergi rumah baby sitter hantar makanan dan ambik kawan.
the moments sampai opis, letak beg. isi air kat pantry dah masuk kelas, pot pet pot pet habis pukul 5.
dah start balik ambik anak, aduh.... sampai rumah belum settle lagi. buat itu dan ini. anak tido pukul 10 baru mak cik cari makanan untuk makan dengan aman dan tenteram.
skrg ni ada cerita korea, sambil tengok sambil jerit suruh anak-anak diam atau tutup lampu sambil lipat kain. boleh?
aduhai... encik abah cakap kalau dia tak ada kat rumah aman, tak aman lansung. baliklah cepat!
skrg ni malam-malam kena buka lappy nak download banyak benda, rasa macam nak tercabut bulu mata... doakan ummi berjaya dengan kerja download dan typing ni ye... long way to go lagi ni. Ya Allah kau permudahkan segala urusan hamba mu yang hina ini, amin.
7 comments:
Hehehehee.super woman betul. Memang betul kena bangun awal kalo tak alamat semua tergendala. Saya yang takde budak kecik ni pon mesti bangun awal gak, tapi nak kena kemas kucing. Konsepnya sama je, kena siapkan semua sebelum pergi kerja. Takpe ummi, nanti ada waktu terluang kasi rehat cukup2.
bab lap peluh yg menjejeh tu yg x tahan tu kan? saya ni kdg tgh peluh menitik nitik sebab buat kijer rumah mcm katun pastu dgrr si yayan melalak nak menetek..adui mmg tensen dibuatnya. nak menetek apenya kita ni lencun dgn busuknya mana nak selesa..mesti lap sana sini dan tukar baju dulu baru sumbat masuk mulut dia..
harap kita semua bersabar, insyaAllah ada ganjaran atas semua tanggungjawab yg kita jalankan..(mcm cakap kat diri sendiri je)
*HUGS*
Ummi...aduhai memang supermom...
Azwa jam 5.55 am bangun..kejutkan anak bujang mandi prepare utk gi sekolah. Cik abe selalunya jam 6 lebih sikit baru bangun, lepas dua anak dara siap mandi..baru giliran dia ngan Hadi bersiap.
by then mokcik dah siap sediakan breakfast apa yg patut, masak nasi, siapkan beg Hadi.. by 7 am cik abe and anak2 semua gi sekolah, me and Hadi gi opis mokcik punch dulu baru hantar Hadi gi taska..
Tapi bila cik abe takde, kena tukar la pulak rutin sebab semuanya kita kena buat..alahaiii memang penat la kalau difikir2kan.. kena kuatkan semangat jer utk menghadapi semuanya..
Rasa macam baca cerita sendiri plak kak oiii..tersama plak cerita pasal terkejar2 kat entry angah sinun..
sabar je la kita kan..
mmg kalau en hubby tak ada kerja jadi berganda. Kludia ada, zar bangun dn uruskan diri sendiri aje.. Tapi klu dia tak ada semua kena buat sendiri kan.. :-)
Mmg bila cik abg takde kelam kabut sket... Tapi nonie bersyukur sbb mak dah sihat balik utk tolong2 handle budak2 ni sbb bila cik abg outstation dia mmg soh tido umah mak, lgpun umah mak dekat je... Kalau jauh mmgla, macam kak ummi gak la kot, kelam kabut...
sama la bab mandi tu..cuma tak kelam kabut sgt pagi2 hehe
dalam kalut mcm tu drama korea tetap layan ;)saya pun sama
Post a Comment