Today is my mum's birthday
Seminggu sebelum ni adik dah bbm tanya nak beli apa, nak makan kat mana dan nak bagi hadiah apa kat mak
Setiap tahun kami akan sambut hari jadi mak, beli hadiah dan bawa mak makan kat tempat-tempat yang dia belum pernah pergi atau tempat yang dia suka makan
Bagi kami, hari jadi mak adalah hari yang paling bermakna sekali....
Masa kecik-kecik dulu mak mesti akan sambut birthday kami.... walaupun hanya goreng bihun dan ajak kawan-kawan datang makan
So bila kami adik beradik dah besar, kami jadikan tradisi menyambut hari jadi mak setiap tahun
Mesti ada acara makan-makan dan bagi hadiah
Mak lah manusia yang paling happy masa hari jadi dia
Hari jadi tahun ni, kami belikan mak handbag since dia cakap yang handbag dia dah buruk.... so semalam adik dah bawa dia pergi beli handbag dan kasut...
Weekend ni family ummi dan kakak akan bawa mak makan
Setiap kali tahun baru, ummi akan terfikir entah berapa lama lagi ummi akan bersama dengan emak. kalau boleh ummi nak jadikan setiap hari ummi bersama mak adalah hari yang paling gembira kerana ummi pun tidak tahu bilakah hari terakhir ummi bersama mak, samada ummi yang pergi dulu atau mak yang pergi dulu, mati itu kan pasti :(
kalau adik telefon cakap mak demam, ummi risau, terus telefon mak tanya keadaan mak
mak dah tak kuat macam dulu, masak pun dah kurang selalu adik atau kakak yang akan belikan lauk kat mak
tapi mak masik boleh jalan-jalan ke sana sini
masih boleh buat lawak dengan cucu
dan masih lagi risau kat cucu-cucu
boleh bawa cucu naik motor lagi, batrisya selalu bagitahu kat kawan dia yang tok dia pandai bawa motor
selalu telefon ummi pesan jangan bagi anak main kat luar tanpa pengawasan, takut kena culik kata dia
kadang-kadang rasa macam ummi ni masih kecik lagi, masih di bawah jagaan mak, masih kena ingatkan itu dan ini
Terima kasih kepada Allah kerana berikan mak yang paling baik di dunia dan ummi rasa amat bertuah sekali kerana jadi anak mak....
Semoga mak ummi di berikan kesihatan yang baik, di panjangkan umur, di rahmati Allah, dimurahkan rezeki, di permudahkan segala urusannya di dunia dan akhirat dan bahagia di dunia dan akhirat.
6 comments:
selamat hari lahir utk mak akak
mak saya punya bday bulan 3
adik igt nak bawak gi langkawi
mak x penah pegi sana.tp mak x pasti nak pegi ke tak sbb risau adik nak pmr..kot ada kelas tambahan ke hapa
saya tiba2 rindu mak baca entri ni
Amin
semoga ibu ibu kita panjang umur (kalau boleh lebih panjang dari kita)
selamat hari jadi mak cik... semoga panjang umur, murah rezeki & berbahagia bersama keluarga... :)
Selamat hari jadi mak! Sayang semuanya..
Selamt Hari Lahir untuk Mak tersayang Ummi tu..semoga panjang umur murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik hendaknya..aminnn...
Thanks for all the wishes....
Really appreciate :)
Post a Comment