Advertisement

Wednesday, June 13, 2012

Sleepy.....

gigih mak cik celik mata hari ni sambil type questions untuk students

puncanya anak mak cik yang kecik bangun pukul 3.30 pagi, minum susu sambil ajak mak cik main sampai puku 4.30. ingat bila anak mak cik tido balik mak cik nak lah tido ayam kejap. pikiaq punya pikiaq nanti mak cik jaga pukul 6, dah menangis anak besar mak cik. so mak cik pun terus bangun, tenggek nasi nufah (brown rice) tenggek nasi eica (herba ponni), anak mak cik makan beras lain, mak cik makan beras biasa aje :(  masak sup ayam sambil lipat kain. gigihkan lipat kain dalam gelap, siap semuanya mak cik goreng ikan selar kuning garing-garing. simpan bawah tudung. 

mak cik masak untuk anak besaq mak cik makan bila balik sekolah nanti, hari ni dia ada ko ko so mak cik kena ambik dan hantar balik rumah instead of nursery, mak cik selalu buat charity bayar nursery tapi tak hantar. tapi mak cik suka  jimat belanja yang lain,  mak cik suka masak at the same time mak cik memang bawa bekal pegi keja. so 2 in 1lah. jimat!

lepas mak cik dah habis buat kerja kat bawah mak cik pergi naik atas dalam pukul 5.30. mak cik pegi susun baju dan kemas bilik kat atas. sekali tengah syok mak cik dok susun baju kat bilik anak besaq, mak cik dengar orang gelak... ishhhh sapa gelak pulak ni. mak cik ambil pendekatan yang baik dengan mengatakan jiran belakang rumah mak cik tengah bergurau senda dengan anak dia.so hilang takut!

sekali tu anak sedara mak cik tumpang tido bilik ni, dalam bilik ni memang ada berbakul bakul mainan. sekali tengah malam, mainan berbunyi-bunyi. anak sedara mak cik buat tak tahu aje. besok paginya baru dia bagitahu kata ada yang mengusik. dulu mak cik ada beli mainan FROG, boleh bunyi forg tu. tengah malam frog ni akan bunyi sendiri sampai kami naik lali. tapi sampai satu masa takut gak, frog ni kami campak dalam tong sampah.

sebelum tu masa mak cik main dengan anak kecik dalam pukul 3.45 pagi, mak cik memang suka tengok jam sebab mak cik nak cepat pagi, tak nak malam-malam, takut!, mak cik dengar kerusi di sorong-sorong kat atas rumah jiran. bukan rumah mak cik ye. sebab dengar sayup je. kalau kat atas rumah mak cik bunyi kerusi memang mak cik dah lari bawa anak-anak keluar dah sebab kat atas memang tak ada kerusi lansung. pandai kan kerusi ni nak bunyi. so mak cik selalu dengar yang pak cik kata memang ada bunyi kerusi, tapi buat tak tahu ajelah. so mak cik pun buat tak tahu ajelah. lama jugak mak cik tak dengar bunyi -bunyi ni tengah malam. tapi semalam gatal plak nak main-main dengan mak cik kan. 

pak cik kat putrajaya, pagi-pagi mak cik tipon dia bagitahu, pak cik cakap yang bilik belakang tu dah lama tak masuk. rumah mak cik ada 4 bilik dan 4 bilik mandi, tapi bilik mandi yang satu kat master bedroom tu jugaklah yang di kejar oleh semua. sanggup tunggu orang lain habis mandi uuntuk mandi kat situ gak. kalau nak buang air besar baru terhegeh2 cari bilik air lain. kalau tetamu nak datang baru mak cik pergi cuci bilik air kat bilik tetamu, batrisya punya dia kena cuci sendiri, yang master bedroom bila mandi mak cik cuci sekali. yang kat bawah bila mak cik mandi kanak-kanak ribena mak cik cuci sekali. penat cuci buang habuk aje. mandinya tak jugak. letih!

mak cik pesan kat tetamu mak cik yang suka gelak, main mainan dan tarik kerusi tu duduklah diam-diam. kalau mak cik dengar lagi malam ni, nanti mak cik bagi ubat dia lansung tak leh datang rumah mak cik dah. skrg mak cik tak leh nak buat sebab mak cik cuti. mak cik tak nak jumpa atau dengar khabar dari dia lagi. mak cik harap dia faham dah pergilah jangan kacau-kacau mak cik dan anak-anak lagi.

hari ni mak cik ngantuk sangat. tetiba ada orang datang bagi red bull terus tak ngantuk dan semangat nak buat keje. tapi kawan kata tak leh tido kalau minum ni. aduhai.... jenuh mak cik malam ni. marathon cerita korea lah gamaknya nanti. yahoo!!!!! peminat euro jangan jeles ye mak cik conquer tivi sampai jumaat. indahnya dunia :) 

teruk mak cik kan, bukan nak solat sunat. 

10 comments:

nonie said...

Tapi kak ummi kira berani la gak, cik abg takde blh lagi dok umah dgn anak2... Nonie, kalau cik abg outstation, balik tido umah mak... Sbb dekatlah... Kalau jauh terpaksa gagah gak kot hehe... Mmg penakut.

Dulu2 masa kuarters ni tak ramai org lagi selalu gak dgr bunyik guli jatuh @ org sorong kerusi kat tingkat atas. Masa tu rasanya umah atas tu takde org pun... & pernah dgr ceramah kata bunyik2 camtu biasanya mmg dtg dr jin... Ngeeee seram! Tp la ni dah ramai org takdela bunyik... Tu pun ada je unit2 yg benda tu suka dtg mengusik... Siap ada yg ikut naik lif... Ngeeee double seram! Tapi kena sentiasa ingatlah derang pun makhluk Allah kan...

Ummi said...

nonie, kalau nak ikutkan hati memang takut tapi tak leh buat apa, kena beranikan diri gak...

sebab tu bile terjaga tengok jam, jaga lagi tengok jam, kalau jarum dah tunjuk pukul 5, happy sangat sebab orang dah bangun, bus sekolah yang paling awal akan sampai pukul 5.15 kat area rumah dan boleh nampak cina-cina dah jogging dan bawa anjing keluar....

itulah kalau bunyi kerusi tu memang dari jin kan, akak pun ada dengar :)

tak sabar nak tunggu anak-anak besar, so kalau takut leh cakap2 dengan diaorang dan takut sama-sama :)

lagi seram ye nonie kalau ada yang mengikut :(

Zareda Norman said...

Tu lah kan.. Zar kalau rasa tak sedap hati maa cik hubby os, zar usung tilam tidur kat bawah.. Cik hubby marah sbb dia kata lg bahaya tidur katbawah at least tidur atas boleh gak kunci pintu..

Bab bunyi pelik pelik tu kdg2 kala je rlah.. Selalunya sedapkan hati sendiri je :-)

Jojoe said...

akak mmg berani la. kalo dah kat rumah sendiri mebi feel dia lain sket. sbb tuan rumah. sy dulu kat kem.. maid ckp ada dgr bunyi kosi sorong2 kat dining hall..tapi sy x dgr pulak(tido mati letu).. yg selalu dgr bunyi anjing melolong. sama je seramnye.. tapi pasrah jela nak lari mana lagi. tido pasang lampu, sambil doa.. jangan la blackout.

saya said...

wahhh..ada tetamu katanya, heehehehe.. kat rumah ma pon ada je tetamu tu. bagi saya yang dah biasa memang dah lali. entah la.. kadang risau juga kadang tu macam takde apa pulak. tapi ummi memang rajin, semua buat sendiri. bagussss....

saya said...

wahhh..ada tetamu katanya, heehehehe.. kat rumah ma pon ada je tetamu tu. bagi saya yang dah biasa memang dah lali. entah la.. kadang risau juga kadang tu macam takde apa pulak. tapi ummi memang rajin, semua buat sendiri. bagussss....

pB said...

Ummi macam Tok Ma ...tak takut pada tetamu-tetamu nie ...

mamalisa said...

owh saya dah lali..kdg siang siang pun dia duk sorong kusi kat atas nun..buat tak tau jekla...yg best tu kalau bunyi tu kuat sgt, esoknya ty jiran dia ckp dia pun dgr tetamu tu cam duduk antara dinding umah mawar dgn jiran sebelah sampai kami leh bergurau teka teki sapa punya tetamu daaaa hehe, yg penting jgn muncul udahhhhh

Ummi said...

zar: ummi pun usung tilam tidur kat living hall :)

betul gak apa yang cik hubby zar cakap tu, bahaya tapi ummi plak fikir, senang nak lari kalau apa-apa jadi

joe: macamana tak berani joe, kena berani jugak. akak suka tutup lampu tak leh tido kalau on lampu. :) akak suka tengok jam dan doa cepat pagi

leeya: thanks sebab puji akak, tetamu ni suka datang rumah kita sesuka hati aje kan :)

pb: pb berani tak?


mawar: betul tu yang penting jangan muncul dah :)

kalau muncul nak buat apa ye, betul cakap mawar tu, dia macam ada kat dinding bukan kat rumah kan, selalu dengar sayup2 aje

Leney said...

Beraninya...kalau saya, dah ajak husband pindah dah. hehehe