melepek mak cik minggu ni ganti puasa, hujung2 baru nak ganti kan. lagipun masa pantang kat nufah dalam bulan puasa, kat 20 hari gak mak cik kena ganti. gigih! tinggal lagi 4 hari. insyaAllah esok nak puasa sebab 1 syaaban kan :)
nasib baik kelas dah nak hujung semester, banyak buat soalan ajelah, kurang bercakap, kalau tak kering tekak :)
minggu ni time lunch mak cik balik rumah, kadang2 mak cik rehat sampai dua jam kat rumah, kadang2 1 jam setengah kat rumah. sampai rumah mak cik buatlah apa yang patut, potong tu potong ni untuk masak berbuka nanti.
mak cik realise yang sekarang ni mak cik kurang berbelanja, mak cik suka masak kat rumah. lagipun mak cik tengah control food intake batrisya, so selalunya mak cik masak yang lite2 aje. kalau mak cik masak nasi batrisya hanya boleh makan dalam portion yang kecik dan makan lauk banyak.
batrisya ni dengar cakap, kalau kita kata NO dia memang dengar so senang mak cik control food intake dia.
mak cik bukan beria benor nak bagi anak mak cik kurus cuma mak cik nak jaga kesihatan anak2 mak cik. hari tu pergi jumpa doctor sebab kami anak beranak selsema dan batuk , doctor cakap mak2 skrg ni malas masak kat rumah sebab penat kerja, balik kerja singgah pasar malam atau malas sangat order fast food, tu lah yang anak dan mak pun besar sbb makan benda yang tak berkhasiat, semua yang boleh memberbahayakan kesihatan.
sebelum jumpa doktor tu mak cik memang nak pergi makan Mc D, bila dengar doktor cakap macam tu terus balik rumah masak. bukan masak apa pun, nasi, ikan goreng dan sayur. anak mak cik makan macam sedap sangat.
dah sebulan mak cik tak pergi pasar malam, kalau pergi pun mak cik beli ikan dan sayur aje. tapi kat pasar malam ni sayur dan ikan mahal, selalunya mak cik suka beli kat tesco. murah sikit. tapi ayam dan ikan susah nak dapat fresh2 kat tesco so mak cik kena cari gak kat pasar malam :(
lagipun mak cik macam tak ada idea nak beli apa kat pasar malam, selalu beli air soya, keropok lekor, buah-buahan dan laksa kuala, susah nak makan laksa sedap kat sini. kalau nak yang sedap kena wat sendiri.
oklah mak cik nak pergi buat kerja. happy working everyone!
8 comments:
saya tggl sehari je lag nak diganti..
ada je alasan :(
saya tak ganti yeay!
anak2 la buat angah rajin masak hikhik..
saya dh habis ganti..tabiat saya, p[osa sekali ngn sunat syawal..so, bulan lps syawal adalah bulan berjimba2..
*buruk laku*
time rajen, saya masak..tapi mmg kdg, penat jek masak..yg hadap, sorang jek..yg lain, takmo mkn..mcm tak padan plak beriya2 masak..(ke, mmg tak sedap??muahahaha..)
pasar mlm pon, mcm dh boring..asik pusing mkn yg itu ajer..
Waaaaa camna ni, lagi seminggu lagi nak ganti... Dahla dok spotting je... Pastu minggu ni bengkel plak... Tapi bab pasar mlm mmg dah jarang2 pi skrang ni... Sbb foodnya adalah tak sedap! Selalu terkena... Skrang dah kembali rajin masak, sbb kena sound dgn cik abg yg cerewet btul tang mkn :p
saya pun baru je habis ganti kak... terkial-kial..sy rajin masak tapi sy amat tak suke cleaning-after... kalo mkn kat luar balik rumah terus rileks... kalo masak.. pas kenyang ada lagi kerja menanti periuk belanga.. nak simpan lauk yg tak habis makan.. bila nak simpan sikit sgt x berbaloi.. ngap masuk jugak dlm perut..... patut la sy comel..
*hwaa...
jojoe..maka yang demikian sila la masak guna vision atau corningware..dari dapur terus ke meja ke peti sejuk ke microwave ke sinki..hikhik
Angah good idea. satgi masuk umah baru dulu.. maklom la asek la idop berpindah randah. ni pun dah kena warning jgn beli apa-apa lagi..
beli kat mana murah? Langkawi? Bole aku coti-coti sekali. ahakss
thanks for all the comments, mak cik tak leh nak reply sebab busy setting exam papers :(
Post a Comment