Advertisement

Wednesday, January 18, 2012

Ummi's Celoteh Again

seminggu tak update blog, macam tak ada mood nak update, entahlah nape. lately ni kelas banyak sangat so sibuk sungguh, kat sini cuma ummi sorang aje full time malay lecturer, so bila time makan, kadang makan sorang sebab kawan-kawan ummi semuanya keje kat admin, so diaorang ada fixed time nak makan, yang ummi plak flexible,  mangsa yang paling dekat ajak teman makan encik abah, selalulah kami dating makan dua orang. rasa best pulak. kalau makan dengan anak-anak Ya Allah ada yang letak kuah kat dalam nasi kita, ada yang merajuk dok bawah meja, ada yang tak cukup nak makan, nak tambah lagi. ada yang meraung, stress kadang-kadang. tapi i really enjoy the moment masa diaorang kecik2 ni nanti bila dah besar entah nak ajak makan pun kena buat appointment.

chinese new year just around the corner, so students ummi ramai lah yang akan ponteng, tak ada break cuma cuti dua hari aje, so bolehlah ummi goyang kaki sikit next week. cant wait for the time.

damya dah boleh cope dengan kindy dia, seronok sangat sebab ada ramai kawan dan dia suka nyanyi dan buat lawak dengan cikgu, the worst part semalam batrisya balik bagitahu yang damya tarik telinga cikgu sebab cikgu tak dengar dia cakap. so kitaorang dah warned dia jangan notty2 kat kindy, nanti cikgu marah.

si batrisya pulak dah tak duduk ngan baby sitter, dah pergi dok kat nursery puncanya baby sitter scolded dia sebab dia suka mengadu kat ummi. dah namanya dia anak ummi mesti dia akan bagitahu apa yang orang buat kat dia dan adik dia. the worst part hari jumaat dia balik nangis-nangis. being encik abah yang over protective anak-anak, apa lagi terus called nursery dan hantar on monday. so hilanglah satu budak kat rumah baby sitter tu. so far dia ok aje dengan life kat nursery, ada time nak wat homework dan tak ada orang bebel. 

ummi plak lately ni suka lupa,. yang suka kenakan ummi ialah encik abah dan batrisya, ada aje yang diaorang kenakan, semalam ada perkhidmatan bus kat banner yang pergi sek batrisya kat tepi jalan. diaorg pulun2 cakap tak ada pergi, siap pergi tengok lagi sekali, nasib baik ummi tengok betul2. bila dua2 dah salah tahu plak diam, kalau tak mulalah bising cakap ummi ni suka lupa. yes i know, i'm getting old but it doesn't mean yang otak ummi ni beku sangat. 

encik abah, if you read this, i love staying in Ipoh....! Please don't go, lagi-lagi tempat yang hectic macam tu :(

ok got to go..... ada kelas, happy working everyone... 

6 comments:

~adeQ~ said...

En. Abah kena tukar ke kak? Susahkan bila kita dah selesa kat satu2 tempat kena pindah pulak...=)

mamalisa said...

ler..nak kena tukaq ka? tak syiokla berjauhan...en Abah kan your pillar yg rajin

Zareda Norman said...

Zar pun x sabar tunggu cuti panjang.. Dah lemau wpun baru beberapa hari new year.. Warm up kena lebih sikit...

En abah nak tukar ke? Klu tukar naik pangkat.. Something good tu.. :-)

Ummi said...

bacalah luahan hati ummi kat entry yang atas tu....

sedih sangat.... but i cant be so selfish kan

pB said...

Jamri nak kena tukar ke mana pulak nie????

Ummie , tak datang Puchong ker ????

Ummi said...

tempat yang jamri nak kena tukar tu dekat sangat kalau nak pergi puchong, hari-hari boleh pergi puchong :)

hehehehe