tahun baru datang lagi, resolution? tak ada, hanya nak jadi yang terbaik dari sebelumnya. 2011 was a great year, pregnant, konvo dan sebagainya. 2012? harapan semoga di permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. umur semakin meningkat, semakin tua dan tanggungjawab semakin mencabar. 3 anak yang nak membesar. kewangan adalah peningkatan, rezeki anak-anak, semuanya untuk anak-anak yang baki-baki tu aje untuk diri sendiri.
seminggu before tahun baru, cuti, it was a long holiday, nak balik semula ke opis rasa macam malas sangat. bestnya kalau tak keje tapi kena dapat gaji macam yang skrg bolehlah duduk rumah.
life semenjak sekolah bermula adalah sangat sibuk, batrisya dah masuk darjah lima, tahun ni ummi berhentikan semua kelas tuition dia, sebabnya i felt useless hantar tuition mahal-mahal and the result sama saja dan pusat tuition pun macam cendawan tumbuh, but the quality is not there. so azam tahun baru ni, ajar batrisya setiap malam except kalau ummi ada kelas part time. cikgu ummi ni kalau mengajar harap maklumlah, kalau tak nangis budak tu memang namanya tak ajarlah. tanya students ummi kat sini, memang result boleh score A kalau cikgu ummi ajar. tapi bila sampai kat anak, nak dapat A pun belum tentu lagi, jauh sangat. so kena strict dengan anak gak, so batrisya you better be prepared.
damya dah masuk kindy, hari pertama not so good, macam nak nangis, hari kedua encik abah cakap dah nyanyi lagu najwa l*tif dalam kereta. so kira mood dah ok lah.
seperti biasa tugas menghantar anak semuanya atas bahu encik abah, bermula dengan nufah, batrisya dan akhir sekali damya. ummi masa tu tengah bekerja keras bereskan kerja rumah dan bergegas ke tempat kerja. kelas ummi bermula 8.30 pagi so kena cepatlah. sampai tempat keje, ambik buku masuk kelas, ambik attendance, distribute note dan bermulalah bebelan untuk hari tu. kelas banyak plak sem ni, balik keje mesti sakit kaki, again tugas encik abah urut.
azam tahun ni gak nak habiskan cepat2 hutang yang ada. sebabnya ada planning lain yang menunggu. harap ianya di permudahkan Allah. sesuatu yang baik yang ingin sangat ummi capai.
nufah dah semakin bulat, dah masuk 6 bulan. dah introduce solid food. balik keje, masakkan bubur nasi dalam slow cooker untuk nufah. kenyang baby sitter cakap. malam cuma bangun sekali minum susu. kalau merengek sikit-sikit tu just breast feeding kejap aje dah tido balik.
azam tahun ni gak nak belajar buat roti dengan jayanya so that boleh makan roti panas-panas dan anak-anak boleh bawa bekal pergi sekolah.
ok got to go everyone, happy working.
8 comments:
Happy New Year..semoga tahun ini husband saya juga semakin rajin menguruskan anak anak macam en abah :) hehehe menumpang harapan kat blog ummi yeah!
happy new year ummi
memang kalau dah bercuti lama rasa poyo nak masuk ofis balik.. ni pun tgh mencari semangatdan warm up..
sangat teringat bebelan dalam kelas masa mengajar kat kolej dulu hihi..
selamat masak bubur dan selamat meroti..Angah pun enjoy meroti session dengan anak2. siap derang letak sendiri perasa kat roti memasing..makan panas, rebut2 ngan anak..bawak bekal lagik..memang best!!
Argghhh... me too..feeling sooooo lazzyyy to come back to work huhuhu..how nice if we can get the same pay as we are getting now minus all the potongan dengan duduk2 di rumah menjadi surirumah sepenuhnya..
happy new year 2012 ummi..
harap semuanya ok utk tahun depan... semoga kita semua diberkati allah.. tapi bab nk belajar roti tu adalah sgt teruja okehhhh... sila belajar n try dgn cepan n blh tnjk dlm blog.mesti sedapppp...
saya plak, nak mahirkan diri lagi ngan projek menjahit..nak cari duit lebih kut tu plak..
harap, rezeki saya dan anak2 takkan putus, walopun 2012 nih, bakal menjadi tahun yg sgt mencabar..
marilah kita berdoa moga tahun 2012 nie memberi banyak keberkatan buat kita semua,aminnn.
thanks everyone for the comments, cant reply2 one by one,
for time being i'm not in a good health, sok sek sok sek sana sini, hidung berlari ......
Post a Comment