Advertisement

Monday, January 21, 2013

2013

phew....

ummi tengah adjust life.....

as a student, mum, employee, tuition's teacher, chauffeur, chef and etc

semoga di permudahkan segala urusan ummi

jangan ummi jadi macam photo ni dah :)

Photo

Wednesday, January 16, 2013

Great Reminder.....


Great reminder for myself....

i'm not a perfect mom, tapi ummi berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk anak-anak ummi.

ummi dah ada planning untuk batrisya dan damya bila batrisya habis exam UPSR dia, ummi nak sibukkan diri budak dua orang tu dengan ilmu akhirat.

semoga Allah permudahkan segala urusan ummi, amin :) 

Friday, January 11, 2013

I'm Back....

fuyoo.... dah lama tak update blog kan....

busy with holiday masa cuti sekolah

sekarang sekolah dah buka, busy dengan rutin harian.

tahun ni batrisya will sit for her UPSR, dari bulan december lagi ummi dah atur jadual batrisya, tuition kat sana sini, kelas tuition batrisya akan bermula setiap hari sekolah dari pukul 8 hingga 9.30 malam, waktu petang dan waktu sekolah. 

waktu sekolah dia akan tuition kat sekolah, waktu petang rumah cikgu dan waktu malam rumah cikgu jugak. setiap subject mostly dia ada 2 atau 3 cikgu yang berlainan untuk tuition. meaning that setiap subject ummi akan enrol untuk 2 atau 3 kelas tuition di rumah cikgu yang berlainan. 

ummi bayar tuition dia dengan duit tuition yang ummi dapat untuk ajar student international school. satu bulan duit  tuition ummi mampu cover semua tuition yang dia attend. Terima kasih kepada Allah yang permudahkan segala urusan ummi. 

nape ummi enrol dia di tempat yang berlainan sebab mostly cikgu-cikgu ni ada package, dan cikgu tuition tu bukan master untuk semua subjects yang dia offer, sebab tu lah batrisya kena attend sana sini, kalau nak panggil cikgu untuk home tuition ummi tak mampu, sebab satu subject dalam RM200. 

so far mathematic dia memang ada banyak improvement dan very very good. thanks kepada cikgu norizan  dan cikgu saadiah yang memang best.. not to forget cikgu sekolah batrisya jugak

unfortunately bm dia masih pening2 lalat lagi untuk penulisan, ummi masih lagi mencari cikgu BM untuk extra tuition. 

ummi boleh ajar bm, tapi bila bab penulisan, ummi pun fail :( nak kena cari nilai murni dan sebagainya, memang fail, sebab ummi pun tak murni mana ..... hehehe

masa cuti sekolah hari tu kami ke Singapore, melawat USS,  encik abah cakap itu hadiah untuk UPSR batrisya hehehe, kalau tak dapat result yang abah expected, memang jawablah batrisya

tapi itu hanya gurauan aje sebab nak bagi dia semangat belajar, i can see her improvement, balik sekolah buat homework selambak sampai ummi balik keje, then pergi main kat padang, pukul 7 masuk rumah solat dan sebagainya, so sesi tuition pun bermula

memang penat sebagai mak dan bapa yang kena jadi driver, tapi bila tengok anak yang ada semangat nak belajar tu terus hilang penat ummi. 

batrisya, ummi doakan yang terbaik untuk batrisya. semoga batrisya berjaya di dunia dan akhirat, amin. 



Tuesday, December 11, 2012

Not In The Mood

fuhh....

lama jugak tak update...

baru habis semua keje yang ummi kena buat dan submit, sekarang cuma nak cuti cuti sahaja

apply cuti dari next week mungkin sampai buka sekolah kot...

nak duduk rumah sambil relax2

sambil lepak lepak depan tv

yelah tu kan

my MIL is not feeling well....

kesian encik abah, sekarang dia ada kat Muar jaga mak

MIl di serang stroke, so ada darah beku kat otak, so kejap ingat kejap lupa

setiap pagi encik abah akan update pasal mak 

tak mampu nak cakap apa-apa kat encik abah, sebab ummi tahu mesti dia sedih sangat, ummi hanya mampu berdoa semoga semuanya akan di permudahkan Allah aje

dan encik abah pun kena jaga kesihatan dan jaga diri baik-baik

ok i need to go 

not in the mood to blog :(