Hai everyone....
damya yang retak tangan sebab jatuh moto yang tak berjalan, kes panjat dan terjatuh
skrg kalau tanya nak naik lagi motor, terus cakap "NO"
damya dah pergi kindy, tapi semenjak tangan dia berbalut dah 2 minggu cuti... last monday dah start pergi kindy semula, itupun dia yang pujuk mak cik suruh hantar dia sebabnya dia rindu sangat kat kawan-kawan
yang paling stress, doktor tu cakap tak ada retak, siap pesan balik rumah nanti letak ice cube sebab nak bagi darah berjalan, 4 hari tangan dok bengkak dan bengkok lagi, mak cik setiap hari susah hati. dah bawa urut, si tukang urut tu kata keras semacam tangan dia, nak bawa pergi hospital dah masa tu tapi adik mak cik bagitahu ada sorang tabib cina yang sangat famous kat bt gajah yang tak simen dan boleh recover cepat untuk yang patah dan retak
so mak cik pun bawa lah jumpa tabib cina ni, ( damya panggil tok wan) sekali dia cakap banyak retak tanpa x ray pun, siap dia buang x ray mak cik, dia cakap klinik yang ambik x ray tu entah apa2, blur tak nampak lansung tulang. nak aje mak cik sekeh kepala juru x ray dengan doctor tu. yang bestnya siap charge beratus2 lagi. mak cik bukan nak berkira tapi at least bagilah suggestion. dah lah masa pergi klinik tu mak cik dalam mood sedih, bapa sedara meninggal, so kelam kabut masa tu, nak pergi ziarah arwah dan mak ummi plak masa tu macam sedih yang teramat sangat, siap nak pengsan bagai :(
tabib ni promise 3 minggu boleh baik, dia tampal ubat dengan daun pisang dan balut tangan, kena minum air barli dan pegaga, kena buat exercise, walau anak menjerit macamana pun kena buat jugak. memang meraung damya bila kami buat exercise kat tangan dia. tapi 2 hari dah ada perubahan, seminggu siap boleh straight dah tangan. tapi masih berbalut.
rawatan dia pun memang murah, per visit RM30, kena datang 3 kali atau 5 kali. damya mula2 kena datang 3 kali tapi khamis ni kena pergi lagi, so dah masuk kali ke empat so mak cik teka mesti kena jumpa 5 kali kot :)
pagi2 orang dah ramai, kalau sampai pukul 8.00 pagi nombor giliran adalah 30 ke atas.... jenuh menunggu tapi puas hati.
orang datang dari pelusuk kg dan negeri..... macam2 patah boleh tengok.
Alhamudllilah... baru mak cik boleh menarik nafas lega.