Advertisement

Thursday, August 30, 2012

Mood Mak Cik Lemau, Selemau Kuih Raya Mak Cik....

Lama dan malas nak menjenguk blog.....

Mak cik bukan busy sangat pun, tapi mood lemau.....

Anak mak cik si damya tangan bengkak sebab jatuh motor yang tak berjalan, dia panjat dan tergolek jatuh. dah bawa pergi x ray tak ada apa-apa, skrg mak cik bawa dia urut. hari ni baru dia pergi kindy sebab ada jamuan raya, gigih semalam mak cik bangun pukul 4 pagi kukus kek cokelat moist hehehe

Malam ni mak cik ada bacaan yassin dan solat hajat kat sekolah batrisya, yang bestnya masa isi borang, encik abah tanya mak cik berkali-kali betulkah mak cik nak pergi.... mak cik kata "ya, nak pergi". kalau tak banyak aje alasannya. hehehe

kuih raya mak cik pun dah tinggal habuk aje, sebabnya sikit2 mak cik bawa pergi opis bagi kawan-kawan makan, mak cik takut nanti tak habis dah membazir pulak, sekali bawa sejenis, setiap hari bawa. lama-lama habislah.... kat rumah tu ada mood, kalau biskut2 ni kurang sikit tapi kalau kerepek2 ni laju aje...

Waja mak cik dah selamat di jual.... sedih gak bila mak cik jual keta tu, nak upload gambar waja mak cik, tapi card reader buat hal pulak...

Sekarang ni kalau naik kereta, anak-anak mak cik berebut jugak nak duduk sana sini, memang kenalah... sebabnya, kereta kecik berebut, kereta yang ada banyak seat pun nak berebut.... memang mak cik hangin satu badan.

Oklah mak cik nak buat sambung buat keja dulu....

Sebelum terlambat, mak cik nak ucapkan "selamat hari raya, maaf zahir dan batin".

Jemputlah datang ke rumah.... :) 

Thursday, August 02, 2012

Kepala Singa

Last week batrisya begged me to buy her "kepala Singa"

First dia cakap buat aje dengan kotak, which i normally did bila pergi  NS. tapi this time macam malas sangat nak buat kepala singa kat dia

cari punya cari then kitaorang jumpa kepala singa kat kedai yang jual barang-barang cina semayang. RM30 satu. terus grab.

Balik rumah jenuh dia dok mengusik adik2 dia dengan kepala singa tu, naik tension dengar melalak sana sini. 

kalau tak ingatkan dia ada performance kat sekolah, dah lama ummi sembelih kepala singa tu.

so tuesday dia balik dari sekolah, masuk dalam kereta dengan muka yang amat happy bagitahu yang dia dapat no 1 untuk performance. siap cakap cikgu kata kenapa membazir duit beli kepala singa sebab nak pakai sekali aje. being encik abah yang sangat menurut perintah anak-anak, memang dia akan beli. kalau budak-budak tu nak,  minta gunung pun agaknya dia boleh bagi kot hehehehe

sebenarnya ummi suruh aje dia bagi kat cikgu kepala singa tu untuk cikgu simpan selepas performance, kot2 lah nanti cikgu nak guna kan. 

tapi cikgu tak nak. semalam dia balik dari sekolah dia bagitahu yang dia akan perform untuk majlis apa tah yang sekolah dia buat. kembang semangkuk dia sebab cikgu maintain dia jadi ekor singa dan kawan dia jadi kepala singa. gigih tak mak batrisya siap ajar lompat dan suruh goyang punggung masa berjalan. siap mak batrisya pinjam cd dong dong cheng yang muzik lagu singa lagi kat kawan. 

anak-anak happy mak budak lagi happy.

semalam masa dah sampai rumah dari balik kerja, batrisya cakap dia kena bawa aquarium plus fishes plus pokok2 dalam aquarium. budak ni memang nak kena sekeh. dah masuk pagar keluar balik. 

siap mak dia pergi kedai aquarium beli semua yang dia nak. dia cakap ada experiment apa tah hari ni.

dah dia dok mengusik damya dengan ikan tu, bila budak tu geli dengan ikan dia siap sound budak tu, dah huru hara dalam kereta. geram sungguh, subuh2 sapie pun boleh doh gaduh, tension mak depa. 

last two week batrisya cakap dia kena bawa cuka, air sirap, serbuk koko dan air garam, dah jenuh mak dia buat semua tu siap bubuh dalam botol cantik2  lagi. encik abah siap beli serbuk koko van houthen lagi. mak budak tengok tension aje, mahal serbuk koko tu.

batrisya, batrisya...... kamu ni suka benor tolong kawan dengan offer macam-macam untuk bawa ke sekolah, kalau boleh semua benda dia nak buat.

sebabkan dia menang performance tu, dia dapat hadiah buku nota dari cikgu. kebetulan hari tu 31st July adalah birthday dia, so satu kelas menyanyi untuk dia..... lagi happy!

ummi dan abah dah belanja dia siap-siap buka posa on sunday kat hotel sebab birthday dia kan... lagipun skrg ni dia dah ada peningkatan dia dah boleh jawab pemahamam dengan baik sekali.... setiap  40 soalan yang ummi suruh buat, dia betul semua....

so usaha ummi berbaloi. bagi tekanan kat dia dan pada masa yang sama bagi dia happy.....

P/s lupa nak tangkap gambar kepala singa dia, nanti ye :)

yang kelakarnya dia takut nak letak kepala singa dalam bilik dia sebab takut hantu kepala singa bangun kacau dia malam-malam.... haru!

Thursday, July 26, 2012

Masak atau Beli?

dugaan sungguh bulan puasa kali ini

mak cik sakit tekak yang sampai ke telinga

masuk kelas kena ajar 3 jam, rasa macam nak cekik2 aje students bila diaorang dok bantai senyum bila mak cik kena jerit. akibat jerit banyak sangat, terus hari ni lagi azab

semalam pergi tesco restock barang dapur kat rumah, suruh encik abah belok ke Mc D, beli Vanilla shake, kot2 baik. terus pagi ni hilang suara... serak habis.

aduh! teringin nak balik rumah layan tido sambil menahan keperitan tekak

bulan puasa adalah bulan gantung kuali, sebabnya encik abah suka beli. 

kalau hari keje memang semuanya beli. sebabnya mak cik balik keje pukul 5, sampai rumah 5.30 ambik bebudak, kederat dah tak de masa tu, penat. sebabnya kelas pagi petang. memang masak tak guna mulut kan, tapi kalau mak cik masak pun main hentam aje sebab kelam kabut so lebih baik mak cik hadap masakan kat kedai yang mak cik selalu pergi masa bukan bulan puasa....

setiap kali singgah kedai tu, mak cik dapat layanan first kelas, sebab dah selalu ke sana, orang lain berderet baru nak memilih, mak cik dah tahu apa nak pilih. lala masak lemak. ikan bilis dengan kacang, sayur campur lemak, ikan sumbat dan kerabu kalau ada jual, kalau tak pecal.

encik abah gulai kawah batrisya plak ayam goreng super yummy. memang sedap! crunchy sangat, sedap lagi dari ayam kfc :)

kuih.... ikut tekak sendiri, semua tunjuk. lebihan makanan yang di beli di simpan dalam container siap2 selepas berbuka, simpan dalam fridge, bangun sahur.... on microwave, masuk semua makanan.... cepat dan panas...

sapa bangun awal sikit, keje dia masukkan makanan dalam microwave dan buat air. yang lambat sikit, basuh muka dan makan aje.  :)

dua hari ni encik abah bangun awal, so keja dia panaskan lauk.  thank you.

minggu depan encik abah oustation, dah pesan kat batrisya, kita beli aje kalau ummi malas ye. kalau lagi malas kita makan siap2 sebelum tido masa sahur. sekali dia cakap tak boleh, kena bangun sahur nanti lapar. alahai budak ni baru aje mak dia nak bersenang lenang.

baru 6 hari puasa... dah sibuk kumpul resipi biskut raya :)

solat terawih kalau ummi rajin dan sempat, ummi buat, sebabnya masa ummi nak terawih lepas isyak, ada aje yang kacau. Nufah semestinya, berlegar ke sana sini mengacau kakak dia buat keje sekolah. encik abah pergi masjid. pukul 10.30 baru sampai rumah :)

yang dua orang kakak tu pantang ummi pusing ke tempat lain, dah WWF, memanjang bergaduh. tambahan kalau dalam kereta, ada aje yang nak diaorang gaduhkan. siap sepak terajang, gigit bagai 

tido pun ummi tak bagi sebilik, ummi joinkan Damya dan Nufah, yang sorang lagi tido aje sorang :)

kalau ummi solat masa tu, tak pernah kusyuk, ada yang datang cuit bahu semata-mata nak bagitahu esok jangan lupa masuk seluar jean dalam beg baju :) angin tak?

kalau diaorang dah tido tu, ingat nak bangunlah.... ummi pun lebur. 

bilalah ummi ni nak rajin ye? 

Thursday, July 19, 2012

What You Say?

bawa Hp atau Ipad ke sekolah? what you say?

as for me yang anak-anak murid memang bawa hp atau ipad ke kelas, rasanya kalau anak ummi nak bawa hp atau ipad ke kelas memang ummi membantah sekeras-kerasnya.

ada kebaikannya ada keburukannya

dalam kelas ummi yang sedia ada ni, berdering aje telefonnya, setiap awal sem, ummi akan bagi pesanan penaja, "no hp in my class" atau "make it silent" atau silent your hp please, dengan nada geram ya amat. . kalau ada yang tak dengar jugak, berbunyi masa ummi mengajar, ummi minta RM10. end of semester kitaorang buat party dengan duit tu, beli apa-apa yang patut dan share ramai2. students ummi boleh jawap hp kalau parent call aje. kalau bfren atau gfren, jangan gatal. ummi jeling aje kat students tu, kecut perut terus letak. 

tapi ada gak students yang pandai dan rajin, kalau term2 yang diaorang tak tahu guna, diaorang pergi online dictionary. yang bawa galaxy note, siap snap page mana yang tak faham, the next day, masa nak tanya ummi buka note then refer balik page mana, yang mana nak tanya dan sebagainya. ini yang students rajin dan pandai. selebihnya yang rajin main game dan fb. pantang cikgu bagi break, hp2 hp....

ada yang sambil buat keje, exe atau quiz yang dengar lagu masa siapkan. ini boleh lah dimaafkan. mungkin tak nak ganggu masa sibuk buat keje.

ada yang esoknya test, malam ni dah siap snap gambar semua nota, esok masa test bawa keluar hp tiru. yang ni mak cik memang marah, sebelum test, minta semua hp dan letak satu tempat. habis test baru ambik. macam cacing kepanasan diaorang semua. takut sangat hp hilang.

atau pergi ke search engine, searchlah apa yang diaorang nak, geramkan! lebih baik tak payah bagi test. :(

kalau satu kelas perangai macam ni, pening kepala cikgu. kalau cikgu2 dulu masa bagi test boleh goyang kaki tunggu students habis jawap. cikgu skrg pulak round satu kelas, atau setiap meja macam nak tercabut kaki. geram sangat.

itu belum bab menunjuk2, aku ada ini, engkau ada ini. siap share itu dan ini. snap photo. pantang lawa sikit hari tu, jenuhlah snap gambar. hp atau ipad memang best dari cikgu-cikgu ye. 

ada yang malas nak salin note atau soalan atau jawapan, snap aje note cikgu kat white board. senangkan. pemalas tahap gaban.

kalau cikgu pergi kelas tak bawa hp, memang terjadi. tak pernah students pergi kelas tak bawa hp. alamatnya ada yang tak masuk kelas balik rumah ambik hp.

kalau kes hilang hp dalam tandas atau kelas, memang banyak. so satu masalah pulak nak cari pencurinya. kena pasang cctv plak kot. kes hp jatuh dalam tandaslah, dah tension satu hari dalam kelas. hilang tumpuan asyik ingatkan hp plak. habis pembelajaran untuk hari tu, pandang cikgu pun macam nak telan. 

fuh.... letih!

so batrisya... kalau di benarkan sekali pun bawa hp ke sekolah, i will always say NO to you. TAK BOLEH bawa, sebabnya takut hilang, dah kena tuduh kawan yang curi, anak-anak dah baik. mak pak yang dok masam muka lagi. yang lebih penting takut panjang akal kamu untuk buat benda yang seperti students ummi buat. kalau kamu boleh buktikan yang kamu gunakan hp untuk tujuan pelajaran seperti anak murid ummi yang pandai2, baru kamu merasa bawa hp.

selagi public phone kat sekolah tu masih berfungsi, gunalah. melainkan kalau semua subjects dah di tukar kepada e book bolehlah kamu bawa ipad ke sekolah.

buat masa sekarang ini kamu gunalah pensil dan buku dulu ye.

ummi dulu dapat hp masa umur 28 tahun, setahun selepas lahirkan kamu, baru Abah belikan. 

ummi ada dengar yang abah nak belikan kamu samsung Y kan, so samsung Y tu kamu simpanlah kat rumah. kot blackberry ummi buat hal macam hari tu bolellah ummi pinjam kamu punya. lagipun hp ummi ni dah nazak, bakal masuk icu tak lama lagi :(

sekian saja syarahan untuk kamu hari ni ye batrisya adriana :) 

tapi yang bagusnya sekolah batrisya ni, diaorang sangat strict, pensel mekanikal tak boleh pakai dan macam2 lah peraturan sebabnya pensil mekanikal tu boleh cucuk mata ke apa ke.... so memang tak leh bawa. anak ummi masih gunakan pensel 2b yang kena asah2 tu :)