Advertisement

Friday, June 15, 2012

Addicted....

this is a latest photo of nufah, taken masa kitaorg pergi Melaka cuti sekolah baru ni 

boring sangat hari ni, tengok sana buku, tengok sini buku, kat depan buku, kat belakang buku....

sehari 7 jam baca buku except masa lunch...

rasa macam stagnant sangat hidup, buku buku buku buku

i need a break, malas nak baca buku dah!

baca buku banyak pun tak pandai-pandai gak, bila baca ini, tanya dalam hati, nape aku tak tahu ye pasal ni, baca yang lain pulak, lagi tak tahu dan baru tahu

sebabkan ummi selalu baca buku, anak ummi setiap kali pergi shopping complex mesti kena pergi kedai buku dan mesti beli buku,.boleh merajuk kalau tak beli buku. tak payah beli baju pun tak pa tapi mesti beli buku :)

Thursday, June 14, 2012

Alhamdullilah.....

selalunya selepas lunch mak cik pergi surau, tido atau rehat-rehatkan badan sambil tunggu waktu zohor. 

hari ni mak cik pergi surau, tetiba mak cik ada nampak ada dua orang student dalam tandas

sekali bila diaorang nampak mak cik, terus dua-dua keluar dan salah sorang bagi salam

mak cik jawab salam, then tetiba sorang student ni cakap yang lagi satu student ni nak belajar ambil wuduk, then student yang nak belajar tu bagi salam dan datang salam dengan  mak cik dan cakap yang nama dia sekarang ni adalah sakinah. mak cik macam terkedu dan rasa macam nak menangis. dia cakap skrg mak cik boleh panggil dia sakinah.

Alhamdullilah....

sekarang ni bila dia jumpa mak cik di mana-mana sahaja dia akan senyum :) 

mak cik rasa macam indah sangat dunia ni :) sujud syukur :)

kakak mak cik kahwin dengan mat salleh dan menetap di Australia. kawan baik mak cik berkahwin dengan lelaki india dan best sangat hidup dia, cemburu, usia muda dia dah buat haji. dan mak cik ada ramai kawan yang mualaf. dan hari ni mak cik jumpa lagi. 

Alhamdullilah sekali lagi..... 


Wednesday, June 13, 2012

Sleepy.....

gigih mak cik celik mata hari ni sambil type questions untuk students

puncanya anak mak cik yang kecik bangun pukul 3.30 pagi, minum susu sambil ajak mak cik main sampai puku 4.30. ingat bila anak mak cik tido balik mak cik nak lah tido ayam kejap. pikiaq punya pikiaq nanti mak cik jaga pukul 6, dah menangis anak besar mak cik. so mak cik pun terus bangun, tenggek nasi nufah (brown rice) tenggek nasi eica (herba ponni), anak mak cik makan beras lain, mak cik makan beras biasa aje :(  masak sup ayam sambil lipat kain. gigihkan lipat kain dalam gelap, siap semuanya mak cik goreng ikan selar kuning garing-garing. simpan bawah tudung. 

mak cik masak untuk anak besaq mak cik makan bila balik sekolah nanti, hari ni dia ada ko ko so mak cik kena ambik dan hantar balik rumah instead of nursery, mak cik selalu buat charity bayar nursery tapi tak hantar. tapi mak cik suka  jimat belanja yang lain,  mak cik suka masak at the same time mak cik memang bawa bekal pegi keja. so 2 in 1lah. jimat!

lepas mak cik dah habis buat kerja kat bawah mak cik pergi naik atas dalam pukul 5.30. mak cik pegi susun baju dan kemas bilik kat atas. sekali tengah syok mak cik dok susun baju kat bilik anak besaq, mak cik dengar orang gelak... ishhhh sapa gelak pulak ni. mak cik ambil pendekatan yang baik dengan mengatakan jiran belakang rumah mak cik tengah bergurau senda dengan anak dia.so hilang takut!

sekali tu anak sedara mak cik tumpang tido bilik ni, dalam bilik ni memang ada berbakul bakul mainan. sekali tengah malam, mainan berbunyi-bunyi. anak sedara mak cik buat tak tahu aje. besok paginya baru dia bagitahu kata ada yang mengusik. dulu mak cik ada beli mainan FROG, boleh bunyi forg tu. tengah malam frog ni akan bunyi sendiri sampai kami naik lali. tapi sampai satu masa takut gak, frog ni kami campak dalam tong sampah.

sebelum tu masa mak cik main dengan anak kecik dalam pukul 3.45 pagi, mak cik memang suka tengok jam sebab mak cik nak cepat pagi, tak nak malam-malam, takut!, mak cik dengar kerusi di sorong-sorong kat atas rumah jiran. bukan rumah mak cik ye. sebab dengar sayup je. kalau kat atas rumah mak cik bunyi kerusi memang mak cik dah lari bawa anak-anak keluar dah sebab kat atas memang tak ada kerusi lansung. pandai kan kerusi ni nak bunyi. so mak cik selalu dengar yang pak cik kata memang ada bunyi kerusi, tapi buat tak tahu ajelah. so mak cik pun buat tak tahu ajelah. lama jugak mak cik tak dengar bunyi -bunyi ni tengah malam. tapi semalam gatal plak nak main-main dengan mak cik kan. 

pak cik kat putrajaya, pagi-pagi mak cik tipon dia bagitahu, pak cik cakap yang bilik belakang tu dah lama tak masuk. rumah mak cik ada 4 bilik dan 4 bilik mandi, tapi bilik mandi yang satu kat master bedroom tu jugaklah yang di kejar oleh semua. sanggup tunggu orang lain habis mandi uuntuk mandi kat situ gak. kalau nak buang air besar baru terhegeh2 cari bilik air lain. kalau tetamu nak datang baru mak cik pergi cuci bilik air kat bilik tetamu, batrisya punya dia kena cuci sendiri, yang master bedroom bila mandi mak cik cuci sekali. yang kat bawah bila mak cik mandi kanak-kanak ribena mak cik cuci sekali. penat cuci buang habuk aje. mandinya tak jugak. letih!

mak cik pesan kat tetamu mak cik yang suka gelak, main mainan dan tarik kerusi tu duduklah diam-diam. kalau mak cik dengar lagi malam ni, nanti mak cik bagi ubat dia lansung tak leh datang rumah mak cik dah. skrg mak cik tak leh nak buat sebab mak cik cuti. mak cik tak nak jumpa atau dengar khabar dari dia lagi. mak cik harap dia faham dah pergilah jangan kacau-kacau mak cik dan anak-anak lagi.

hari ni mak cik ngantuk sangat. tetiba ada orang datang bagi red bull terus tak ngantuk dan semangat nak buat keje. tapi kawan kata tak leh tido kalau minum ni. aduhai.... jenuh mak cik malam ni. marathon cerita korea lah gamaknya nanti. yahoo!!!!! peminat euro jangan jeles ye mak cik conquer tivi sampai jumaat. indahnya dunia :) 

teruk mak cik kan, bukan nak solat sunat. 

Friday, June 08, 2012

Update

pheww.....

i love friday, this week ada kelas observation, jenuh prepare sebab principal masuk kelas, every year mesti dua kali kena observe, letih mak cik! plus students evaluation, plus research plus training baru dapat tahu berapa bulan bonus nak dapat tahun depan, letih kan! 20 minutes dia dok dalam kelas rasa macam 20 jam, students i cakap " you look nervous, you shaked just now! bergoyang tangan masa tulis. nasib baik after 2 minutes dah normal balik. dah berpuluh tahun mengajar tapi dok gak takut! entahlah normal kot!

cuti sekolah going to over, so next week rutin yang sama, letih!

hari ni ada teacher's day celebration, kalau ikutkan hati ingat nak on leave aje :) tapi sebab ada celebration so mak cik pun tertonggaklah kat meja sambik mark assignment, sambil buat soalan final, sambil fb dan tulis blog! kelas tak de hari ni... yahoo!

4 in 1 kan...

macam tu gak mak cik kat rumah, bangun, tenggek nasi nufah atas api, keluarkan ayam atau ikan, defrost, on washing machine, on kettle, masuk bilik air, wuduk dan solat, habis solat sambil tunggu nasi masak lipat kain :) then dah habis lipat kain baru masak lauk untuk nufah, nufah dah sebelas bulan, so menu setiap hari nasi lembik beras perang + ayam, pumpkin, potato masak kurma atau masak lemak putih. kalau malas sup ayam. kalau malas lagi sup labu, carrot plus soft tofu. kalau mak nufah lagi malas, nasi goreng letak telur kuning aje dan peas. telur putih hanya boleh kalau baby dah setahun ke atas :) kadang-kadang mak nufah masak lemak salmon + labu atau mee soya campur sup ayam dan carrot, atau spagheti yang angel hair tu goreng letak yolk dan peas :) 

selalu ingat nak buat teething biskut, tapi macam malas aje, ingat minggu ni nak buat since ada banyak oat  dan kurma :) kalau mood rajin ada gak buat sweet potato balls atau nugget salmon, leh makan breakfast :) kena creative jadi mak-mak ni :)

actually ummi pun belajar jugak nak masak homemade ni dari group kat fb :) bila baca itu dan ini baru kita tahu yang mana yang boleh dan tak boleh untuk baby kita :)

ummi pun still masih belajar :)

montel nufah skrg :) nanti i upload photo

satu tahun nanti baru jumpa balik paed, entah berapalah beratnya, hari tu masa demam doktor checked dah 8.9kg :) 

Alhamdulillah!



thanks food4tots for the info :)  really appreciate that :)

kalau nak tahu lebih detail kenapa anak tak boleh ambil putih telur before setahun dan cara macamana nak bagi anak yang belum setahun makan putih telur boleh pergi ke sini :)

i have to go....... have a nice weekend everyone :)