Advertisement

Thursday, May 10, 2012

Apples of My Eye

The best mee kari in town... kalau datang ipoh jangan lupa makan mee kari dan mee kicap. tak jumpa kat tempat lain sebabnya memang lain dari yang lain

Look at Nufah, tebal bibir dia bila menjuih. the latest photo. sekarang dia dah  10 months :)
sweet smile :)


enjoying the famous amos, kopak duit mak dia, selalu lari dari ternampak kedai ni :)

P/s Ya Allah kau permudahkan segala urusan kami. setiap yang terjadi tu mesti ada hikmahkan :(

Tuesday, May 08, 2012

I'm Back With All The Tiring Stories...

Lamanya tak update, kalau ada yang jadi fren kat fb, adalah nampak ummi ni masih bernyawa, adalah update fb bila boring-boring atau bila kanak-kanak ribena dah tido.

Hidup sekarang ni agak busy sebab ada banyak benda nak kena buat. encik abah plak aktif dengan oustationnya, penang- vietnam-penang semula. kalau nak tengok encik abah dok kat rumah betul-betul adalah selepas tarikh 18 may... kalau before tu on off ajelah, kejap ada kejap tak ada.

my day always start at 5 am in the morning. kalau lambat boleh berperang dengan anak-anak. the moment celik mata masak bubur untuk nufah, sambil dia dok atas api. kemas bilik, angkat laundry sidai, solat subuh ( kena solat awal-awal, kalau tak memang tak sempat) sambil kejutkan eica. masak apa yang patut untuk bawa bekal eica dan umminya. bila siap, angkat damya masuk bilik mandi. walaupun mata dia masih tutup tapi the moment dengar mak dia kata bukak baju... terbuka luas mata!

bila semua dah siap, giliran mak cik plak mandi. tahu tak mandi macam  koboi? meh sini nak cerita buka shower, gosok gigi, sabun dan tara siap....


cepat2 siap sambil jerit kat batrisya tukar diaper adik dia, salin baju, masukkan beg dan adik-adik dia sekali, suruh dia start enjin kereta dan apa lagi bergegas mak cik pakai tudung, turun bawah dan zup masuk kereta .... letih!

dalam kereta baru nak tanya dah ambik duit ke belum, kat rumah bubur nasi masih dalam periuk nasi ok... round sana sini, hantar semua ke sekolah, kindy dan baby sitter, balik rumah semula. kemas apa yang patut sambil masukkan bubur nasi dalam thermos dan mak cik lap peluh sana sini dan make up sikit-sikit. pakai perfume dah jalan. before that pergi rumah baby sitter hantar makanan dan ambik kawan.

the moments sampai opis, letak beg. isi air kat pantry dah masuk kelas, pot pet pot pet habis pukul 5.

dah start balik ambik anak, aduh.... sampai rumah belum settle lagi. buat itu dan ini.  anak tido pukul 10 baru mak cik cari makanan untuk makan dengan aman dan tenteram.

skrg ni ada cerita korea, sambil tengok sambil jerit suruh anak-anak diam atau tutup lampu sambil lipat kain. boleh?

aduhai... encik abah cakap kalau dia tak ada kat rumah aman, tak aman lansung. baliklah cepat!

skrg ni malam-malam kena buka lappy nak download banyak benda, rasa macam nak tercabut bulu mata... doakan ummi berjaya dengan kerja download dan typing ni ye... long way to go lagi ni. Ya Allah kau permudahkan segala urusan hamba mu yang hina ini, amin.

Tuesday, April 17, 2012

Happy Birthday Encik Abah


Semalam saya demam, mungkin saya nak tumbuh gigi atas atau nak boleh berjalan... doakan saya cepat sembuh ye

Sunday was encik abah birthday....


so pagi-pagi sabtu mak cik bangun awal, gigih bawa tiga angels pergi basuh kereta, breakfast dan singgah billion. supermarket lain tak berani nak pergi untuk mengelakkan kanak-kanak ribena excited. mak cik sorang-sorang kena jaga tiga angels, encik abah keje tangkap gambar orang kahwin. anak pengarah tempat keje dia kahwin, so kena keja.....

so balik gigih mak cik kukus kek cokolat, buat topping dan sebagainya. masak laksa dan soto. adik call ajak pi kenduri kat kuala kangsar pun mak cik tak nak, sebab heroins semua suka gusti dalam kereta termasuk yang kecik.

bila encik ababh balik siap sorok lagi kek dalam microwave tapi kena celebrate awal sebab adik nak balik semula ke SP. so gigih lah keluarkan kek hitam tapi menawan bak kata encik abah...



sunday tu plak... the day that it suppose to be... kami pergi lunch kat Hainan Chicken Rice, thanks to birthday boy sebab belanja hehehehe




then pergi Secret recipe beli kek feveret masing-masing, yang ni birthday boy punya




so encik abah..... usia pun dah masuk ke penghujung tiga puluhan, next year dah angka lain dah. semoga Allah berikan keberkatan sepanjang hidup, bak kata batrisya di dalam kad untuk abahnya " may Allah bless you Abah"... so sweet, batrisya ni budget minah salleh suka speaking london... :)

happy birthday dear... thanks for being a great husband and great father to our three angels...

Friday, April 06, 2012

Happy Belated Birthday Damya Khadeeja


2nd April adalah birthday si kecik ni. masa tu ingat nak buat entry tapi tak sempat sebab sekarang ni sibuk sangat, banyak kelas especially ACCA kelas, banyak kelas yang nak ajar dan ramai sangat students dan masa pun panjang. friday aje mak cik boleh goyang kaki sikit.

tak celebrate kat rumah pun sebabnya hanya kami aje yang ada. Saturday tu after mak cik balik dari facial bawa semua pergi makan Ipoh Hainan Chicken Rice. balik dari situ pergi kedai borong dan borong junk food nak bagi kat kawan-kawan damya kat kindy, malam tu pulak beli kek kat dia.

semenjak dah ada adik ni dia dah kurang manja, malam-malam kalau nak tido suruh abah buat geli-geli. buat geli geli tu maksudnya kena garu belakang sampai tido. memang tension mak sik kalau kena buat geli geli.

yang paling sweet tentang damya ni pandai ambik hati, kalau ummi bagi apa yang dia minta, siapkan makanan, minuman dan baju dia, mesti dia akan cakap tima kasih ummi..... dengan sweetnya! kalau buat salah plak dia akan cakap " sorry ummi".

so batrisya semoga menjadi anak yang baik dan solehah, anak yang taatkan kedua ibu bapa, anak yang berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat, di murahkan rezeki, di berkati Allah dalam segala urusan, di jauhkan dari bala dan mala petaka, di bawah lindungi Allah dan di berikan kesihatan yang baik untuk mengerjakan perintah Allah dan di permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat, amin.

sayang kamu Damya Khadeeja