Advertisement

Thursday, June 13, 2013

Aktiviti Cuti Sekolah


Photo: Celup
Opis mak cik sepelaung je dengan Lost World ni, kiranya setiap hari pun boleh pergi kalau nak mandi, sekali Lost World  ada roller coaster baru so anak-anak mak cik nak cuba, so pergilah... kami masuk pukul 2 balik pukul 6, pergi dengan baju kering balik dengan baju basah yang sama.... balik rumah baru mandi :) aci tak? 

Kenduri kahwin sepupu mak cik kat Sg Petani


Photo: Borong
Beli kacang putih kat Kg Kacang Putih Ipoh



Photo: Mandi
Air Panas, Parit Bulat, Muar



Photo: Romantika
Pantai Leka, Muar Johor


Dah lama tak update blog kan....
Mak cik tak de mood nak update
Pak cik plak asyik outstation je
So mak cik kenalah jaga anak-anak kenit mak cik
Ke hulu hilir jadi driver, chef, cleaner dan sebagainya

Gambar kat atas tu semua activities mak cik sekeluarga masa cuti sekolah
Dari Perlis sampai Muar kami berjalan
Setiap minggu dari bulan May sampai bulan June kami ada aje activity
Kereta memang sebulan setengah dah kena servis

Bila nak rehat kat rumah pun tak tahu
Bila start keje mulalah mak cik melepek letih
Nak masuk kelas pun tak semangat sangat
Bila letih mulalah sakit sakit datang

Migraine
Selsema
Batuk
Demam 
Semua menyinggah

Skrg ni mak cik dah ada rabun dekat...
Scary tak dengar
Tengah buat spec mata baru
Tengah tunggu spec mata siap
Tengah hp pun kena letak jauh-jauh

Batrisya siap tanya
Apasal baca jauh sangat ummi
Dah nak buat macamana
Mak kamu ni dah rabun, baca pun tak nampak
Kena tengok atau tenung baik-baik baru dapat baca :)

Kawan-kawan ada tanya kan
Kat mana mak cik pergi sungai kat bawah tu
Mak cik pegi sungai kat my gopeng resort
Memang cantik sangat :)
Dan ada Mee Kari Sedap :) 

Thursday, May 16, 2013

Indahnya Ciptaan Allah .....





I can say that ummi ni jenis yang suka ketenangan
Sebab tu ummi boleh pergi Cameron banyak kali tanpa jemu
Tak payahlah nak ajak ummi pergi tengok konsert, tempat tempat yang ramai orang dan sebagainya
Cukup dengan bawa ummi ke tempat tempat macam ni

Last two week ternampak kawan post photo dia ngan anak dia kat tempat ni kat fb
Terus ummi suruh encik abah tanya kat kawan dia 
Kat mana tempat ni, best tak, bahaya tak dan macam-macam lagilah

Lepas dapat info semua
Last Sunday, gigih bangun awal pagi siap-siap nak bawa anak-anak mandi
Masuk kampung keluar kampung, masuk hutan baru jumpa tempat ni
Indahnya ciptaan Allah
Tenang, selesa dan aman aje kat sini

Masa kami  kat sini
Sesekali ada orang  water rafting 
Kalau search mesti tahu kat mana tempat yang paling best nak water rafting kat ipoh ni
Memang ramai orang yang datang untuk water rafting kat sini

Tapi kami mandi dan makan saja
Tak masak pun kat rumah
Just tapau dua kotak dinner plate dari kfc
Cukup untuk kami 4 orang, nufah belum pandai makan kfc lagi :) 

Kat sana ada kedai makan
So kami tapau 2 mee goreng dan 1 nasi goreng
Kenyang 
Alhamdullilah

The kids really spent time dengan mandi dan mandi
We had fun 
Sambil makan
Sambil sembang
Sambil buat lawak

Really miss the moment
Lupakan sekejap kerja, study dan sebagainya
Habiskan masa dengan family

Indah.....
Walau hanya mandi di air terjun tapi indah sangat kenangan ini 

Thursday, April 25, 2013

Update :)

Bulan yang sangat sibuk
Nufah dan damya baru aje baik demam, selsema dan batuk
Sekarang ni kalau pergi klinik, ummi just beli ubat je

Sebabnya kalau bawa jumpa doktor pun macam tu je
Kalau masih berlarutan baru jumpa doc
kalau sakit sikit sikit
Ummi yang jadi doctor

I read about traditional medicine
I applied it
and "It's work" :)

Sometime ummi regret jugak, nape tak belajar pandai sikit and jadi doktor kan
But Allah knows the best for me
Being a teacher, pergi mana tempat pun tak ada privacy

Sometime, pergi giant with my pant dengan tshirt without any make up
Tudung pun pakai main saruk aje
Macam mak cik mak cik ok
Bila jumpa students aje, kena menyorok atau buat buat tak nampak :)
That's me

Ada yang suka jerit dari jauh...
Then bila dengar nama kena panggil mesti pusing belakangkan
Then they will laugh at me :)
Jangan terkejut kalau jumpa kat pasar malam macam bibik yang tengah busy marketing :)

I know memang tak elok kan kalau tak jaga penampilan
Tapi kadang-kadang i need a break
I really enjoy cooking and gardening
So faham-faham ajelah kalau masak dan buat gardening
Takan nak berlipstick bagai
Mati pokok i

A bit happy sebab last monday jumpa supervisor,
Dia memang suka dengan effort yang ummi telah buat
Mana tak suka
Setiap saat itu yang ummi belek dan belek

Thanks encik abah yang sangat supportive
Sanggup tidurkan nufah sambil dengar bunyi macam guruh kat dalam bilik
Sebab mak nufah tengah busy kat depan computer :)

Sometime i feel bad
I will make sure everyone sleep
Then baru ummi on lappy

The only time yang ada privacy untuk bercakap dengan encik abah
bila anak-anak dah tido
kalau tak baru ummi nak buka mulut
Dah ada yang buka mulut dulu dan tanya itu dan ini

Whatever it is.... i love them so much
I bet.... lagi 5 tahun
Mesti ummi ada banyak masa
Sebab diaorang dah besar
Mesti rindu saat saat tengah busy layan diaorangkan

Last nite while busy preparing dinner in the kitchen
Nufah panjat kerusi dan dok makan kat meja
Ummi tak marah pun
Pandang aje apa yang dia nak buat
Sambil menyanyi "la la la la"
Mak nufah tersenyum sampai telinga
I was so happy to see her singing happily :)

Nufah... you are big girl already :)

Wednesday, April 24, 2013