Advertisement

Thursday, March 07, 2013

Bread In The Oven...













I tried to bake bread last weekend. 
Menjadi lah pulak.....
Jimat duit untuk beli roti untuk dua hari.....
My kids love bread so much....
Tambah-tambah kalau roti kosong..
Makan macam tu aje...

Oven kat rumah tu macam bengong sikit...
Suka masak belah belakang dulu
Tak sekata
So kalau nak bagi colour semua sama
kena manually pusing atau alihkan roti tu masa tengah dok masak

Sekarang ni mak cik busy sangat
Semester is going to end....
So students sibuk dengan assignment, test etc
I am busy marking....
Serabut kepala some time
It is not easy to cari sesuap nasi kan....
Kena usaha dan rajin....

And i need to read and read and read....
Cermin mata pun macam dah kena tukar aje....


Ok....have a nice day everyone...

Sunday, February 17, 2013

Taman Mini Malaysia







Setiap kali balik Muar, encik abah mesti akan singgah Melaka
Samada kami jalan-jalan cari makan kat Melaka 
Atau kami melawat tempat bersejarah
Dah lama batrisya nak datang menjenguk ke Taman Mini Malaysia ni
Tapi setiap kali kami datang masih dalam renovation
Nasib kami baik last December taman tu dah mula beroperasi

So bolehlah tengok rumah-rumah Malaysia kat situ
Tapi masih ada rumah yang tidak di benarkan masuk sebab kayu di makan anai-anai
Ada juga yang nampak menakutkan macam rumah banglo besar warna putih kat belakang Damya tu
Tu rumah Singapore
Takut jugak nak tangkap gambar mana tahu ada objek yang tak sepatutnya kat situ

Rumah yang dalam air tu kalau tak salah rumah kat sabah kot, memang tak di benarkan masuk lansung sebab masih lagi dalam renovation
Batrisya ni memang suka dengan tempat bersejarah ni, so terpaksalah mak dia menapak masuk juga

Kat luar taman mini ini ada food court dan ada jual barangan cenderahati
Setiap kali pergi Melaka ummi tak akan lupa beli kuih tradisional Melaka dan cencaluk
Dulu ummi tak makan cencaluk, budu dan sebagainya
Tapi semenjak tua ni, semua tu ummi dah makan
Kadang-kadang goreng ikan panas-panas cicah dengan budu
Sedapnya :)
Habis 2 ekor ikan kena ngap hehehe 

Friday, February 15, 2013

USS Trip










Dah lama ummi simpan gambar USS ni
Nak update kat dalam blog di opis tapi photo ada kat lappy
Bila balik rumah malas nak on lappy
Hari ni baru terbuka hati nak update cite pasal USS ni

Actually dah lama plan nak pergi USS ni
So December adalah bulan yang terbaik sebab semua cuti
Kalau nak tunggu semua cuti memanglah
Macam skrg ummi cuti seminggu
Tapi encik abah keje macam biasa

Encik abah beli semuanya kat travel agency
Kami duduk hotel 3 hari 2 malam
Hari pertama check in
Hari kedua seharian di USS
Dan besoknya dah check out

Pagi-pagi lagi kami dah di jemput oleh travel agent untuk naik bus ke singapore
Pengalaman dengan imegresen Singapore kurang sikit sebabnya payah nak senyum
Semuanya kena cepat, berlari kami ke sana sini kat dalam imegresen sambil dukung nufah
Tak boleh nak letak dalam stroller pun sebab kena naik tangga dan sebagainya
Macam backpaker betul
Kalau lepas ni nak travel ikut backpaker memang boleh
Sebabnya kami dah di latih :)

Perjalanan pergi kami tertinggal bus, nasib baik ada bus lain yang tunggu kami
So dari sini kami belajar jangan risau kalau tertinggal bus
Sebabnya mesti ada bus yang akan tunggu kita dari company sama
Kalau nak naik bus yang sama jugak
Beratur dengan group yang sama bus kat imegresen
Dan berjalan berkumpulan
Memang lewat seminit kena tinggal

Dalam USS boleh bawa makanan luar
So macam macam chocolate dalam beg kami
Bila anak-anak lapar bagi chocolate
Dan air tak payah risau sebab ada banyak water dispenser
Cuma perlu ada botol aje
Kat sana semua kena cepat
kalau pergi hari weekend memang ramai orang

Kami hanya sempat naik 3 games aje
Baby kurang sesuai bawa sebab tak ada game yang sesuai
Macam Nufah masa masuk tengok shrek
Ummi duduk kat stationary chair
Orang lain boleh bergerak bergoyang kerusi mereka
Kerusi ummi statik aje

Nak main games transformer kena tunggu lebih kurang 1 jam memang letih
Tapi walaupun beratur panjang tapi masa beratur tu nampak singkat sebab barisan bergerak cepat
Ada water dispenser jugak kat dalam tu
So kalau lapar boleh makan
Dan ada air untuk minum kalau dahaga

So lunch kami makan kat malay cuisine, 4 pinggan nasi ayam berharga seratus lebih
So jangan convert duit ke RM
Even transformer tumbler yang Nufah pegang kat last photo tu berharga 30 singapore dollar,
kalau ummi tak mistaken

Kami beli sorang satu tumbler kat anak-anak
Kami beli tshirt sorang satu
Kami spend duit kat makan
Dan duit untuk beli garret pop corn

Memang berbaloi percutian kami ini
Semua orang happy walau letih
Next trip kami dah plan
Cuma tunggu masa dan ketikanya aje

Nikmat Mana Yang Mahu Ku Dustakan...

Rutin lama bermula kembali
Bangun seawal pukul 4 pagi, on lappy dan buat keje apa yang patut
Tiring but i have no choice
Bukan senang untuk berjaya kan
Bila merenung muka encik abah dan anak-anak yang nyenyak tido
Buat ummi makin bersemangat untuk berjuang

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ummi
My matric number penuh dengan no 8
Bukan ummi obsess sangat dengan number
Dan bukan kepercayaan kita untuk percaya kepada number
Tetapi number tu sangat unik dan cantik

Semalam hari pendataftaran
Semangat ummi menyanyi lagu negaraku dan suluh budiman
Sangat patriotik, especially lagu suluh budiman
Masa baru-baru masuk belajar dulu, lagu suluh budiman tu macam akward aje bila nak nyanyi
Tapi bila di hayati lirik lagu tu
Jadi bersemangat sungguh

Masa nak ambil gambar matric, jumpa lagi anak murid encik abah yang snapped photo ummi dulu, masa dulu ummi belajar lain sekarang belajar lain kata dia
Ummi hanya mampu tersenyum
Dah tua-tua pun rajin belajar, tu kata doktor yang buat medical check up ummi
Masa isi form, semua muda-muda, semua cikgu-cikgu
Cuma ummi aje yang ganjil, tua dan bukan cikgu
Kawan baik ummi dah register semester lepas,
Masa tu Nufah masih kecil, ummi janji dengan kawan yang ummi akan register semester ini
So tiada kawan masa hari pendaftaran, buat ummi meninggalkan dewan seawal pukul 12.30 dan terus balik
Lagipun briefing semua tu lebih specific kepada students master, buat ummi yang dah tua ni, balik rumah pun boleh register sendiri

Satu demi satu ummi penuhkan impian ummi
Masa habis master ummi ingin tambah cahayamata
Ya, ummi dapat Nufah
Habis master ummi nak tukar tempat keje
Ya, ummi dapat peluang yang lebih baik
Nufah dah besar ummi nak sambung belajar
Ya, ummi dah sambung belajar sekarang
Ada lagi satu impian ummi yang belum terlaksana
Semoga Allah permudahkan perjuangan ummi supaya ummi dapat laksanakan satu lagi impian ummi

InsyaAllah

Dan semua ini adalah pinjaman dari Allah, semuanya sementara sahaja, harta dunia, tapi dengan perjuangan ini ummi dapat berbakti kepada masyarakat...

p/s Joe, ummi nampak nama zia kat notice board, zia pun sambung belajar di situ ke? hehehehe (dasar mak cik kepochi kan)