Advertisement

Wednesday, April 24, 2013

Friday, April 12, 2013

Lonely Journey.....

Pursuing PHD is not an easy task....
Sangat lonely... really lonely
Macam tersesat kat dalam hutan
Baca banyak mana pun masih tersesat
Belum dapat tajuk yang sesuai
Friend of mine, setahun baru dapat tajuk, setahun buat research, setahun baru menulis

Masih mencari research gap
Masih kabur
Masih pening
Sentiasa dalam ketakutan
Setiap hari menulis, walaupun berapa perenggan aje
Setiap hari membaca walaupun hanya satu mukasurat

Ya Allah kau permudahkan segala urusan ku

Jangan tanya bila ummi mampu tamatkan perjalanan ummi ini
Ummi hanya mampu berdoa dan berusaha
Tido malam kegelisahan
Siang malam keresahan
Tido tak lena, makan tetap kenyang :)

Tapi ilmu semakin bertambah dan bertambah
Semakin banyak baca, semakin rasa diri ini kerdil dan kurang berilmu :(

Sentiasa stress
Menyesal pun ada, tapi tiada gunanya lagi
Macam menjerut leher sendiri
Tak ada yang suruh pun
Tapi ummi challenge diri ummi untuk mencuba

Ya Allah kau kuatkan semangat ku

Perjalanan ummi ini adalah untuk anak-anak ummi....
Ummi kuat semangat di sebabkan mereka
Kalau ummi mampu tamatkan perjalanan ini, 
Inilah hadiah yang paling bernilai untuk ummi hadiahkan kepada mereka
Untuk batrisya adriana, damya khadeeja dan nufah qaseh medina

Sebabnya ummi telah mencuri masa untuk bermain dan mengajar mereka
Ummi telah mencuri masa yang sepatutnya ummi habiskan dengan mereka
Ummi telah jadi ummi yang suka marah, 
Ummi kurang masak makanan yang sedap-sedap untuk mereka
Ummi kurang memberi perhatian untuk mereka
Ummi buat mereka sedih kadang-kadang
Sepatutnya inilah masa yang patut ummi habiskan untuk mendidik mereka, tetapi ummi telah menjadi ummi yang pentingkan diri sendiri

Sebagai balasan, ummi mesti tamatkan perjuangan ini dan hadiahkan sesuatu yang amat bernilai untuk mereka
Ummi tidak akan sesekali mengalah....

Ya Allah kau dengarlah doa ku ini
Kau permudahkan segala urusan ku ini ya Allah

Buat encik abah
Terima kasih kerana memahami.....

Monday, April 08, 2013

Happy Belated Birthday Damya Khadeeja

Photo

02 April 2013 ulangtahun hari lahir damya
Ummi tak sempat nak tulis kat blog pun sebab ummi agak sibuk kebelakangan ni
Sorry ye damya...

Damya sekarang dah pandai
Boleh baca banyak dah
Boleh kira banyak dah

Paling sedih kalau dia meraung cari ummi kat playground
Padahal ummi ada kat belakang dia aje
Tak boleh ummi hilang sikit dari mata dia

Damya ni protector
Boleh aje dia protect ummi kalau ada yang marah ummi
Kadang-kadang dia suka buat ummi marah jugak
Tapi selalunya dia suka buat ummi happy

Damya ni sebijik perangai ummi masa kecil
Suka menyimpan perasaan
Kalau ada peluang akan luahkan 
Tapi bukan semua orang suka dan dapat terima

Kadang-kadang kesian ummi tengok dia
Especially  kalau dia kena pukul atau kena marah
Masa dia buat nakal
Ummi kalau nak pukul anak-anak 
Ummi akan pastikan kaki ke bawah

Tak elok pukul kat tempat lain
Takut cedera dalaman
Memanglah kita pukul tak kuat 
Tapi mana tahu kan
Kalau benda nak jadi

Sedih tengok masa anak-anak tidur
Especially kalau lepas kena marah
Apalah anak sekecil ni tahu
Yang diaorg tahu seronok

Lama ummi tunggu nak dapat damya ni
Masa mengandung kat dia banyak sungguh dugaan yang ummi hadapi
Itu yang buat dia dan ummi kuat semangat
Sebab masa tu memang ummi kuat semangat sungguh

Ummi doakan semoga damya menjadi anak yang solehah, berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat, di murahkan rezeki, di berikan kesihantan yang baik, dijauhkan dari segala jenis penyakit, di jauhkan dari bala dan malapetaka dan dimudahkan segaka urusan di dunia dan akhirat. 

Ummi sayang Damya....

Friday, March 29, 2013

Silent Is The Best Medicine

Photo: Lolzzz !


Sometime silent is the best medicine
Live simply, give more, expect less